Share

Pening juga memilih kalau lambakan tas tangan dan clutch di depan mata cantik-cantik. Saya lantas memilih beberapa beg kepit atau clutch Batik By Wulan untuk lebih mudah ke acara. Setelah dicuba-cuba saya bulatkan hati mahu yang satu itu. 

Batik by Wulan dibawa terbang oleh teman dari Jakarta. Setelah berkahwin dengan orang seberang dan berhijrah ke sana, Fayzah Aziz mengusahakan Batik by Wulan bersama suami. Semestinya jenama ini mahu perkenalkan sekali di Malaysia. Ayuh, saya bawakan satu persatu untuk tatapan kamu. Mana tahu satunya untuk di bawa meraikan teman menyambut Tahun Baru Cina. Cuti panjang kan?

Cara saya memilih? Semestinya dengan mengambil gambar dan benar-benar menikmatinya, merasai yang mana satu paling berkesan di hati. Kemudian melihat semula gambar-gambar itu.

IMG_6607d

Sasikirana clutch, Batik by Wulan: Pasti menjadi pilihan saya. Tona mustard memikat hati. Boleh saya bawakan ke tempat kerja, dan langsung ke acara pagi, petang atau malam. Lagipun warnanya lebih pop.

IMG_6607c IMG_6607xx

Pua envelope clutch, Batik by Wulan: Gaya lebih stylish dengan strap it on. Dua tona dicantum menyatu lebih ringkas. Mudah dipadankan dengan apa sahaja pakaian. Jangan nak matchy-matchy sangat dengan baju ya.

IMG_6607b IMG_6607a IMG_6607x
Djogja clutch, Batik by Wulan: Saiznya lebih kecil dengan bingkai yang aneka warna. Motif tradisional ini semestinya mudah dikenali. Andai berani pilih warna menyerlah dan kalau mahu bersederhana, pilih tona lembut sahaja.

Berikut adalah petua ringkas untuk kamu memilih clutch:

  1. Pastikan warna clutch dipilih boleh digunakan dengan beberapa baju. Lebih jimat! Melainkan kamu memang ada wang lebih nak berbelanja lebih dua clutch.
  2. Besar atau kecil clutch harus mengikut saiz tubuh kamu kerana yang memegang clutch sepanjang acara itu kamu. Tubuh Asia yang majoriti petite, pilihlah tas kepit kecil atau medium. Bagi si lampai, tas kepit besar pun sesuai.
  3. Kemudian boleh juga kamu mengambil kira barang-barang hendak dibawa. Ada yang hanya bawa wang dan pengenalan diri serta bedak dan gincu. Tetapi kamu juga perlu tempat letak kunci kereta dan rumah. Lainlah kamu memilih menaiki uber atau myteksi.
  4. Kualiti material juga penting agar clutch lebih tahan lasak. Tak adalah sekali dua pakai tetapi sudah hampir terputus tali clutch atau robek kulitnya.
  5. Dalaman clutch pastikan ada compartment yang boleh kamu selit wang dan pengenalan diri lebih selamat. Jadi tidak perlulah membawa wallet dan sebagainya.

Mahu tahu harga dan sebagainya mengenai Batik by Wulan sila ke :-

FB Batik by Wulan Batik Wulan

IG @batikbywulan