Share

Kali pertama ke M-IWF di atas undangan Jurugambar Selebriti, Bustamam Mokhtar kerana pameran fotografi koleksinya di ruang legar Pavilion. Duduk sebaris dengan selebriti di front row pertunjukan fesyen bersama stylist Yana Husin dan rakan-rakan. Bertemu Bustamam dan tetamunya yang lain seperti Amy Search, Dayang Nurfaizah, Nasha Aziz dan Fazura (Nanu Baharudin pun ada).

Sangat bangga dengan abang bus dan tahniah kerana pameran solonya di M-IFW. Agak lama aku tidak keluar ke acara sebegini. Hanya duduk di pejabat rasanya agak kekok mahu berlaga bahu dengan mereka. Aneh! Mahu bersiap-siap pun dirasakan menyusahkan. Nak pakai apa? Nak dipadankan dengan sepatu apa? Solekan tebal sangat atau nipis sangat… Semua di ambil kira.

Duduk di front row menyaksikan barisan model memperagakan busana pereka-pereka tempatan memang mengasyikkan. Rekaan Amir Luqman boleh dikatakan menarik perhatian. Yang lain-lain cuba lagi. Bak kata Detaktif Stailista, kebanyakannya dah macam pokok krismas.

Kemudian kami mulai bosan dan beralih ke The Loaf minum coklat panas.

Menerima undangan BON ZAINAL membawa aku sekali lagi ke M-IFW. Bersemangat kali ini kerana koleksi lelaki dipertontonkan. Makanya semua kelihatan teruja dengan model-model lelaki. Argh… Kali ini Detektif Stailista pun ada. Tapi gambar di bawah bukan rekaan BON ZAINAL.

Ternyata persembahan fesyen BON ZAINAL paling menarik aku rasakan. Segala-galanya sempurna dari pemilihan lagu, koleksi busana dan gimik Bon.

Selesai pertunjukan fesyen, aku dan Nisa’ terus balik mencari perhentian lebih selesa. Lepaking! Rimas betul berada di tengah lautan manusia. Balik tukar baju santai saja di rumah… Namun sempat kami bergambar beramai-ramai.

SHE hotties, Mia sempat jenguk walaupun selepas itu berlari ke screening short film dia. Itu saja lah! Alkisah 2x turun ke M-IWF…