Share
Paling tidak boleh menolak, ke acara yang melibatkan bisnes anak tempatan. Bangga melihat gigihnya pemuda ini memulakan perniagaan dari bawah sehingga kini meningkat namanya. Ais krim Ohsemm pastinya akan terus menempa nama di Malaysia.

Serba ringkas temu bual dengan pemilik Ohsemm yang menjalankan perniagaan sejak 2010. Mungkin perkongsian ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada usahawan muda yang baru hendak memulakan langkah perniagaan.

img_3970 img_3954

Nama penuh dan latar belakang.
Mohd Syakir bin Sa’adon, berumur 30 tahun, berasal dari Melaka dan kini menetap di Bangi, Selangor. Bersekolah di SMK(A) Sultan Muhammad, Melaka dan seterusnya menyambung pelajaran ke Matrikulasi Pahang. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Teknologi Polimer di UiTM Shah Alam. Pernah bekerja sebagai guru sandaran sementara sebelum memulakan perniagaan.
Bila business dimulakan dan ceritakan perkembangannya?
Permulaan bisnes aiskrim ini ialah pada tahun 2010 iaitu dengan membuka sebuah kiosk di dalam UiTM Shah Alam selepas berhenti sebagai huru sandaran. Pada permulaan saya masih menggunakan jenama francais sebuah syarikat aiskrim jenama lain. Pada tahun 2012 saya mula mengorak langkah dengan mula mengambil tempahan-tempahan dari luar. Pada waktu itu rezeki melimpah ruah apabila saya mula belajar untuk mereka laman web dan saya mula menerima tempahan dari pelbagai syarikat korporat, kerajaan dan GLC ini termasuk Petronas, Telekom, Prolintas, Bank Rakyat dan sebagainya.
Apabila syarikat francais yang saya bergantung gulung tikar akibat masalah dalaman, saya masih menggunakan jenama mereka hingga penghujung tahun 2014. Tahun 2015, saya mengorak langkah menjenamakan semula dan menggunakan jenama saya sendiri. Waktu ini permulaannya bercadang hanya mahu mengembangkan bisnes ini sendiri, namun ramai pihak yang menelefon bertanyakan jika ohsemm berminat untuk tawarkan kepada mereka peluang perniagaan. Justeru itu, syarikat merancang selama 2 tahun untuk mengukuhkan jenama dan mula membuka peluang perniagaan awal 2016. Kini ohsemm sudah mula melebarkan sayapnya dengan menerima satu ejen dari Sabah yang beroperasi di Tawau bermula November 2016 dan dalam perancangan untuk membuka beberapa kiosk lokasi-lokasi yang terdapat ramai pengunjung di sekitar Kuala Lumpur.
img_3946 img_3953
Kenapa memilih business air krim?
Sewaktu menamatkan pengajian si UiTM, saya sudah mula berminat untuk memulakan perniagaan. Saya mengikuti kursus yang dianjurkan UiTM iaitu Kursus Asas Keusahawanan Siswazah. Sejurus selepas kursus saya di tawarkun untuk mengadakan lawatan ke kiosk aiskrim dan ladang ternakan lembu dan kambing. Hati saya mula terpaut dengan perniagaan aiskrim ini kerana ia tidak memerlukan modal yang sangat besar juga risiko yang rendah. Di samping itu cuaca kita yang panas dan lembap sepanjang tahun sangat sesuai untuk menjalankan bisnes aiskrim. Asikrim digemari semua golongan bukan saja kanak-kanak malah orang dewasa juga.
Bagaimana sambutan di awal pengenalan bisnes jika dibandingkan sekarang?
Peringkat permulaan kami sudah mula diterima ramai kerana kenikmatan dan kelembutan aiskrim itu sendiri, cuma sekarang ini saya ingin menambahkan lagi kekuatan jenama ohsemm supaya lebih ramai orang percaya akan produk yang kami tonjolkan.
Siapakah yang menperkenalkan bisnes ini?
Program usahawan Negeri Selangor dengan kerjasama UiTM Shah Alam yang memberi peluang kepada saya untuk membuat lawatan ke kiosk aiskrim dan seterusnya boleh bertanya terus dengan bos besar syarikat itu mengenai bisnes dan produk.
Di manakah lokasi bisnes dijalankan?
Kami beroperasi secara online. Model bisnes kami sekarang adalah menerima tempahan-tempahan majlis perkahwinan, majlis pelancaran syarikat, rumah terbuka, majlis harijadi dan sebagainya. Sekiranya ada di kalangan orang ramai di luar sana yang berminat untuk membuka kiosk di kawasan anda, boleh lah berbincang dengan kami.
Apakah cabaran menjalankan bisnes ini?
Cabarannya ialah kita bersaing dengan jenama-jenama besar di luar sana. Jika kita tidak memberikan servis yang terbaik disamping kenikmatan aiskrim itu sendiri, agak sukar untuk kita menembusi pasaran. Selama 6 tahun kami beroperasi, kini kita yakin kita telah mula mendapat kepercayaan pelanggan kerana ada ramai pelanggan yang tempah semula secara berulang kali.
img_3937 img_3972
Kenapa memilih nama Ohsemm…signifikan disebaliknya?
Di dalam bahasa inggeris, ‘awesome’ boleh dikatakan sebagai hebat, jadi kami mengambil sebutan yang sama dan cuma menukar ejaan ‘awesome’ itu supaya pelanggan boleh merasa sangat hebat,terbaik dan seumpama dengannya selepas menerima servis dari kami.
Apakah perancangan masa hadapan?
syarikat merancang supaya setiap daerah di setiap negeri di Malaysia akan terdapat satu wakil ejen yang beroperasi menggunkan lori, dengan ini mudah untuk kita mendekati pelanggan kerana buat masa ini kami kekurangan kapasiti untuk mengambil tempahan-tempahan pelanggan yang jauh seperti utara, pantai timur dan selatan.
Bagaimana jika ada yang berminat menjadi agen Ohsemm?
boleh hubungi kita dan datang berbincang untuk mengetahui dengan lebih jelas kerana kita sentiasa sudi untuk menerangkan pakej-pakej bisnes yang ada sehingga mereka faham
Apakah ta nalidan alamat media sosial utk dihubungi?
talian hotline kita adalah 0196031650, boleh bercakap dengan saya sendiri, sekiranya anda menggunakan instagram boleh lawati ohsemm_soft_ice_cream,melalui facebook pula cuma perlu buat carian ohsemm soft ice cream – Hq. Untuk maklumat yang lebih detail termasuk pakej bisnes, boleh layari www.aiskrimohsemm.com.my