Share

Dari mata turun ke hati, menangkap sanubari. Namun, mata perlu dilindungi dari panahan cahaya. Mata juga perlukan gaya dengan bingkai-bingkai Lee Cooper yang menawan. Yang mana satu pilihan kalbu?

Kaca mata adalah keperluan seandainya mata mula kelabu pada jarak jauh atau dekat. Ada yang mula memakai kaca mata ketika masih kecil. Tatkala meningkat usia, kamu mula bijak memilih dan mahu mendapatkan bingkai kaca mata paling sesuai. Ada juga memakai kaca mata demi gaya tanpa cermin, hanya sekadar bingkai sebagai gaya.

Saksikan video bergaya rangkaian koleksi kaca mata Lee Cooper Eyewear terbaharu. Dapatkan ilham kaca mata bergaya buat kamu di musim perayaan ini.

Model: Hafiz Nolan

Editor: Jaslin Puasa @akugraphy

Kaca mata gelap pula, tidak lagi melidungi saat di bawah panas terik tetapi menambah gaya juga. Sejak itu muncul panduan untuk kamu lebih bijak memilih kaca mata paling sesusai buat bentuk wajah. Malah, selebriti menjadi panduan utama kamu memilih. Pasti seronok dapat memiliki kaca mata persis artis pujaan.

IMG_984033 IMG_986833

Lee Cooper Eyewear pasti memuaskan hati dengan rangkaian produk kaca mata jernih atau gelap. Harganya pula mampu beli dan memuaskan. Tidak mengira lelaki atau wanita, penting untuk kamu mengenal bingkai paling sesuai buat bentuk wajahmu. Apa kata ikuti panduan disediakan di bawah:

Bentuk Wajah

BULAT: Berbentuk melebar dengan buah pipi jauh dan berdahi luas. Lembutkan wajah dengan bingkai segi empat tempat yang bersudut atas lebih tebal menyerlah. Pastikan lebar kaca mata melebihi buah pipimu.

 

IMG_970433

TIGA SEGI: Biasanya rahang lebih lebar dan dahi pula meruncing. Pastikan bingkai lebih tebal bahagian atas. Tahap lebar seiring dengan rahang untuk bentuk wajah lebih seimbang. Bingkai browline atau cat eye lebih sesuai dengan bentuk wajah ini.

HATI: Sedikit berdahi luas dan meruncing pada bahagian rahang. Pakai kaca mata yang melebar dari dahi untuk keseimbangan. Bingkai bawah pula perlu ada perincinan.

IMG_979033

BUJUR: Keseimbangan wajah oval ini dari buah pipi ke rahang dan dahi menjadikan apa bentuk kaca mata pun sesuai dipakai. Paling cantik, bingkai oversized dan bingkai bold untuk gaya lebih menonjol. Kalau berani, biar ada warna dan tekstur.