Share

az
Aku jumpa AZ beberapa tahun lalu kerana sesi fotografi dengan majalah InTrend. Mula-mula ke butik Versace KLCC fitting baju-baju. Tiba tarikh fotografi, seronok menggayakan AZ yang sangat sporting dan kami experiment macam-macam gaya. Masa terluang pula dia menyanyi lagu-lagu kesukaan aku dan aku rakam sebagai ring tone. Tak lupa wake up call untuk aku juga.. Kesal juga dia tak pernah jadi cover majalah sehingga lah aku berhenti jadi penulis/Penolong Editor.

Ketika launching majalah juga AZ sudi menghadirkan diri. Selepas itu aku tak berkesempatan bertemu dia lagi sekadar melambai dari kejauhan.

Selepas tiga tahun kemudian. Sejak dua menjak ni memang rasa teringin nak bertemu AZ. Entah mengapa terpanggil nak buat projek dengan dia. Cameo pun jadi lah. Projek apa tu tungguh lah.

mmz

Pada suatu petang yang mulia, dalam aku mencari-cari AZ, dia muncul di depan mata. Ketika bersantai dengan teman-teman di Bangsar Village, bertembung dengannya. Aku segera memanggil dia dan menyapa. Lama juga berdiri berborak. Apa dibicarakan pastinya off the record šŸ™‚ tetapi macam tak boleh berhenti. Setengah jam AZ mempelawa, jum lah kita minum.

aa

Kami menyambung di haagen dazs minum-minum sampai dua jam berlalu. Tak sedar! Bayangkan selepas 2005 kini 2010 baru sempat update macam-macam. Of the record lagi… šŸ˜‰

INTREND07

Lalu aku pun terkenang pengalaman styling Anuar Zain pada 2005 dan ini lah hasilnya. Aku jumpa juga gambar-gambar ini di dalam http://picasaweb.google.com/shahrulaiman78/GalleryInTrend#

aazz
Ini gaya paling aku suka. Anuar Zain terpaksa menari-nari untuk dapatkan pose yang satu ini.
aaz
ku suka yang ini jua. Melibas-libas jaket namanya… šŸ™‚
INTREND01
Ini lah kenangan aku dan Anuar Zain. Fin