Gaya Penutup 2015

Share

Sepanjang tahun menghadiri beberapa acara berselisih bahu dengan selebriti, rakan media, teman blogger dan sebagainya, sememangnya gaya-gaya ditampilkan menarik pandangan mata. Saya terpanggil mempamernya di sini buat tatapan kamu. Inilah gaya penutup 2015…

Jom, Freeport A’Famosa Outlet!

Share

Suatu hujung minggu yang membosankan lantas saya berniat, alangkah seronoknya kalau lah dapat ‘road trip’ lagi. Dang! Satu panggilan diterima sangat mengembirakan. Memang saya ke Melaka Ahad, 6 December 2015 mengunjungi Freeport A’Famosa Outlet bersama 40 orang rakan blogger lain. Perjalanan yang menyeronokkan pastinya… 

Safilo Pamer Koleksi Kaca Mata Hebat

Share

Keadaan cuaca di negara kita memerlukan kaca mata sebagai perlindungan mata kepada panahan cahaya matahari. Melihat sekeliling di jalanan, pastinya kamu terpandangkan anak-anak muda masa kini memakai pelbagai jenis dan bentuk kaca mata. Sehingga hari ini, kaca mata mulai menjadi trend dan jenama-jenama tersohor mula menghasilkan gaya berkaca mata terbaik mengikut identiti masing-masing.

Tubuh Menerusi Vanquish Jadi Hebat?

Share

Saya yakin boleh jikalau ada disiplin diri dan usaha serta kegigihan. Tidaklah kurus melidi tetapi cukup sekadar sedap mata memandang dan selesa tubuh badan. Selain menjaga pemakanan sihat dan bersenam, apa salahnya mendapatkan rawatan tambahan untuk hasil lebih berkesan. Ikuti entri pertama, pengalaman saya menjalani rawatan Vanquish dengan misi saya ingin mengurangkan kekurangan pada diri.

Tip Model Sukses Daripada Coco Rocha

Share

Saat saya berada di dunia majalah, mencari model beraksi dalam iklan atau projek drama dan filem, banyak pendatang baru bercita-cita mahu  menawan dunia peragaan. Ada yang bertuah, mampu menempa nama sekelip mata. Ada juga mencuba bertahun-tahun tetapi sukar sekali mendapat tempat. Coco Rocha sendiri pernah gagal dan berhijrah ke Asia sebelum pulang menempa nama seperti hari ini.

Aksesori Anggun Lebaran

Share

Bukan selalu tetapi sekian lama tidak membeli barang kemas, apa salahnya Lebaran ini lengkapkan penampilan diri dengan koleksi Anggun 2015 dari Poh Kong. Motif floral menjadi teras rekaan kali ini.

Pesona Floral Malam Dingin

Share

Satu lagi koleksi pereka tempatan yang mengambil motif floral sebagai inspirasi. Rekaan Dude & The Duchess meliputi busana lelaki dan perempuan yang telah berada di pasaran sejak 2008. Intai koleksti terbaharu dari d.d ini.

Magis Musim Luruh 2015 Michael Kors

Share

Hanya kata-kata itu lahir di fikiran saat melangkah masuk ke kamar pameran Koleksi Musim Luruh 2015 milik Michael Kors. Setiap busana sungguh teliti pembuatannya setimpal dengan harganya. Ada di antara sulamannya mengambil masa 700 jam lamanya. Apakah istimewannya koleksi pereka tersohor itu kali ini?

Gaya Klasik Vintaj Duchess & Co

Share

Berinspirasi era 50-an dan 70-an dengan gaya elegan ikon fesyen ketika itu Audrey Hepburn dan Grace Kelly, Duchess & Co yakin mampu membawa gaya klasik vintaj memenuhi gaya hidup semasa.

DEBARAN LEBARAN

Share

K.Alif menerajui revolusi fesyen lelaki Muslim di hari Lebaran ini! Apa kata kamu wahai jejaka sekalian mencuba bergaya dengan K.Alif ini. Pastinya kamu tampak lebih segak di Lebaran ini.