Etika Permaidani Merah – Yang Cantik, Salah & Jelik

Share

Gaun dan tuxido berjenama membalut tubuh lampai. Disalut pula barang kemas tidak kurang mahal harganya. Solekan malam ini mesti menawan. Sementelah, jurumekap artis mengoles wajah menggunakan alat solek ternama. Malam gilang-gemilang ini, wanita mahupun lelaki berlumba-lumba mahu tampil paling sempurna. Menang anugerah bukan persoalan lagi.

Teks: MARINI MAT ZAIN (artikel di majalah)

Sebuah limo berhenti dihadapan permaidani merah. Keluar sang rupawan perlahan-lahan melalui sekelompok juru gambar. Mereka menyapa wartawan di sisi juru gambar. Kemudian menggayakan beberapa aksi menawan untuk dirakamkan dalam lensa. Peminat menjerit nama bintang-bintang ini. Mereka melambai-lambai kepada Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ning Baizura, Camelia dan ramai lagi. Selebriti ini pula membalas lambaian dan sesekali berhenti menurunkan tandatangan kepada peminat. Kalau ditanya apakah perasaan mereka? “I feel like I can’t breathe, but I feel glamorous.”

Setiap kali berpeluang ke majlis gilang-gemilang seperti ini, selebriti mengambil kesempatan turun ke permaidani merah mendedahkan diri kepada media. Kenapa tidak? Inilah syarat ke majlis anugerah tatkala menggayakan baju pereka fesyen ternama dan barang kemas termahal. Perhatian media dan orang ramai adalah satu ganjaran dan publisiti diperlukan. Siapa mampu menafikannya? Ketika ini jugalah kita melihat siapa menjadi perhatian umum. Siapa lebih bergaya dan tersohor? Siapa pula berjaya menarik perhatian? Pendek kata, red carpet is icing on the cake.

Siapa tidak mahu kemunculan julung kali ini dikenang masyarakat, bukan sekadar perasan elegan atau syok sendiri. Sedangkan malam itu kamu dikelilingi oleh selebriti lain tidak kurang hebatnya. Tentu sukar mendapat perhatian, apatah lagi melihat gambar kamu dicetak dalam surat khabar keesokkan harinya. Ketika inilah dilema bagi segelintir selebriti mahu muncul dalam pakaian memeranjatkan mata wartawan fesyen atau sekadar hadir tanpa disedari. Bukan sekadar penampilan diri, etika di permaidani merah turut memainkan peranan penting.


Boleh jalan bergandingan. Tetapi beri laluan kepada diri sendiri dan rakan artis bergaya secara solo di depan lensa.

Sayangnya tidak ramai selebriti tempatan bijak mencuri peluang ini. Saya menghadapi masalah dengan hasil gambar permaidani merah. Ramai selebriti tidak menyedari apabila melalui permaidani merah, mereka perlu berhenti dan lebih mesra kamera. Setidak-tidaknya belajar berinteraksi dengan lensa. Andaikan kamera itu cinta pandang pertama. Kamu perlu membujuk dan merayu kekasih hati. Pastikan juga setiap juru gambar puas mendapat aksi istimewa kamu. Juru gambar pun rajin-rajinlah menjerit nama selebriti. Pastikan artis beraksi sendirian walaupun dia tampil secara berpasangan.

Cukup bagus kita tidak perlu melayan paparazzi memanggil-manggil artis. Menurut wartawan Whitney Matheson, dia pernah menyaksikan paparazzi menjerit-jerit kepada Brad Pitt dan Jennifer Aniston (sebelum mereka berpisah) di malam Emmy. “Big smile!” jerit satu suara. “Over here — second row!” jerit satu suara lain. Malah, ada seorang lagi paparazzi meminta pasangan ini berciuman. Begitu besar kuasa fotografi di permaidani merah. Menurut jurugambar terkenal dari London, Dafydd Jones (jurugambar bebas majalah Tatler, Vanity Fair dan Talk), anyone who is walking down the red carpet and having ther name screamed out is famous, whether they’re an actor, a playboy bunny or whatever.

“You just have to walk down knowing you’re hot. You have to smile sweet and look nice — and never close your eyes,” pesan Paris Hilton.
Jangan fikir artis barat tidak gementar setiap kali turun ke permaidani merah. Pelawak Ellen DeGeneres mengambil nasihat Paris Hilton agar tidak kekok ketika berhadapan lensa. “If you wanna do it like an heiress you have to enter in royal and regally, but not like a snob. Act like you’re wearing an invisible crown. It’s all about confidence. You wanna pose, slenderise your hips, and could do a certain pose — it depends on what you’re wearing. You just have to walk down knowing you’re hot. You have to smile sweet and look nice — and never close your eyes!” ujar Paris Hilton.
tak-faham-kenapa-nak-beri-flyers-pada-artis

Satu lagi, saya hairan kenapa ada orang memberi flyers kepada artis ketika mereka melalui permaidani merah.
fenomena-begini-takkan-berlaku-di-barat
Pengawal peribadi juga tidak faham laluan karpet merah bukan sekadar jalan ke dewan majlis. Pernah berlaku, tugas juru gambar di halang kerana katanya, selebriti perlu segera mara ke dewan. Kalau berhenti lama-lama menghalang jalan. Red carpet traffic! Pulak! Terutama giliran selebriti ternama. Saat mencuri kesempatan menangkap kelibat mereka, gambar dicemari dengan flyers ditangan. Ada pula petugas di tepi laluan mengedarkan flyers kepada selebriti. Aduhai!

Pengiring (disediakan oleh penganjur) atau pembantu peribadi artis perlu bijak memainkan peranan. Di barat, Eskot Selebriti — who walk the red carpet but generally go unnoticed by everyone except the stars themselves. Selain mengasuh selebriti, mereka perlu memastikan artis di bawah jagaan sentiasa tampil menawan. Pastikan artis tiba pada waktunya di tempat yang betul. Mereka jugalah akan berurusan dengan wartawan dan turut kelihatan hebat (tetapi tidaklah pula over shadow artis itu sendiri).

Seperkara lagi, wartawan dan juru gambar disambut dengan jeritan. Oh! Rupa-rupanya sedang berbual di talian menggunakan ‘hands free’ seraya mengisyaratkan kami berbaris seperti kanak-kanak tadika. Mereka tampak sibuk dan cemas kerana mahu memastikan majlis berjalan lancar. Saya faham kesibukan kakitangan penganjur. Begitu pun, mereka wajib memaniskan wajah. Kalau tidak menang tangan, sediakan penyambut tetamu sebagai wakil agar dilihat lebih berbudi. Kalaulah ini rancangan Apprentice, you’re fired, kata Donald Trump. Ternyata kefahaman kita terhadap dunia permaindani merah masih kurang.

Ready, Set, Red Carpet!
Mungkin budaya permaidani merah baru bermula di negara kita. Manakan saya boleh samakan dengan etika selebriti di barat. Namun, apa salahnya kalau kamu membuat penyelidikan mengenai sejarah permaidani merah kala sibuk mencuri ilham pakaian, perhiasan, solekan dan gaya rambut selebriti barat. Pengaruh permaidani merah terlalu besar di Hollywood. The Red Carpet Foundation ditubuhkan bagi merakamkan ilustrasi sejarah permaidani merah yang bermula pada 18 Oktober 1922 apabila Sid Grauman membuka Egyptian Theatre.

Pada malam itu, ribuan peminat berbaris panjang di luar theatre menantikan selebriti pujaan mereka. Masing-masing berharap bertemu Douglas Fairbanks, pelakon Robin Hood yang ditayangkan pada malam itu. Begitulah sejarahnya bermula. Sehinggalah budaya permaidani merah menjadi acara tradisi setiap kali menjelang malam anugerah, tayangan perdana atau majlis-majlis besar lain. Pertubuhan ini bakal mendokumentasi semua majlis-majlis besar seperti Golden Globes Awards, Emmy Awards dan lebih 100 tayangan perdana lain.

Setiap tahun di barat semakin bertambah selebriti menandatangani persetujuan eksklusif dengan penaja pakaian dan perhiasan (sebulan lebih awal). Pakaian dalampun diambil kira. Celebrities used to lend their bodies on Oscar night in return for free clothes or loaner jewels. Betapa berharganya tubuh mereka sehingga digunakan sebagai iklan. Begitulah bertuahnya badan kalau kamu artis yang punya gaya dan personaliti. Selalunya artis pilihan sering tampil bijak berpakaian menawan sehingga menjadi buruan penaja antarabangsa. Bijak menjaga tata susila seperti apa dilakukan dan ke mana mereka pergi. Berikut adalah tatacara sepatutnya berlaku ketika selebriti berada di permaidani merah:

1. Be Yourself
Usah terlalu mengikat diri dengan peraturan. Jadilah diri sendiri. Pilih produk dan teknik kecantikan paling sesuai agar lebih berkesan. Bukan kamu tidak boleh menerima tips dari orang lain tetapi mestilah adaptasi ke dalam gaya personaliti kamu. Pakaian paling padan dengan kamu adalah keyakinan diri apabila mengatur langkah ke setiap perhentian menghadapi dinding jurugambar dan wartawan hiburan.

2. Bijak Mengatur Masa
Kamu tidak rugi muncul awal di permaidani merah. Kamu boleh lebih lama bermain mata dengan lensa dan mencuri masa berbual-bual dengan wartawan. Khabarkan kepada mereka baju siapa kamu pakai. Berapa harga barang kemas kamu? Siapa pula pasangan di sisi kamu? Kamu juga berpeluang ditemu bual oleh pengacara TV yang sedang membuat liputan. Namun, big star selalunya hanya muncul saat-saat akhir, lebih kurang 10 minit sebelum acara bermula. Biasalah, diva!

3. Poses!
Perhatikan di mana juru gambar. Mereka biasanya berada pada dua kedudukan kerana masing-masing mencari sudut terbaik. Ada dua hingga tiga spot perlu kamu berhenti dan berikan pose kepada juru gambar. Jangan muncul di permaidani merah dengan wajah keliru dan tidak tentu hala. Please, melt the cameras. From here foward, if you blinked you could miss a biggie.
hilary n xhubby


hilary solo

Hilary Swank memberi pose istimewa sementara suaminya Chad Lowe (kini bekas suami) menanti di sebelah penuh sabar. Hilary Swank pulang membawa anugerah di 77th Academy Awards.


fergie-golden-globes-2010-04

fergie-golden-globes-2010

Fergie di Golden Globes 2010. Selain bergambar berdua dia dibantu suami bergambar secara solo. Dan gambar di atas adalah contoh penulis majalah mahu menggunakan gambar di ambil untuk membuat liputan.

salah-jalan-berdampingan-gini-susahkan-wartawanMasa ni puas berfikir nak buat macam mana dengan gambar ni.. Nak potong tangan bersilang…

4. Ambil Gambar Secara Solo
Walaupun kamu berjalan di permaidani merah dengan pasangan. Pastikan kamu bergerak secara solo. Apa salahnya pasangan kamu menunggu sebentar. Ada juga artis tampil dengan rakan artis lain. Selepas juru gambar mengambil gambar kamu berdua, beri ruang kepada rakan artis dan diri sendiri memberi pose sendirian. Mudah bagi wartawan menyusun dan mengulas penampilan kamu malam itu.

jloMelihat lensa menghala ke arahnya, Jennifer Lopez segera menanggalkan kot dan memberikannya kepada pembantu peribadi yang sentiasa di sisi.

Eskot Selebriti
Pastikan artis tidak melekat pada artis lain. Menurut Christopher Laslo (pengiring bintang A-star seperti ‘NSYNC, Destiny’s Child, Queen Latifah, Tom Hanks dan Rosie O’Donnell), the celebs want to be surrounded by attractive people during the walk. Itu biasa! Tetapi kamulah orang paling dekat untuk mengingatkan mereka. Pastikan juga mereka tidak memegang barang-barang tidak perlu seperti kot menutup gaun lawa. Biarkan tangan mereka hanya mengepit clutch bag.

rihanna-grammy-awards8
Smile Everyone!
Any trip down the red carpet starts and ends with a beautiful smile. Pamerkan senyuman paling manis di depan kamera dan wartawan. Berikan pose menawan dan ubah gaya setiap saat. Pastikan anak mata kamu memandang setiap lensa agar memuaskan juru gambar. Agar kurang gambar buruk kamu disiarkan kelak.

pun cantik gakFlying solo di Golden Globes 2010. Gaya Panalope Cruz dikatakan ada persamaan gaun Sophia Loren gayakan zaman mudanya. Ini dia Golden-era Glamour.


Drop Dead Gorgeouse

Paling ‘In’ di Permaidani Merah
1. Clutches. Mungkin kecil untuk muatan tetapi manis dan bergaya dipegang.
2. Mantapkan bentuk tubuh.
3. Skirt kembang tetapi kemas.
4. Gaun tea-length. Tetapi tidak menyapu lantai.
5. Vintage atau gaun rekaan pereka fesyen terkenal. Kamu pasti tampil tersendiri.
6. Golden-era glamour. Rekaan lama diberi nafas baru.
7. Jaket bolero. The new way to stay warn.
8. Sutera and satin. Kain berkilat dan licin kekal menjadi trend..
9. Rantai dan gelang rekaan trendi. Zaman subang besar lama berlalu.
10. Kasut metalik. Modern and not too matchy-matchy.

Paling ‘out’ di Permaidani Merah
1. Heavy beading. Tiada siapa mahu memakai gaun seberat 15 paun.
2. Subang chandelier. Leave chandeliers on the ceiling where they belong.
3. Orange tans. Masih ingat Charlize di Oscars? She was practically glow-in-the-dark.
4. Fabrik see-through. Why provoke the censors?
5. Purse with shoulder straps. Hanya sesuai ketika menaiki komuter.
6. Plunge necklines. Terlalu klasik.

red carpet
Jadilah Selebriti A-list, Mulakan di Permaidani Merah
The stars have a whole year and a crew of stylists to prepare for their walk down the red carpet. Peminat seperti kamu juga mahu bergaya lawa seperti artis pujaan mereka ke pesta. Apa kata artis dan peminat berkongsi tip ini.

7 Hari Sebelum: Belum terlambat mahu menggunakan krim penjagaan kulit wajah. Sesekali kamu perlu menipu usia sebenar seperti bintang Hollywood.

6 Hari Sebelum: Selepas menerima kad undangan, kamu mula meninjau majalah gaya fesyen selebriti barat. Kamu juga membuat tinjauan pakaian dari pereka fesyen tempatan dan jenama luar. Fikirkan gaya sesuai buat kamu kerana tiba masa keputusan diambil. Gaun peach, silver dan pink menjadi pilihan selebriti A-list di Hollywood. Bak kata Halle Berry, “Know your own body… Wear what looks good on you.”

5 Hari Sebelum: Potong rambut dan gayakan swept up, pull back, slick down, pinn atau ponytail. Pamerkan gaun yang akan kamu gayakan pada malam itu kepada stylist agar dia mudah memberi gambaran rambut paling sesuai dengan wajah dan mekap. “You don’t need to throw a million products in your hair to make it look good,” ujar hairstylist John Ruggiero.

4 Hari Sebelum: Pastikan lokasi dan tema majlis. Solekan sesuai perlu agar kamu tidak tenggelam dalam cahaya sportlight. “Old Hollywood glamour is the traditional red lip. That never goes out of style,” ujar jurusolek artis Carol Shaw. Solekan smokey eyes dan bibir pale dengan perhiasan drop earrings dan rantai ringkas terlalu biasa. Pastikan aksesori sesuai dengan pilihan gaun, solekan dan gaya rambut kamu.

3 Hari Sebelum: Eyebrow haping/waxing. A classic look means a clean, defined shape that enhances your face. Bagi lelaki, bolehlah memilih kaca mata sebagai perhiasan tambahan seperti yang dilakukan Johnny Depp, Jamie Foxx, Adam Duritz dan Spike Lee. Merekan tampak bergaya sekali.

2 Hari Sebelum: Enjoy a pedicure and manicure. Masa untuk manjakan diri dengan mandian dan losyen seluruh tubuh. “Nails with a little length — about ¼ inch past the fingertip — with softer, more rounded feminine shape.” Warna-warna pastel mungkin sesuai. “Lilacs, lavenders, soft whites and pinks with a little shimmer and iridescence,” ujar manicurist, Deborah Lippmann.

Sehari Sebelum: Pergi ke spa memanjakan diri dengan urutan badan. Tidur lebih awal selepas itu agar bangun dengan segar pada hari majlis kamu hadiri. Solekan boleh menutup kecacatan wajah namun kamu lebih selesa dalam keadaan semula jadi segar.

Malam Anugerah: Smile! Kamu tampak menawan sekali. The hardest thing you should do now is sign an autograph. Berseronoklah! Enam jam kamu jadi perhatian lensa kamera sepanjang malam anugerah.


An ice cream break with Anuar Zain

Share

az
Aku jumpa AZ beberapa tahun lalu kerana sesi fotografi dengan majalah InTrend. Mula-mula ke butik Versace KLCC fitting baju-baju. Tiba tarikh fotografi, seronok menggayakan AZ yang sangat sporting dan kami experiment macam-macam gaya. Masa terluang pula dia menyanyi lagu-lagu kesukaan aku dan aku rakam sebagai ring tone. Tak lupa wake up call untuk aku juga.. Kesal juga dia tak pernah jadi cover majalah sehingga lah aku berhenti jadi penulis/Penolong Editor.

Ketika launching majalah juga AZ sudi menghadirkan diri. Selepas itu aku tak berkesempatan bertemu dia lagi sekadar melambai dari kejauhan.

Selepas tiga tahun kemudian. Sejak dua menjak ni memang rasa teringin nak bertemu AZ. Entah mengapa terpanggil nak buat projek dengan dia. Cameo pun jadi lah. Projek apa tu tungguh lah.

mmz

Pada suatu petang yang mulia, dalam aku mencari-cari AZ, dia muncul di depan mata. Ketika bersantai dengan teman-teman di Bangsar Village, bertembung dengannya. Aku segera memanggil dia dan menyapa. Lama juga berdiri berborak. Apa dibicarakan pastinya off the record 🙂 tetapi macam tak boleh berhenti. Setengah jam AZ mempelawa, jum lah kita minum.

aa

Kami menyambung di haagen dazs minum-minum sampai dua jam berlalu. Tak sedar! Bayangkan selepas 2005 kini 2010 baru sempat update macam-macam. Of the record lagi… 😉

INTREND07

Lalu aku pun terkenang pengalaman styling Anuar Zain pada 2005 dan ini lah hasilnya. Aku jumpa juga gambar-gambar ini di dalam http://picasaweb.google.com/shahrulaiman78/GalleryInTrend#

aazz
Ini gaya paling aku suka. Anuar Zain terpaksa menari-nari untuk dapatkan pose yang satu ini.
aaz
ku suka yang ini jua. Melibas-libas jaket namanya… 🙂
INTREND01
Ini lah kenangan aku dan Anuar Zain. Fin

Twilight

Share

Sebuah kisah cinta daripada novel tulisan Stephenie Meyer, New York Time Best Selling. Bagi penggemar novel, filem Twilight arahan Catherine Hardwicke sangat mengecewakan, kecuali peminat Robert Pattinson, kerana filemnya tidak memberangsangkan. Kira novelnya lebih ‘hot’ dan aku setuju. Twilight Saga aku sedang dalam proses habiskan bacaan. Twilight -sudah, New Moon -sudah, Eclipse -sedang baca dan Breaking Down -sedia untuk di baca selepas habis Eclipse nanti.

When you can live forever what do you live for?

I could feel his lips at my ear.
“I love you.” he whispered.
“Me, too.”
“I know,” he laughed quietly.
I turned my head slightly…searching. He knew what I was after. His lips touched mine gently.
“Thanks.” I sighed.
“Anytime.”

Pembikinan sesebuah filem di barat sangat teliti dan aku sangat teruja dengan transformasi dilakukan kepada barisan pelakonnya. Personaliti mereka sangat berbeza di luar malah hampir tak kenal setiap pelakon. Orang kata sangat into character. Makeover dilakukan juga hampir mengubah keadaan asal pelakonnya. Kala mereka melangkah di permaidani merah, ada yang tertanya-tanya.. la itu ke Alice? Rosalie taklah blonde. Carlisle juga berambut gelap. Yang blonde jadi berambut gelap, yang berambut gelap seperti Jasper bertukar blonde. “Oshinne! Filem kita nanti pastikan betul2 nok, nanti ke Oscar ye!”. Kalau kau pandai 🙂

Ini dia wajah-wajah pelakon Twilight.

Ini dia Ashley tetapi apabila menjadi Alice, dia berambut pendek dan blonde. Hair extension ke uolss…?

The real Edward, Robert Pattinson and the real Bella….

Strategi Selebriti Jadi Terkenal

Share

Di sebalik kemasyhuran selebriti tidak mengira penyanyi, pelakon, pengacara, selebriti TV atau model, ada beberapa taktik tertentu yang mampu mengubah nasib mereka hanya dalam masa singkat.

oleh Marini Mat Zain

Senario 1

Selebriti cantik jelita bertaraf C-List mahu diangkat menjadi A-List. Oleh itu pengurusnya merancang pertemuan selebriti A dengan seorang pemain bola sepak tersohor. Mereka lalu jadi buruan paparazzi kerana dikatakan pasangan secocok. Keadaan ini melonjak nama selebriti A sehingga mendapat lebih banyak tawaran menyanyi. Lalu dia telah berjaya berada di takhta A-List sejak itu.

Senario 2

Malam anugerah gilang-gemilang, pelakon B bersama pasangan baru melangkah keluar dari limosin, mendapat perhatian peminat sekeliling. Keadaan hingar-bingar kerana namanya dipekik peminat. Apa lagi lensa kamera lalu mencari-cari siapakah gerangan pelakon mendapat perhatian itu. Kerana itu pelakon bertaraf B-List itu dipandang tinggi imejnya. Sebalik kejadian itu, kelihatan si pengurus membuat bayaran kepada sekumpulan peminat sebagai upah meriuhkan suasana di tepi permaidani merah tadi.

Senario 3

Pergelutan di belakang pentas, sepatutnya model A memakai pakaian penutup. Tetapi kebijaksanaan model B merampasnya telah memberikan impak kepada kerjayanya. Berjalan memakai pakaian pada penutup sesebuah peragaan fesyen sambil memimpin tangan pereka fesyen naknya bernama besar seperti Karl Lagerfeld, pantas meletak model B sebaris supermodel lain.

Senario 4

Melihat wajahnya, pendatang baru si gadis 16 wajahnya agak pelik. Hidungnya terletak dan dagunya sangat runcing. Wajah keremajaannya sudah tiada kerana hidung aslinya sudah tiada dan dagunya pula disuntik. Katanya, hadiah hari jadi ibu bapa membelanjakan sejumlah wang untuk mencantikkan wajah kerana pelaburan, dia bakal dijanjikan menjadi artis tersohor. Aneh bukan?

Nah, empat senario tadi mungkin hanya berlaku di Hollywood. Namun, apakah di sebaliknya yang tersirat? Segala-gala dikecap, setiap kemasyhuran diraih, adalah terlebih dahulu dirancang teliti. Jarang adanya tuah datang bergolek seperti berlaku pada diri Dato’ Siti Nurhaliza dan Mawi. Semua orang perlu berusaha keras kerana telah banyak dilihat artis pernah menghasilkan album tetapi kesudahannya menjadi penyanyi kelab. Pernah melonjak nama pelakon filem tetapi sejak akhir-akhir ini hendak dapat tawaran drama pun susah. Di manakah silapnya percaturan mereka?

Sebelum menjadi selebriti, mereka perlu mengenal pasti kelebihan diri terletak di tingkat mana. Bukan semua orang bertuah punya X-factor yang rezeki datang bergolek. Menengok pula yang bergolek datang itu berkualiti atau sekadar menjerumuskan diri. Maksudnya, sehinggakan mahu ke majlis rasmi tiada yang mahu menaja pakaian. “Maaf, personaliti dia tidak kena dengan imej produk kami,” itulah alasan sering didengari. Kesukaran juga buat kita orang majalah, mencari pakaian untuk disarung kepada sesetengah artis ini. Biarpun pakaian ditawarkan untuk muka depan majalah. Kadang-kadang mereka tenggelam dengan dunia glamor tiada bertepi atau sekadar ‘rasa’ saja diri glamor, sedangkan kita dalam kesukaran mencari artis paling sesuai dengan client dan pengiklan kita.

Pertelagahan dua pendapat ini—Sama ada populariti lebih penting atau bina jenama diri ke peringkat kelompok high end? Menyentuh populariti tidak disangkal lagi si selebriti akan dikenali ribuan peminat, maka mudah menang anugerah melibatkan undian atau SMS. Manakala penjenamaan diri lebih ke kelompok atas pula, selebriti itu juga dikenali namun sukar meraih lebih undi atau SMS. Begitu pun, mereka banyaknya menjadi duta produk jenama antarabangsa. Bukan tidak ada peminat namun golongan peminat mereka tergolong daripada mereka berpendidikan, berpendapatan tinggi dan atasan yang tidak mungkin rajin mengundi atau berSMS. Cara mereka menghargai selebriti diminati berbeza.

Ada juga insan selebriti bertuah yang mampu meraih populariti dan sekaligus menjenamakan dirinya sebagai duta produk antarabangsa tetapi amatlah jarang berlaku. Langkah pertama apabila melangkah ke dunia hiburan tidak mengira seni lakon, menyanyi dan peragaan, usahlah lagi wajah kelihatan bersepah di mana-mana. Jikalau hendak diikutkan, jenguk kedai mamak jangan sekali-kali (itu jika dikira paling ekstrem). Pakaian pula perlulah sentiasa segak takut ada pula peminat menghampiri dan mahu bergambar, tidaklah diri keluar selekeh dalam laman blog peribadi peminat itu. Jika tiada undangan ke majlis seni atau anugerah, sekadar menumpang jemputan orang juga perlu dielakkan. Biar diri tampak mahal asalkan jenama diri melonjak sahamnya.

Katie Holmes in tod’s trench. Dulu dia hanya gadis biasa serba ringkas dan tidak mendapat perhatian media.

 

Jika selebriti itu sedia bijak merencanakan perjalanan seninya, dia hanya perlu mengambil pengurus, pembantu peribadi dan lain-lain untuk menjalankan rancangannya. Melainkan jika tahu kelemahan diri, tidak pandai mengurus diri, seorang selebriti patut mencari pengurus yang bijak menjadi mastermind sekaligus menguruskan segala kegiatan sehingga ke kemuncak. Perlu ingat, mengambil seorang pengurus bukan sekadar ada orang menemani ke sana ke mari daripada kelompok kenalan atau saudara dekat. Bukan kerja mereka sekadar menjadi pak pacak mengendong persalinan ke semua lokasi dan sekadar mampu menguruskan kelab peminat juga mengisi jadual harian dalam diari. Lebih daripada itu pengurus perlu tahu strategi mencari job berkualiti dan membina penjenamaan artisnya agar cantik di mata agensi yang mewakili produk antarabangsa.

Jauhkan diri terjatuh ke tangan individu yang punya kepentingan peribadi sekadar mahu mengambil kesempatan. Selayaknya selebriti mengupah pengurus serius dan berkaliber. Punya latar belakang tidak boleh disangkal lagi dan pernah meletak seorang artis lain di bawah pengurusannya sehingga berjaya. Popular tidak semestinya mampu meraih keuntungan. Mereka menerima tawaran tidak putus-putus dan jika semua hendak diterima, mana letaknya kualiti diri. Kemewahan itu pastinya datang sementara. Jadi cerewet bertempat sesekali perlu. Nicholas Saputra contohnya hanya berlakon filem setahun sekali dan memilih skrip paling berkesan. Selama menunggu kemunculannya peminat jadi histeria. Tidak terpilih menjadi artis popular juga mampu mewah dengan selonggok wang sekadar menjadi duta satu dua produk. Paling tidak sebagai permulaan menjadi wakil jurucakap produk dan artis terpilih untuk testimonial produk.

Kadang-kadang menonton E Channel, Astro, bukan sekadar melopong melihat Jessica Alba dan Beyonce seksi atau Johnny Depp dan George Clooney kacak. Cubalah mengambil iktibar daripada perjalanan seni mereka. Banyak jua bahan bacaan boleh dijadikan panduan dalam merencanakan kejayaan diri. Apakah dunia hiburan di Malaysia terlalu ditenggelami rasa glamor sehingga jarangnya ada yang berpijak di bumi nyata. Apa yang saya mampu katakan, sayangnya!

 

 

 

 

BAGAIMANA MAHU JADI SELEBRITI A-LIST?

Share

Penampilan muka baru dalam dunia hiburan sama ada seni lakon atau nyanyian mampu diserlahkan bermula di permaidani merah. Jika kena gayanya mereka mampu menyertai senarai A-List baru.

oleh Marini Mat Zain

Imej diri berperanan besar dalam dunia hiburan. Siapa hendak memandang penyanyi atau pelakon selekeh, tidak bercita rasa langsung. Muncul mereka dalam bentuk entah apa-apa. Pemilihan imej kurang tepat mungkin tidak disedari. Bukan semua orang berkebolehan seperti Camelia, Erra Fazira atau Amy Search yang bijak mengendalikan gaya kena dengan personaliti. Kalau tahu kekurangan diri dalam berfesyen, itulah gunanya stylist dan tidak salah mengeluarkan belanja membayar khidmat mereka kalau hasilnya kelak lumayan. Mungkin juga kerana pembawaan diri, letak apa sahaja tampak cantik tergantung di tubuh. Ada sesetengah lagi, pakaian berjenama tersarung tetap kelihatan murah sahaja.

 

Sekiranya ada tawaran tajaan pakaian oleh jenama antarabangsa, nah, tandanya artis itu telah berjaya dalam penampilannya. Pengalaman saya memang ada kesukaran mencari pakaian bagi sesetengah selebriti. “Maaf, si polan si polan tidak sesuai dengan imej jenama antarabangsa kami bawa.” Itu alasan biasa saya dengar. Ada tu, hanya pereka fesyen tempatan sahaja mahu menyediakan baju mereka. Sebab itu penampilan diri di permaidani merah merupakan ujian awal menentukan buruk atau cantiknya personaliti diri seseorang selebriti. Tiada bezanya di antara selebriti barat mahupun tempatan apabila hendak melangkah ke permaidani merah. Masing-masing cuba mencari kelainan demi menarik perhatian lensa dan pengkritik fesyen. Kritikan buruk atau baik tidak mengapa, jangan tidak disebut langsung sudah.

 

 

Siapa pula yang sedang diperhatikan dan di telah menjadi A-List. Selain bintang filem atau penyanyi baru, pelakon drama TV Hollywood juga boleh memanjat tangga A-List. Lain pula pelakon drama tempatan yang sukar mencuri perhatian. Apalagi mahu diletakkan sebaris dengan bintang A-List sekali gus menerima undangan ke parti sana sini. Misalnya pelakon Catherine High (Grey’s Anatomy) dan Hayden Panettiere (Heroes) yang sekelip mata menjadi rebutan. Padahal Hayden pernah beberapa kali muncul dalam filem. Tetapi namanya lebih bersinar selepas membintangi siri Heroes. Begitu juga si Ugly Betty, America Ferrera memecah tradisi gadis langsing menjadi rebutan di muka depan semua majalah tersohor antarabangsa. Menerima undangan hebat ke majlis koktel organisasi besar di samping mendapat tawaran sebagai duta produk dan sebagainya. Belum termasuk undangan memenuhi kerusi barisan depan pertunjukan fesyen dan tidak sah kalau tidak menerima undangan di bual bicara oleh Oprah Winfrey.

Seperti bintang Halle Berry yang mula bersinar menerusi drama TV Queen. Barulah namanya terpilih sebagai gadis Bond dan sekali gus menjadi jurucakap produk Loreal. Kali pertama melihat Halle Berry menawan di permaidani merah Oscar, dia membawa pulang anugerah Pelakon Terbaik menerusi Monster’s Ball (2002). Sejak itu, penampilannya di setiap permaidani merah ditunggu-tunggu ramai baik peminat apatah lagi media.

Selain tuah artis yang berjaya secara semula jadi, media turut memerhati nama-nama tertentu yang dijangka berpotensi pada masa akan datang. Joseph Gordon-Levitt terkenal sebagai pelakon drama kanak-kanak paling comel suatu ketika dahulu. Bermula dengan drama komedi siri 3rd Rock from the Sun, dia ke layar perak dan saya suka wataknya dalam 10 Things I Hate About You. Melihatnya penampilannya hari ini, dia semakin dewasa dan mula berjinak-jinak dengan independent films dan dikatakan bakal A-List baru tidak lama lagi. Kalau di Malaysia, Sharifah Amani bermula sebagai pelakon filem Inde Sepet dan Gubra arahan Yasmin Ahmad untuk dikenali. Media hanya menunggu bila masa tepat Joseph akan benar-benar menawan dunia. Wajah kacaknya sahaja sudah cukup menambat perhatian kala di permaidani merah.

Selain dramatis dihargai, muncul hanya sebagai watak ketiga dalam filem juga boleh jadi terkenal dan tersenarai dalam A-List. Emily Blunt hanya watak sampingan dalam The Devil Wears Prada. Begitu pun lakonannya melekat di hati dan hasilnya, enam filem sedang menunggunya. Kekasih penyanyi Michael Buble ini anggun ketika hadir di 79th Annual Academy Awards dan tampil di pentas menjadi penyampai bersama Anne Hathaway. Slanga Britishnya sangat seksi dan dia dikatakan bakal mendapat tempat seperti saat kegemilangan Kate Winslet.

 

Sementara itu pelakon Jepun Rinko Kikuchi dan aktor British Chiwetel Ejiofor telah memulakan langkah. Pelajaran pertama mereka tempuhi adalah kala mempersiapkan diri hendak melalui permaidani merah 64th Annual Golden Globe Awards. Kamera senentiasa mengekori mereka bagi melalui detik bersejarah itu bermula kala mereka memilih pakaian. Rinko tidak bertutur bahasa Inggeris tetapi dia menjual senyumannya yang dikatakan penghuni Hollywood sangat Universal. Biarpun gaun Chanel Rinko ketika hadir di Golden Globe itu tidak menarik perhatian dunia. Malah dia dikatakan mempunyai cita rasa buruk tetapi namanya telah melekat di hati media terutama lakonan berkesannya dalam Babel sebagai gadis bisu.

Tumpuan media barat hari ini adalah menilai cita rasa Rinko kala membawa diri di khalayak ramai. Apakah hadirnya hanya seketika Cuma? Tetapi melihatkan pencalonannya di Academy Award dan kemenangannya dalam beberapa majlis anugerah lain, kehadirannya tidak boleh dipandang sepi. Rinko menjadi kebanggaan Jepun kerana masuk pencalonan Academy Awards selepas Miyoshi Umeki, 49 tahun lalu. Kita lihat sahaja projek filem penuh Bahasa Inggeris pertamanya The Brothers Bloom akan datang.

 

 

Saat melalui permaidani merah 64th Annual Golden Globe Awards juga penting bagi Chiwetel Ejiofor kerana jika dia berjaya menawan jutaan mata dan lensa kamera, kehadirannya di Hollywood akan lebih kukuh. Chiwetel berasal dari England mula berlakon sejak 1997 tetapi hanya mula dikenali selepas muncul dalam Tsunami: The Aftermath. Lakonan menyayat hati itu mendapat pencalonan dalam Golden Globe 2007 bagi Pelakon Terbaik kategori mini siri atau filem untuk televisyen. Selepas itu tawaran demi tawaran diterimanya termasuk Talk to Me, Toussaint dan empat filem lain menunggu giliran seperti Toussaint, american Gangster, Tonight at Noon dan Redbelt.

Siapa lagi yang telah mencuri hati semua orang kala melalui permaidani merah? Catherine High tampil cantik memakai gaun kuning Escada menjadi sebut-sebutan dan diberi ulasan baik sebaris selebriti A-List dalam majalah. Secara tidak langsung, dia telah meletakkan dirinya pada tangga A-List. Pengaruh di permaidani merah juga memberi kesan kepada trend. Apabila Sienna Miller muncul dalam rambut pendek kerana lakonan dalam Factory Girl, semua pelakon lain mula meminati potongan rambut sama. Bukan setakat lalu di permaidani merah tetapi sebenarnya kehadiran selebriti perlu dirasai semua melalui pembawaan diri. Personaliti dan gaya juga harus dipelihara sepanjang waktu. Salah memilih gaya pastinya penampilan seseorang pendatang baru atau lama akan terpinggir. Jadi, pandai-pandailah mencuri hati kita di permaidani merah.

 

Tips Bersedia di Permaidani Merah

1. Semua pengulas stesen TV akan menahan kamu untuk temu ramah singkat. Pastinya soalan sama atau lebih kurang ditanyakan—Mengenai pakaian, penampilan, perkembangan terbaru, pencalonan dan sebagainya. Tugas kamu pula adalah berlagak baru mendengar soalan itu di setiap spot.

2. Berseronoklah kala melintas permaidani merah. Kala diajukan soalan-soalan oleh wartawan penyiaran, jangan hanya memberikan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja. Belajarlah memberikan jawapan paling berkesan dan diingati semua. Bukan jawapan yang bakal memberi penilaian negetif dan akhirnya menjadi bahan senda orang.

3. Bersedialah apabila kamu ditanya soalan mengenai rakan artis lain. Jangan pula menggelabah dan kamu mengulas orang lain sehingga mengumpan konflik.

4. Sound confident, look confident!

5. Apa perlu di bawa kala berjalan di permaidani merah? Pelebap, bedak dan kad kredit.

 

 

Terima atau Tidak?

Akhir sekali bagaimana mereka, selebriti mampu mengesan kehadiran mereka telah mendapat tempat di mata masyarakat. Seperti saya katakan imej paling penting sekali. Kalau di barat mereka mula sedar kehidupan mereka mula berubah apabila;

 

1.     Mereka mula ditawarkan memperagakan berlian bernilai jutaan dan ditemani pengawal peribadi pada malam berjalan di permaidani merah.

2.     Gambar mereka berpeluh-peluh ketika meninggalkan perkarangan gimnasium menjadi bahan berita tabloid.

3.     Segala-gala rancangan tidak berjalan selagi mereka belum tiba. Penganjur sanggup menunggu sehingga mereka datang.

4.     Mereka mula menambah bilangan entourage untuk menguruskan macam-macam perkara yang mula tidak cukup tangan.

5.     Nama mereka mula digunakan walaupun hanya untuk melariskan sandwich.

6.     Mula mampu memiliki beberapa koleksi Porsches.

7.     Jurulatih, pengawal, jurusolek dan stailist mereka on call 24 jam.

8.     Mereka mula menjadi penting dalam menyertai apa sahaja acara termasuk lumba marathon.

9.     Nilai goodie bags mereka di majlis anugerah semakin lumayan berbanding selebriti lain.

10.    Chihuahua mereka juga punya aksesori mewah lebih mahal.

11.    Dalam kontrak filem baru, penerbit memasukkan syarat memasak makanan untuk haiwan peliharaan iguana seperti Jim Carrey.

12.    Ada lelaki menyorok dalam semak di luar rumah memegang kamera.

13.    Akhir sekali, Paris Hilton pun terminta-minta hadir di parti kamu anjurkan.

 

 

More PCD

Share

Pada mereka yang cute cute macam “Senah” dan mungkin “Joyah” bolehlah meniru gaya the dolls. Pada awal kemunculan PCD, Nicole memang gemar menggaya leopard print di mana aku dapati “Joyah” suka akannya. Wah, sama cita rasanya.

Single terbaru PCD When I Grow Up, so catchy!

Aku suka si rambut pendek tu… Macam potongan rambut Rachel, amoy pereka grafik di meja InTrend. Namun, aku tidak pernah sukakan gaya itu dan sering mengusiknya… “Macam kena gigit tikus je!” dan dia pastinya mencebik aku. Nah, sekarang Kimberly Wyatt, salah seorang doll menggayakan rambut punk itu. Dia kelihatan cantik. Kalau mahukan gaya ini, aku sarankan ke Atmosphere di Damansara Perdana. Minta saja gaya ini;

Straight Short Hairstyle

Suitable for:
Face shapes: oval, oblong, square, diamond
Hair texture: thin, medium
Hair density: sparse, medium

Styling:
Maintenance: low
Time: 5-10 mins
Techniques: natural
Products: lacquer, moulding cream, moisturizer

Hendak melihat aksi mereka begini di sini, memang tak lah. Betapa besarnya pengaruh mereka apabila diri mereka diabadikan sebagai patung barbie.

Patung PCD bukan sekadar jadi permainan kanak-kanak malah dikatakan sesuai bagi koleksi orang dewasa juga. Sesiapa sahaja yang meminati mereka berenam yang kini tinggal berlima.

Staylista Pussycat Dolls

Share

Hey Dolls out there…

Yup, aku blonde kini. Sudah terjadi. Cerita itu akan aku kongsi esok. Hari ini aku mahu berkongsi mengenai PCD. 🙂

pics by me during their PC…

Aku memang kagum dengan enam dolls ni – Nicole, Melody, Ashley, Kimberly, Jessica dan Carmit. Tahun lalu pabila mereka di bawa masuk oleh Hotlink, aku tidak melepaskan peluang ke mini konsert mereka di Sunway. Aneh juga melihat mereka berpakaian daring begitu pun benarlah telahan aku, penganjur ternyata di denda. Tutup cerita itu. Nyatanya aku berpeluang melihat mereka paling dekat kerana aku ada lesen media. Katenye…!

pic by me during their concert last year…

Baru lalu mereka muncul kembali tetapi berlima. Aku tak kisah sebab semua kelima-lima yang tinggal memang best. Tak kisahlah Carmit tu.. 🙂 Mereka tampil lebih hebat dan malam perasmian cafe Chocolate di Pavilion aku berkesempatan lagi bertemu mereka.  Biar agak bersesak tetapi bolehlah…

Yes pics by me and “Senah” during their visit last month, end july 08

enjoy!!!

Lipstick Jungle vs Cashmere Mafia…

Share

Kelmarin, aku maraton Cashmere Mafia. Sebelum ini aku maraton Lipstick Jungle… Semalam, aku langsung tidak berkesempatan mengisi ROD. Aku keletihan kerana masalah kesihatan aku. Harap-harap bertambah baik kerana akan aku jauhi makanan laut buat sementara. Ouch…! Pagi ini jam 2.45 pagi aku mahu berkongsi drama siri kegemaranku ini. Benar, ia masih belum disiarkan di sini. Melihat promosi Lipstick Jungle di channel E! sangat menggoda perasaan. Drama ini ternyata mula menjadi tumpuan apatah lagi Brooke Shield menjadi salah seorang wanita Lipstick Jungle bernama Wendy Healy, orang kuat dunia perfileman. Ada watak menggoda Nico Reilly lakonan Kim Raver sebagai editor majalah tersohor. Namun aku paling menyukai watak Victory Ford lakonan Lindsay Price, serang pereka fesyen baru hendak menempa nama. Menerusi Cashmere Mafia pula aku mengenali watak Lucy Liu sebagai Mia Mason, Publisher berjaya, Frances O’Connor sebagai Zoe Burden, Miranda Otto sebagai Juliet Draper, berkuasa dalam dunia perhotelan dan Bonnie Sommerville sebagai Caitlin Dowd, pemasar produk kecantikan.

Lipstick Jungle

Cashmere Mafia

Kedua-dua drama siri ini hebat. Aku berasa dekat dengan semua watak kerana mereka ini ada di sekelilingku. Aku Penulis yang menjawat jawatan sebagai Penolong Editor pastinya kenal benar orang majalah seperti Nico dan Mia, orang filem seperti Wendy, pereka fesyen seperti Victory, orang hotel seperti Juliet dan wakil produk kecantikan seperti Caitlin. Cuma Zoe daripada dunia perbankan sahaja mungkin hanya aku kenal kerana mengejar hutang kredit kad, rumah dan kereta. Aduhai…! Sejak harga minyak naik lagi, kewangan semakin kurasakan menyusut pantasnya. Jadi tidak perlulah nak berangan-angan menjadi macam orang-orang dalam Sex And The City, Desperate Housewives, Gossip Girl, kerana dunia mereka jauh sekali picisannya. Sekadar drama siri menghiburkan jiwa selepas membelek bil-bil berlambak.

Mia dan Victory, dua wanita Asia masing-masing hebat dengan gaya hidup kota New York.

Scene Lipstick Jungle di butik ini sama lokasi dengan salah satu scene Gossip Girl ketika Jenny bertemankan ibu Serena bertembung ibunya.

Selain hebat berfesyen, solekan menawan dan gaya hebat aksesori diri juga elektronik, tidak dilupakan aksesori toy boy. Nico Lipstick Jungle di goda oleh lelaki jurugambar kacak lagi hebat. Caitlin daripada Cashmere Mafia pula wanita yang masih keliru tentang seksual dirinya… Straight atau PLU. Apa pun aku lebih seronok menonton Lipstick Jungle dan kerenah Victory paling menawan. Apa pun, aku sudah mengantuk dan biarkan aku tidur. Esok kita bertemu lagi… Setuju?

Fashionmafia!

Share

All about Cashmere Mafia…