Lena Diulik Mimpi Manis

Share

Tatkala usia semakin meningkat memang lebih susah hendak tidur kadang-kadang boleh berjaga sampai 5 pagi.

Setelah beberapa hari dikejutkan pula dengan angka darah tinggi meningkat di bawah. Kepala pusing sampai empat hari, itu memang perlu pergi ke klinik. Pihak klinik pula takut untuk sewenang-wenang beri ubat, lalu mengeluarkan surat dan menyuruh saya ke hospital bahagian kecemasan.

Alkisah pula di wad kecemasan, ada pula doktor yang tidak langsung perama dan mengeluarkan kata-kata sinis. Saya sangkakan hospital swasta dibayar mahal tidak akan berani berkelakuan kurang ajar seperti itu. Saya akan cuba rujuk kesihatan ke hospital kerajaan selepas ini.

Sepanjang menjaga ibu di situ, tidak pula saya mendengar kerenah bukan-bukan. Pergi klinik pergigian kerajaan juga lebih cepat dan berpatutan. Sebelumnya kita masih berfikiran, hospital kerajaan lambat, nurse semua garang-garang. Salah ya. Cukuplah pengalaman saya terkena ini.

Kembali kepada cerita asal, lantas saya berbual-bual dengan sahabat baik. “Kenapa tak guna penutup mata macam orang putih pakai tu (sleep mask). Aku kalau ke luar negara, jet lag, benda tu lah aku pakai.”

Iyalah, saya ada satu dipakai kalau terbang malam. Lupa! Segera mendapatkan sleep mask dan mencubanya malam itu juga. Semburan wangian di bantal juga membantu. Ternyata saya lena sehingga pagi menjelang. Setelah itu masalah kepala pusing berkurang.

Bagi melengkapkan lagi aturan tidur, boleh juga menggunakan lamput Owl Night Light. Semuanya boleh didapati di Sephora. Kalau ada masalah sama, dah dapatkan sleep mask, kongsikan dengan saya pengalaman anda. Kalau nak kongsi bab hospital swasta vs hospital kerajaan pun boleh.

Bedak Asas Kusyen Face & Co Yang Mesra Wudhu’

Share

Mencari bedak asas kusyen baharu yang mampu mengembalikan wajah berseri-seri sepanjang hari. Apa kata kamu cuba Face & Co dan kongsi pengalamannya.

Mesin Laser Berjuta Dolar Pertama Di Malaysia

Share

PicoWay ialah pengubah pasaran dalam teknologi rawatan laser di bawa oleh Ko Skin Specialist.

Cintai Hidupan Liar

Share

Pelbagai cara kamu boleh menyumbang terutama untuk kebajikan. Pilihan terletak ditanganmu. The Body Shop membuka peluang kamu menyumbang dengan membeli produknya di musim perayaan dan sebahagiannya bertujuan memelihara hidupan liar. 

Detoks Tubuh Demi Sihat

Share

Kita biasa disuruh melakukan detoks dalam tubuh secara alami ataupun dengan bantuan produk kesihatan tempatan. Passion D’tox semestinya cara mudah buat kamu yang sibuk bertugas membantu melakukan detoks ini.

Pesona Sephora di Hujung Minggu

Share

Hanya menggunakan 6 produk kategori ‘makeup’ yang boleh didapati di Sephora.my, solekan tetap menawan. Sesuai untuk berhujung minggu bersama teman baikmu.

Tutup Cela Wajah Mengguna Concealer

Share

Berada di hadapan cermin paling tidak selesa melihat adanya jeragat, parut demam campak dan beberapa noda lagi. Menyempurnakan solekan, concealer jadi teman baikmu kali ini.

Tip Rahsia Bibir Menggoda

Share

Berkongsi beberapa tip mudah mengoles gincu pada bibir. Menggunakan Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick, semestinya harimu lebih nyaman. Tekstur berkualiti turut jadi ukuran pemilihan pemerah bibir saya.

DD Cream Melindungi Kulit Wajah

Share

Paling asas dalam sapuan solekan wajah adalah mengoles DD Cream. Penting untuk wajah mendapat perlindungan sehari-hari dari sinar matahari terik. Saya temui pelindung wajah berkesan dengan ketahanan 15 jam.

Gincu Peneman Hari

Share

Pernahkah bibirmu mendapat perhatian lelaki? Mahu kelihatan menawan sepanjang hari tetapi kekal selesa sentiasa. Lipaholic semestinya gincu pilihan yang paling serasi menemani harianmu. Koleksi 4U2 Cosmetic ini memang menambat hati.