Share

Mulut berbau paling tidak disenangi semua orang. Kita menahan nafas kerana bau kurang enak mulut orang tetapi adakah kamu pasti bau mulut sendiri tidak mengganggu orang? Apa kata sahut cabaran Listerine selama 21 hari untuk gaya hidup lebih sihat dan anggun.

Pabila berpuasa, memang kemungkinan besar mulut berbau. Hendak bercakap pun kamu menutup mulut agar bau yang kurang menyenangkan tidak sampai ke hidung orang. Jadi apa salahnya kamu ikut serta dalam kempen ini. Menurut pakar-pakar, ia mengambil masa 21 hari untuk membentuk dan mengamalkan suatu tabiat baharu dan kini Listerine mencabar rakyat Malaysia untuk memulakan tabiat yang sihat dan amalkannya sepanjang tempoh 21 hari!

Listerine Total Care (1)

“Dengan Cabaran Listerine 21-Hari ini, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih peka terhadap kesihatan mulut dan diri secara keseluruhannya! Kali ini, kami mencabar rakyat Malaysia untuk berusaha melakukan perubahan sebenar dalam pelbagai aspek kesihatan, sama ada kesihatan mulut, nutrisi dan kecerdasan untuk menjadikan mereka insan yang lebih sihat dan menyerlah,” kata Stuart Crabb, Pengarah Negara Kumpulan Retail, Johnson & Johnson Malaysia.

Mengamalkan tabiat mudah seperti berkumur dengan pengkumur mulut selama 30 saat dua kali sehari boleh membawa kesan yang besar dalam jangka masa panjang. Kajian yang diumumkan baru-baru ini semasa Hari Kesihatan Mulut Sedunia mendedahkan bahawa 78.1% tidak sedar atau tidak pasti bahawa memberus gigi hanya membersihkan 25% mulut mereka sahaja.

Cabaran Listerine 21-Hari diharapkan akan dapat mengubah dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang pentingnya kesihatan mulut holistik dan rutin penjagaan mulut menyeluruh dengan bukti menjadikan mulut lebih sihat.

Take the Listerine 21DC - Milestones

Transformasi dalam Cabaran Listerine 21-Hari terhadap kesihatan mulut adalah terbukti secara klinikal:

  • Hari pertama: Nafas lebih segar (Listerine terbukti membunuh 99.9% kuman yang menyebabkan nafas berbau)
  • Hari ke-7: Gigi lebih bersih yang boleh dirasai (Pengguna merasakan Listerine menjadikan mulut lebih bersih dan segar berbanding hanya dengan memberus sahaja)
  • Hari ke-14: Gusi lebih sihat (Pengguna mendapati peningkatan ketara dalam kesihatan gusi selepas dua minggu)
  • Hari ke-21: Gigi lebih kuat (Listerine merangsang penyerapan flourida dan menguatkan permukaan gigi selepas tiga minggu)

Mulakan dengan tip nutrisi dan kecerdasan ini:

  • Makanlah sarapan setiap hari untuk mencergaskan tubuh anda, dan pilih makanan yang sesuai seperti telur rebus untuk membuatkan anda kenyang lebih lama pada waktu pagi. – Sarah Dussault
  • Untuk mengelak dari makan terlalu banyak atau makan snek yang tidak sihat – jangan melebihi 3 jam sebelum memakan sesuatu. Sediakan snek yang sihat seperti kekacang, sayuran dengan sos sihat seperti epal dengan mentega kacang dan bebola/kepingan protein buatan sendiri. – Sarah Dussault
  • Bersenam selama 10 minit setiap hari akan membantu memberikan anda rangsangan tenaga untuk sepanjang hari. Jadualkan senaman mingguan anda dengan mencatatkannya kerana ini akan membantu memantapkan komitmen anda dan menyukarkan anda terlepas senaman tersebut. – Cassey Ho
  • Di tempat kerja, aturkan beberapa mesyuarat di luar pejabat supaya anda sentiasa aktif dan tidak hanya duduk di meja anda sepanjang hari. – Cassey Ho

Anda boleh mengambil langkah pertama – sahutlah Cabaran Listerine 21-Hari anda sendiri dan mulakan transformasi anda hari ini! Hantarkan SMS Listerine<jarak>emel anda ke 39993 (setiap SMS akan dicaj RM0.50) atau layari www.facebook.com/ListerineMalaysia untuk mendapatkan baucar percuma bernilai RM5 untuk membeli Listerine Total Care 750ml.