Share

Saya memiliki bintik-bintik hitam pada wajah yang tidaklah terlalu terang tetapi masih mahu menutupnya. Memang noda itu paling digeruni wanita yang mahukan kulit mulus. Kalau ada cara yang dapat membantu, apa salahnya. Saya memilih foundation Sheer Glow Nars untuk menjadikan solekan lebih ketara hebat.

Maafkan wajah saya yang menyombong di dalam video ini. Bangun pagi memang muka sebegitu. Saya memang peminat Nars dan saat mahu belajar untuk ‘shading’ wajah, saya bertanyakan rakan-rakan mekap artis selebriti. Dah lupa siapa tetapi mereka menyarankan ke Nars.

20151204_095031Lalu saya memilih tona lebih gelap — Macao (medium-dark dengan yellow undertones). Warna yang benar-benar sesuai dengan saya, Sheer Glow Foundation tona Tahoe. Saya guna tona ini jika perlu bersiap pantas. Kalau tak rajin juga nak ‘shading’ lebih-lebih lagi wajah bulat memang perlukan bantuan.

IMG_5970Paling tak boleh saya tinggal adalah Contour Blush, shade Gienah. Saya oleh si bawah pipi dan sekitar hidung untuk tampak lebih runcing. Kulit wajah pastinya lebih runcing. Tona padanannya pula pasti membangkitkan kesegaran pada kulit wajah. Casing dah calar, hey, saya sering membawanya ke mana-mana. Kebetulan saya merancang ke Ipoh, Perak petang itu. Jadi video di atas adalah persiapan ringkas saya.

IMG_5977Paling akhir pastinya dengan mengoles Nars Christopher Cane Lip Gloss tona Nucleus. Wajah hujung minggu pasti tampak lebih bersahaja, ringkas dipandangan mata. Cukup sempurna untuk percutian hujung minggu.

Baru-baru ini telah diadakan parti sempena pembukaan butik di KLCC. Berikut adalah gambar saya bersama teman-teman media daripada majalah dan mekap artis selebriti yang pernah bekerjasama ketika saya masih bertugas di majalah dulu.