Share

Bumblebee hebat bertempur tetapi dia juga seorang yang manja, lucu, menawan hati dan penyayang.

Hailee Steinfeld seorang penyanyi dan pelakon yang dikenali sebagai Emily Junk di dalam Pitch Perfect 2 & 3. Menerusi Bumblebee, dia memegang watak Charlie seorang gadis 18 tahun yang beremosi setelah kematian ayahnya.

Pertemuan dengan Bumblebee mengubah perasaannya dan Charlie kembali menjadi dirinya sendiri. Tidak mahu bercerita lebih kerana anda perlu menonton sendiri untuk mengetahui kenapa Bumblebee berada di bumi.

Berlatarkan era 80an, sememangnya kartun Transformers muncul pada era tersebut dan menjadi perhatian ramai. Pastinya peminat tegar Transformers dan Bumblebee terutamanya gembira dengan kehadiran filem ini.

Erat hubungan Bumblebee dan Charlie membawa perasaan sebak, keletah lucu Bumblebee pula mencuit rasa pasti anda tertawa. Semestinya filem ini sesuai untuk membawa seisi keluarga di musim percutian anda.