Share

BPP_9441

DAPHNE, jenama kasut yang terkemuka dari Tanah Besar China kini di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Gedung terbaharu ini memperagakan koleksi kasut terbesar Musim Bunga/Panas 2013 dan tas tangan yang menyerlahkan setiap wanita menjadi ikon gaya tersendirinya.

Gedung utama itu direka khas bagi memaparkan konsep jenama DAPHNE yang menyerlahkan ‘approachable fashion’ pada penggemarnya. Gedung tersebut menggambarkan tenaga mesra, feminin, berinspirasi dan beramah melalui ronamerah jambu yang sama dengan logo DAPHNE.

BPP_9791

Keluasan butik 1,381 kaki persegi, dibahagikan pada bahagian-bahagian tertentu yang menampilkan pelbagai koleksi kasut—untuk upacara khas seperti perkahwinan, parti, terdapat juga sepatu klasik dan selesa. Boleh juga dipadankan dengan tas-tas tangan yang cukup bergaya dan mendamba perhatian.

DAPHNE yang mewakili gaya dengan kualiti tinggi dan selesa dipakai direka khusus untuk memenuhi kehendak setiap wanita pada setiap masa.

BPP_9720

“Dengan sokongan Magnifiques Solutions Sdn Bhd kami berbangga dapat beroperasi di Malaysia, yang cukup terkenal sebagai penganjur festival kasut antarabangsa serta dapat menawarkan pelbagai pilihan kasut yang berkualiti dan bergaya kepada kaum wanita,” ujar Eddie Chen (En. Chen Ying Chieh), Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, DAPHNE INTERNATIONAL HOLDINGS LIMITED pada acara perasmian tempoh hari.

BPP_9481

“Keputusan kami untuk menubuhkan DAPHNE di Malaysia menandakan tekad  berterusan  untuk berada di pasaran yang baru dan mengembangkan jenamanya.  Ia sejajar dengan matlamat kami untuk memposisikan DAPHNE sebagai jenama yang berada di ambang tertinggi fesyen dengan bertumpukan kepada keselesaan dan perkhidmatan yang baik,” kata En. Chen lagi.

Berlandaskan kepada konsep jenama DAPHNE, terutamanya ‘Approachable’, ‘Enhanting’ dan pelbagai pilihan, DAPHNE akan memaparkan koleksi Musim Bunga/Panas 2013 yang direka khusus dengan kombinasi elemen fesyen dan gaya hidup untuk mencipta kasut bergaya yang mudah didapati oleh setiap wanita.

BPP_9489

DAPHNE, pengeluar kasut terkemuka bangga dengan kepentingan yang diberikan terhadap setiap langkah dalam proses mereka kasut. Kakitangannya merupakan tunjang belakang terhadap inovasi yang canggih terus menyediakan kasut yang selesa setanding dengan fesyen terkini kepada pelanggan.

DAPHNE kini mempunyai lebih daripada 4000 peruncit yang tersebar di sekitar Tanah Besar China dan kini menuju ke pasaran antarabangsa. Pelanggan yang mengunjungi DAPHNE akan menikmati pengalaman membeli-belah unik ketika mereka membuat pilihan dari pelbagai jenis kasut dan tas tangan yang direka khusus memenuhi cita rasa mereka.

Kunjungi DAPHNE di Lot G1. Tingkat Bawah, Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

 

A Matter of Life and Denim

Share

Dr Denim Men 1

Koleksi Musim Luruh Dr Denim tampil hebat tetapi lebih ringkas. Tiada lebih penting dalam kehidupan melainkan denim. Perkembangan fabriknya seiring dengan revolusi sosial. Koleksi kali ini adalah merujuk sejarah yang digandingkan dengan rekaan baru grafik dan mainan warna yang mengambil inspirasi sejarah dunia demin dalam konteks masyarakat. Nada-nada biru diilhamkan tindak balas penuaan warna celupan indigo pada material denim.

STYLE, ACTUALLY!

Kunjungi butik ActuallyKL di Bangsar Village II kerana kelainan koleksi pakaian disediakan. Sangat trendi dan sukar didapati di sini. Pecinta fesyen pastinya gemar dengan setiap satu koleksi terdapat di sini. Jenama high street seperti Le Specs and Spektre, Unbranded, Dr Denim, Dressmonster, Saturday dan Coupe-Cousu terdapat di sini. Kebanyakan jenama kasut berkualiti diambil dari UK seperti Lazy Oaf dan Ambiguous.

Dr Denim Men 2 Dr Denim Men 3 Dr Denim Women 1 Dr Denim Women 2

 

Indah Nian di Mata

Share

eyez

 

Sepasang kacamata bukan lagi tanda si ulat buku. Ia kini dianggap satu ekspresi fesyen. Ia adalah aksesori bagi mereka yang bergaya. Malah, mereka yang mempunyai tahap penglihatan 20/20 turut memakai sepasang bingkai kacamata tebal semata-mata untuk mengikut aliran fesyen!

Menyedari hakikat ini, Eyez Optometry merangka perniagaannya berdasarkan komitmen bahawa setiap kacamata yang terdapat di dalam kedainya harus merupakan gabungan sempurna seni dan sains. Sejak tahun 2007, Eyez Optometri telah menjadi perintis dalam penciptaan kaca mata canggih. Ia menjadi pusat yang akan dituju untuk mendapatkan fesyen kacamata yang mendefinisikan gaya peribadi seseorang. Ia adalah yang pertama dan satu-satunya kedai kacamata di Malaysia di mana setiap item adalah sebuah hasil seni, dan bukan semata-mata alat bantuan penglihatan.

eyez

 

Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan dari cawangan pertamanya yang terletak di Pusat Membeli-belah Bangsar Village II, Eyez Optometry berkembang dengan pembukaan cawangan keduanya di Mont Kiara dalam masa 3 tahun.

Jejakkan kaki anda dalam mana-mana cawangan Eyez Optometry dan semua keperluan penjagaan mata anda boleh didapati di setiap inci kedai. Eyez Optometry adalah pengedar tunggal dan eksklusif bagi bingkai kacamata dan kacamata hitam berjenama mewah seperti Andy Wolf, Derek Lam, Face a Face dan Philip Lim. Kacamata dari koleksi eksklusif Jason Wu merupakan item rebutan ramai di kedai. Kanta berkualiti dari pelbagai jenama berwibawa turut boleh didapati untuk digandingkan dengan bingkai kacamata pilihan. Bagi mereka yang memilih untuk tidak bercermin mata, Eyez Optometry mempunyai pilihan kanta lekap dan larutan pembersih yang luas.

eyes

 

Namun Eyez Optometry bukan sahaja memenuhi keperluan golongan dewasa yang bergaya. Ia turut mempunyai koleksi luas kacamata untuk kanak-kanak dan remaja. Selain seleksi yang ranggi, Eyez turut menawarkan penyelesaian untuk kanak-kanak yang menghidap myopia (rabun dekat) dengan kanta istimewa dipanggil Kanta Pengawalan Myopia.

Optometris dan juruoptik berkelayakan sentiasa bersedia pada setiap masa untuk menjalankan ujian mata menyeluruh serta memberikan khidmat nasihat.

Tips membeli kasut

Share

20130130-140056.jpg

Gambar : www.sepatulondon.co.uk

Kempen Baru Dior Air Tangan Raf Simons

Share

Teks: Rashid Hamid (Penata Gaya)

Bagi Musim Bunga/Panas 2013, kempen pertama Raf Simons untuk rumah fesyen Christian Dior dirakamkan jurugambar Willy Vanderperre. Konsep ringkas berlatarbelakang galeri seni yang minimal telah digayakan model Daria Strokous, Daiane Conterato, Nocole Pollard, Anne Martynova dan Marie Pioyesan. Gaya rekaan Raff Simons yang ringkas ini mengembalikan gaya minimal Dior sebelum rumah fesyen ini diambil alih John Galliano yang gemar menghasilkan rekaan bercirikan romantik, sensual yang berinspirasi zaman lampau.

Kredit gambar : Dior/Willy Vanderperre

Romeo Beckham Wajah Cilik Burberry

Share

romeo beckham

Gambar Mario Testino/ Burberry

Teman saya Rashid Hamid mengulas mengenai kempen baru Burberry yang dibintangi Romeo Beckham. 

Move Over. David dan Posh Beckham, kini ada bintang terbaru dalam rumah “The Beckham”, putera kedua mereka Romeo Beckham, 10 tahun kini telah dipilih untuk menjayakan kempen Burberry musim Bunga/Panas 2013.

elegan romeo

Dirakamkan jurugambar tersohor Mario Testino turut dibintangi model Cara Delevingne, Alex Dunstan, Charlie France, Max Rendell, Charlotte Wiggins dan Edie Campbell, telah digayakan Elliot Smedley. Jenama kelahiran British Burberry ini merupakan nukilan pengarah kreatif Christopher Bailey.

e65050947bae2b23a206535e2092b619

Romeo telah berjaya mencuri perhatian dengan gayanya memakai jaket trench metalik dan berkaca mata. Antara nama terkenal yang pernah membintangi kempen Burberry sebelum ini ialah Eddie Redmayne, Emma Watson, Rosie Huntington Whiteley dan Jordan Dunn.

2013 Asia Takluk Global

Share

Vouge Cover

Teks: Rashid Hamid

Tidak pernah dalam sejarah majalah Vogue barat (UK dan Amerika) menampilkan wajah wanita Asia secara solo untuk menghiasi kulit depan majalah tersohor ini. Lazimnya mereka hanya menampilkan selebriti seperti pelakon dan penyanyi. Nampaknya, Italian Vogue telah memecahkan tradisi dengan menampilkan gadis kelahiran China ini untuk keluaran Januari 2013.

vogue italia cover

 

Fei Fei Sun, 23, merupakan salah satu model Asia yang menjadi kegemaran saya dan sering menjadi pilihan pereka di pentas peragaan ketika minggu fesyen dunia. Sun pernah dipilih membintangi kempen Calvin Klein, Valentino dan Diesel. Jelas kelihatan pada kulit depan majalah glossy ini perkatan GLOBAL yang pada saya membawa maksud Asia sudah mendominasi global.

italian vogue

 

Dulu tidak ramai model Asia yang dapat menembusi pasaran barat. Antara yang pernah menembusi benua ini di sekitar 90an ialah Ling Tang anak Malaysia yang merupakan supermodel Asia yang pertama dan Irina Pantaeva berketurunan Mongolia, Russia.

italian vogue january

Persoalan seterusnya? Adakah mereka mula mengiktiraf wanita Asia atau sekadar memancing pasaran? Mungkin satu hari nanti akan muncul sisipan V Asia dalam majalah Vogue Italia seperti sisipan V Black dan V Curvy. Kita tunggu dan lihat. Marilah kita saksikan editorial bersejarah ini yang telah dirakamkan Steven Meisel dan digayakan oleh Lori Goldstein berinspirasikan model 50-an China Machado.

italian vogue

image_5

image_6

fei fei vogue cover

Gambar: Italian Vogue/Steven Miesel

Share

20121230-083401.jpg

20121230-103104.jpg

A Journey Through Time

Share

mouawad

Meraikan waktu berharga bagi warga kota. Bagi mereka penggemar jam tangan pasti menghargai acara tahunan terbesar ini. Malam nan indah walaupun kesesakan lalu lintas di sana sini tidak menghalang kemeriahan acara black tie ini.

Tetamu berhimpun di Shook! Restaurant, Starhill Gallery meraikan acara penganugerahan berprestij yang dibawakan Starhill Gallery dan Tourism Malaysia.

Malam 1 Desember ini merupakan malam penutup bagi pameran jam tangan dan barang kemas A Journey Through Time VI yang bermula sejak 22 November anjuran Starhill Gallery YTL Hotel. Sebanyak 120 jenama jam tangan dan barang kemas mewah dipamerkan.

Pada malam kemuncak, tujuh anugerah diumumkan dan pemenang telah diadili panel hebat seperti Tan Sri Dr Francis Yeoh, Dr Bernard Cheong, Mr Joseph Yeoh, Dr Frank Muller, Mr Thierry Gasquez, Mr Su Jia Xian dan MR Denis Asch.

Berikut adalah senarai anugerah dan pemenang yang diraikan; Favourite Ladies Watch (Boucheron’s Snake Tourbillon), Favourite Men’s Watch (Maitres du Temps Chapter Two TCR), Active Lifestyle Watch (Muhle Glashutte’s S.A.R Fliegerchronograph), Innovative Design (Cecil Purnell’s Pit-Lane), Watch with Complications in Movement (Antoine Martin’s Tourbillon Perpetual Calendar TQP01.710.1), YTL Spirit Classical Art (Bedat & Co’s Extravaganza 887) dan Tourism Malaysia Most Revered Watch (Mouawad’s Snow White Princess Diamond).

Inspirasi Nude Pumps

Share

nude pumps

Nude pump adalah sepatu paling digemari kini. Selain mampu digayakan dalam apa jua pakaian, ia juga mampu memberi ilusi kaki panjang pada si pemakai. Percayalah, ia kelihatan cantik dengan maxi, seluar pendek, panjang, capri, jeans, gaun pendek atau panjang.

jlo

Ada rungutan menyarung sepatu tinggi begini sangat menyakitkan kaki. Komitmen tinggi memang diperlukan bagi menyarung sepatu tinggi. Umpama kata seorang sahabat, beauty is torture. Untuk cantik, wanita sanggup menelan kesakitan.

Kamu sangat elegan jika memiliki paling tidak sepasang nude pump di rak sepatumu. Kalau belum memiliki, apa kata dapatkan satu dari GUESS. Sepatu berjenama harga sedikit mahal tetapi berpatutan dibuat lebih berkualiti. Apabila menyarung sepatu berkualiti tinggi, kuranglah kesakitan pada kaki.

Selebriti Hollywood rata-rata meminati nude pump dan memakainya sama ada kala bersantai mahupun di permaidani merah. Kate Middleton ternyata mengembalikan kehangatan sepatu nude ini. Tiada istilah trend ini telah lama berlalu kerana— they are the new black—Malah padan dengan apa juga pakaian.

Selain menyerlahkan kaki lebih panjang, pakaian kamu juga lebih menonjol kala menyarung sepatu nude ini. Mata akan lebih fokus pada apa dipakai kamu. Tampak klasik sekiranya dipadankan dengan gaun hitam.

Seperti kamu ke kaunter kecantikan mahukan bedak asas seiras warna kulit wajah, begitu juga dengan nude pump. Lihat sahaja gaya Jennifer Lopez di atas. Perfect! Sekiranya koleksi pakaian pastel paling banyak dalam gerobok kamu, usah risau kerana nude pump juga sesuai buat warna-warna sebegitu.