Respirasi Cantik

Share

beauty

S.H.E @Panasonic Beauty Launching Event

Share

S.H.E. dolls beraksi di pentas Panasonic Beauty Launching Event pada 23 Oktober 2012 memperagakan perkakas Panasonic Beauty untuk keggunaan pagi sehingga malam. Sekaligus ini S.H.E reunion selepas tiga tahun bersama-sama merakamkan Pilot Drama S.H.E.. Biarpun mengalami kesukaran tetapi kami masih hidup…

To be continue…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mentari Beauty Hair & Spa, Semenyih

Share

One stop centre spa ada pelbagai rawatan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Keseronokan tak terhingga berada di spa memanjakan diri sepanjang hari—Mencantikkan tubuh, wajah, rambut, kuku tangan dan kaki.

Memang mengasyikkan dan semestinya tidak rugi. Banyak pakej boleh didapati dan harganya berpatutan.

Bersama Aida Sunny, pemilik Mentari Beauty Hair & Spa.

 

Daya Yunus: Solekan Pelengkap Gaya

Share

www.gua.com.my

Musim Anugerah Juara Lagu (AJL) semakin hampir. Kala ini semua polis fesyen majalah, akhbar, web portal dan ‘blogger’ sedia melaporkan dari karpet merah. Siapa-siapa melaluinya pasti takkan dapat melepaskan diri. Biarpun tidak sefanatik Hollywood, namun kemeriahan karpet merah di Malaysia tidak kurang hebatnya.

GUA bertanyakan mekap artis profesional, Daya Yunus, ramalan solekan 2012 di AJL26 akan datang. Apakah muslihat solekan terbaik untuk kelihatan lebih menawan. Banyak pengalaman telah diceduk Daya dan GUA hanya membariskan segelintir darinya.

Daya Yunus, 28, berpengalaman lapan tahun dalam dunia solekan. Sebelum ini bertugas di Prescriptives Cosmetics dan M.A.C Cosmetics sebelum bergerak sendiri di lapangan solekan. Selain projek tempatan, Daya juga terlibat dengan majalah Sutra dari Singapura, laman web Vogue Italia, MTV Asia Awards 2008 dan menjadi mekap artis pilihan pereka fesyen Hana Tajima.

Sering diundang oleh majalah InTrend, Eh!, Cosmopolitan, Remaja, Skawaii, Nona, Remaja, Maskulin, Astro View dan The Star. Juga, telah biasa berada di belakang pentas teater (P.Ramlee the Musical 2008, Puteri Gunung Ledang the Musical 2009 dll.), pertunjukan fesyen (KL Fashion Week, mIfa, Stylo, MASiF, DKNY Fashion Show Gala, Mulberry Fashion Show dll.), majlis anugerah (Shout Awards, ntv7 Golden Awards dll.), rancangan TV dan iklan.

Bagaimana Daya menyediakan seseorang artis ke karpet merah?
Saya akan putuskan solekan bagaimana paling sesuai buat selebriti atau artis itu. Selalunya saya sediakan ‘face chart’ terlebih dahulu dan bentangkan kepada artis. Sebelum memulakan kerja, saya akan berbincang dengan artis konsep apa yang dimahukannya. Jika melibatkan ‘stylist’ atau pereka fesyen, kami akan duduk bersama-sama menentukan solekan apa dirasakan paling sesuai dengan baju dipakai, dirasakan sesuai mengikut trend solekan musim itu.

Tips solekan daripada Daya?
Segala-galanya bergantung pada apa pereka dan selebriti mahu tampilkan pada acara itu. Tidak semua solekan bergantung pada potongan pakaian apa yang sesuai dengan solekan apa tetapi keseluruhan konsep dan ‘mood’ yang mahu ditonjolkan pereka. Contohnya, mereka mahu tampilkan imej sensual, romantik, glamor atau ‘edgy’ dan sebagainya.

Pilihan warna juga penting sama ada mereka mahukan lebih dramatik atau semula jadi atau sensual, bergantung pada pilihan warna ‘complimentary’ atau ‘monochromatic’ pada solekan. Penekanan diberikan dari hujung rambut hingga hujung kaki yang berkait di antara satu sama lain dari rambut, solekan, pakaian dan ‘mode’. Tips saya mudah, selalulah ikut trend solekan yang sesuai dengan konsep pakaian dan tema acara. ‘Keep beautiful and radiant makeup’. Saya percaya, ‘less is more’.

Apakah solekan paling sesuai dan sealiran dengan trend solekan 2012?
Trend solekan bagi Musim Luruh/Panas 2012, lebih kepada ‘bronze’ dan ‘gold’ untuk mata manakala wajah pula sangat ‘nude’ bersih dan ‘porcelain look’. Terdapat juga ‘pastel’ solekan mata nyatanya lebih lembut selain dari ‘flushed cheek’ dan warna bibir yang sangat ‘bold’ seperti sapuan oren, merah klasik dan ‘coral’.  Solekan ke karpet merah bagi saya sebaiknya dikekalkan – ‘A Beauty Makeup’ – kerana konsep ‘glamourous’ itu tetap penting. Nama lagi untuk karpet merah.

Ramalan solekan AJL 26?
Saya rasa solekan di karpet merah tahun ini lebih ‘clean’, ‘porcelain skin’ dan ‘golden eyes’ atau ‘gold goddess look’. Solekan klasik sangat sinonim dengan karpet merah dan pastinya sentiasa kelihatan cantik iaitu ‘porcelain face’ ditambah bibir munggil merah atau ‘traffic-stopping lips’ dan celak terang. Selain itu, ramalan saya akan banyak mainan bibir gincu rona neon seperti oren dan ‘coral’. Solekan mata pula ‘nude’ dan lebih lembut.

Solekan tak patut ada di AJL 26?
Gaya solekan moden paling banyak digayakan seluruh dunia. Solekan tak sepatutnya ada di karpet merah atau sudah tidak ‘intrend’ bagi saya semestinya solekan tebal dan ‘cakey foundation’ ditambah solekan mata, bibir dan pipi yang juga tebal. Solekan artistik atau terlalu ‘wild’ juga tidak sesuai melainkan pada acara-acara tertentu sahaja. Tetapi bukan di karpet merah. Sepatutnya solekan karpet merah lebih kepada ‘beauty makeup’, ‘glamorous’, ‘flawless’ dan ‘effortless’.

Hawt Beauty

Share

Hawt (hot)…! Melihat seraut wajah selebriti berseri-seri tampil di khalayak ramai. “Tanpa solekan, tak cantik jugak. Sesiapa pun bersolek boleh cantik sepertinya. Aku pun kalau bersolek, lagi lawa pada dia.” Kemudian usikan demekian berpenghujung deraian tawa. Begitu pun ada kebenarannya fakta itu. Bersolek menggunakan khidmat mekap artis selebriti, memang wajah mampu bertukar jelitawan. Padahal tanpa sepalit solekan, nak tengok diri sendiri pun takut. Bagaimana pula jika kamu mahu tampil cantik sehari-hari. Takkan lah nak membayar mekap artis setiap hari? Memang tak lah, melainkan kamu selebriti, hartawan, trust fund babies atau pisau cukur di Hollywood.

Facebook | All Friends
Wanita mana tidak suka bersolek walau pun hanya mencalit gincu di bibir. Hanya aku sejak bulan dua lalu tidak lagi rajin bersolek. Entah mengapa aku jadi endah tak endah kepada semua itu lagi. Entah!

Aku tidaklah hebat menggunakan curling tong, adakala dibantu teman setiap pagi. Sahabat baik ku Sal jika tidak terbang (dia stewardess) rajin dia membelek rambutku. Dan, gambar aku ini hasil kerja Sal suatu pagi. Sebab itu aku berusaha keras hari ini mahu kembali berambut panjang kerana aku sukakan gaya rambut berombak ini.

Aku suka bronze, glitters dan serba coklat. Sejak dulu mengenakan gincu coklat membuatkan ada yang menegur, “Kau nampak pucat, tak cantiklah!”. Dalam hati, kasihan, tak tahukah ini solekan ala ala J.Lo. Atau aku sahajakah yang perasan. Begitu pun, ini wajah aku dan aku gemar bermain dengan warna. Aku suka J.Lo sepuluh tahun lalu apabila kali pertama dia muncul. Telahan aku tidak syak dia memang punya cita rasa dalam berdandan dan berfesyen.

Bagaimana aku lakukan? Aku suka sapuan Bobbi Brown beige Shimmer selepas memakai bedak asas, menambah M.A.C. mineralize skinfinish pada beberapa bahagian. Kadang-kadang menggunakannya sebagai shading atau blusher. Dan mengoles M.A.C. Eyeshadow palette pada mata menggunakan jari sahaja. Aku paling tidak suka mengenakan peralatan solekan. Jari rasanya lebih mudah untuk di blend warna. Aku selalunya meletakkan tiga warna pada solekan mata. Putih wajib pada pelupuk atas mata. Warna lebih gelap hanya pada sebelah tubir mata.

Aku juga banyak koleksi Barbie M.A.C. kerana sesekali aku suka menambah merah jambu pada pipi, mata dan bibir.

Aku punya gelang sebanyak itu dan anting-anting hoop sebesar itu. Malah aku punya set gold juga. Memang wanita ini sumber inspirasi dan ikon fesyen.

bersambung…