Berada dalam industri memberi kelebihan kepada saya bertemu selebriti atau tokoh ternama secara eksklusif.
Halo 2014! Selamat Tahun Baru! Dalam kesibukan kerja dan melancong, hiburan diperlukan. Ada beberapa peristiwa yang menarik perhatian saya. Bukan apa, sesekali lepas gian menulis Kisah Selebriti, seperti ruangan tetap saya di majalah InTrend suatu ketika dulu.
Miley Cyrus vs Stacy: Ketika Miley muncul dengan rambut pendek, penampilannya di karpet merah mendapat pujian pengkritik fesyen. Tubuhnya juga semakin cantik dengan amalkan senaman pilates. Kiranya Miley sudah dewasa dan menunjukkan beberapa aksi yang tidak berapa nak dibanggakan. Tapi dua-dua lagunya memang sedap ditelinga. Lalu pabila Stacy memotong rambut persis Miley, dia disoal apakah meniru gaya Miley. Jawabnya tidak dan hanya kebetulan nak sesuaikan dengan konsep lagu baru. Tapi Stacy menyanyikan lagu Miley dalam persembahannya. Hmm…
Pabila Taylor Swift mula-mula muncul, lagunya banyak mengecam lelaki daripada hubungan tak menjadinya. Semua orang kagum dengan keberaniannya itu. Masa tu udianya 15 tahun. Tapi lama-kelamaan orang naik menyampah dengan sifat keanak-anakkannya. Dahlah hubungannya dengan lelaki berfrofil tinggi sering gagal. Pemerhati mula bandingkan dia dengan Adele yang sebaya tapi wanita itu lebih berpenampilan matang dan serius dalam hubungan dan kini memiliki cahayamata. Saya lantas terkenangkan Shila Amzah yang mencipta lagu berdasarkan perasaan cintanya kala itu. Bezanya lagu Taylor lebih positif dab Shila lebih jiwang. Selepas menyanyi sambil menangis bengksk mata di youtube, banyak reaksi peminat dan pemerhati kurang menyokong kerana merasakan tindakan itu poyo. 🙂
Setiap kali Joe Flizzow muncul saya akan teringat Jay-Z. Kalau tengok Jay-Z mesti teringat Joe Flizzow. Seri! Tapi lagu Havoc memang sedap. Lagu Holy Grail Jay-Z dan Justin Timberlake pula, hebat!
Elegan (sayalah tu) berkesempatan merakamkan Zizan Razak ketika waktu senggang kami. Pagi-pagi sebaik selesai makan pagi, ketika itu kami sedang menunggu teman-teman lain sambil menghirup udara segar di Bromo, Surabaya. Ketika itu kami bersiap sedia menjalani penggambaran video muzik Suamiku Ustaz bersama Nora Danish dan Adi Putra…
Penonton seramai 20,000 orang terhibur dengan konsert Living Things World Tour Linkin Park tempoh hari. Dua pemenang tiket Linkin Park Elegan turut tenggelam dengan lagu-lagu popular didendangkan mereka. Linkin Park juga berjaya menawan 5,000 penonton dari luar negara.
Bennington, Mike Shinoda (rapper), Rob Bourdon (drum), Dave Farrell (bass), Brad Delson (gitar) dan Joe Hahn (turntable) menyampaikan lagu Tinfoil, Faint, Papercut, Given Up With You dan Somewhere I Belong.
Sehari tiba di Bromo Surabaya, Adi Putra terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk rawatan. Memang ketara kesakitan ditanggungnya. Kami meneruskan penggambaran tanpanya.
Setelah empat hari tiga malam di Bromo. Tiga hari penggambaran berjalan lancar. Adi Putra yang datang bersama kami balik semula ke KL kerana faktor kesihatan, kembali lagi di hari terakhir kami di Bromo. Komitmen diberikan wow.
Hari rabu itu juga kami turun ke Surabaya. Dingin di Bromo sudah tidak tertahan lagi. Setiap malam tidur dengan jaket sejuk, bersarung tangan dan kaki.
Kami tiba di Hotel Amaris agak lewat kerana perjalan dari Bromo ke bandar Surabaya mengambil masa empat jam atau lebih tergantung kesesakan jalan. Ruang kamarnya cukup selesa dan berpatutan. Dekat sahaja pusat membeli-belah Sogo namun kalau mahu ke pasar ITC perlu pemandu.
Sememangnya dua hari ini adalah waktu santai kami. Dua hari diberi ruang berehat ibarat bonus setelah tiga hari bekerja keras. Team teknikal dan jurugambar serta pengarah semestinya lebih awal tiba..penat. percayalah!
Masing-masing dengan acara sendiri. Membeli cenderahati seperti kain batik buat yang tersayang. Menjelang petang baru nampak batang hidung masing-masing.
Malamnya kami dibawa Penerbit karaoke. Sebelum itu kami makan di sebuah restoran bertemakan tradisonal. Sangat enak makanannya…
Hari ini saya tidak ke mana-mana hanya santai di kamar. Lima bagasi siap mahu dibawa pulang. Bukan barang beli-belah tetapi memang bagasi wardrobe untum persalinan Nora Danish, Adi Putra dan Zizan Razak.
Hari ini jumaat 23 Ogos 2013 kami siap untuk balik KL. Cepat masa berlalu, kami tiba pada 13 Ogos lalu. Lega kerana mampu melangsaikan tugas dengan jayanya.
Hari pertama penggambaran video muzik lagu tema filem Suamiku Ustaz di Gunung Bromo, Surabaya. Jubah digayakan Zizan rekaan Kos.
Pengarah filem dan muzik video Ghaz Abu Bakar memberi penerangan serba ringkas sebelum Zizan mengambil tempatnya.
Zizan sedang beraksi di hadapan kamera. Video muzik ini berunsurkan Hindustan dan Arabic.
Seterusnya penggambaran dilakukan berlatarkan gugung-gunung menghijau. Kemeja Kos disarung memberi gaya ringkas tidak seperti sebelumnya.