Indah Nian di Mata

Share

eyez

 

Sepasang kacamata bukan lagi tanda si ulat buku. Ia kini dianggap satu ekspresi fesyen. Ia adalah aksesori bagi mereka yang bergaya. Malah, mereka yang mempunyai tahap penglihatan 20/20 turut memakai sepasang bingkai kacamata tebal semata-mata untuk mengikut aliran fesyen!

Menyedari hakikat ini, Eyez Optometry merangka perniagaannya berdasarkan komitmen bahawa setiap kacamata yang terdapat di dalam kedainya harus merupakan gabungan sempurna seni dan sains. Sejak tahun 2007, Eyez Optometri telah menjadi perintis dalam penciptaan kaca mata canggih. Ia menjadi pusat yang akan dituju untuk mendapatkan fesyen kacamata yang mendefinisikan gaya peribadi seseorang. Ia adalah yang pertama dan satu-satunya kedai kacamata di Malaysia di mana setiap item adalah sebuah hasil seni, dan bukan semata-mata alat bantuan penglihatan.

eyez

 

Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan dari cawangan pertamanya yang terletak di Pusat Membeli-belah Bangsar Village II, Eyez Optometry berkembang dengan pembukaan cawangan keduanya di Mont Kiara dalam masa 3 tahun.

Jejakkan kaki anda dalam mana-mana cawangan Eyez Optometry dan semua keperluan penjagaan mata anda boleh didapati di setiap inci kedai. Eyez Optometry adalah pengedar tunggal dan eksklusif bagi bingkai kacamata dan kacamata hitam berjenama mewah seperti Andy Wolf, Derek Lam, Face a Face dan Philip Lim. Kacamata dari koleksi eksklusif Jason Wu merupakan item rebutan ramai di kedai. Kanta berkualiti dari pelbagai jenama berwibawa turut boleh didapati untuk digandingkan dengan bingkai kacamata pilihan. Bagi mereka yang memilih untuk tidak bercermin mata, Eyez Optometry mempunyai pilihan kanta lekap dan larutan pembersih yang luas.

eyes

 

Namun Eyez Optometry bukan sahaja memenuhi keperluan golongan dewasa yang bergaya. Ia turut mempunyai koleksi luas kacamata untuk kanak-kanak dan remaja. Selain seleksi yang ranggi, Eyez turut menawarkan penyelesaian untuk kanak-kanak yang menghidap myopia (rabun dekat) dengan kanta istimewa dipanggil Kanta Pengawalan Myopia.

Optometris dan juruoptik berkelayakan sentiasa bersedia pada setiap masa untuk menjalankan ujian mata menyeluruh serta memberikan khidmat nasihat.

Tips membeli kasut

Share

20130130-140056.jpg

Gambar : www.sepatulondon.co.uk

Kempen Baru Dior Air Tangan Raf Simons

Share

Teks: Rashid Hamid (Penata Gaya)

Bagi Musim Bunga/Panas 2013, kempen pertama Raf Simons untuk rumah fesyen Christian Dior dirakamkan jurugambar Willy Vanderperre. Konsep ringkas berlatarbelakang galeri seni yang minimal telah digayakan model Daria Strokous, Daiane Conterato, Nocole Pollard, Anne Martynova dan Marie Pioyesan. Gaya rekaan Raff Simons yang ringkas ini mengembalikan gaya minimal Dior sebelum rumah fesyen ini diambil alih John Galliano yang gemar menghasilkan rekaan bercirikan romantik, sensual yang berinspirasi zaman lampau.

Kredit gambar : Dior/Willy Vanderperre

Romeo Beckham Wajah Cilik Burberry

Share

romeo beckham

Gambar Mario Testino/ Burberry

Teman saya Rashid Hamid mengulas mengenai kempen baru Burberry yang dibintangi Romeo Beckham. 

Move Over. David dan Posh Beckham, kini ada bintang terbaru dalam rumah “The Beckham”, putera kedua mereka Romeo Beckham, 10 tahun kini telah dipilih untuk menjayakan kempen Burberry musim Bunga/Panas 2013.

elegan romeo

Dirakamkan jurugambar tersohor Mario Testino turut dibintangi model Cara Delevingne, Alex Dunstan, Charlie France, Max Rendell, Charlotte Wiggins dan Edie Campbell, telah digayakan Elliot Smedley. Jenama kelahiran British Burberry ini merupakan nukilan pengarah kreatif Christopher Bailey.

e65050947bae2b23a206535e2092b619

Romeo telah berjaya mencuri perhatian dengan gayanya memakai jaket trench metalik dan berkaca mata. Antara nama terkenal yang pernah membintangi kempen Burberry sebelum ini ialah Eddie Redmayne, Emma Watson, Rosie Huntington Whiteley dan Jordan Dunn.

2013 Asia Takluk Global

Share

Vouge Cover

Teks: Rashid Hamid

Tidak pernah dalam sejarah majalah Vogue barat (UK dan Amerika) menampilkan wajah wanita Asia secara solo untuk menghiasi kulit depan majalah tersohor ini. Lazimnya mereka hanya menampilkan selebriti seperti pelakon dan penyanyi. Nampaknya, Italian Vogue telah memecahkan tradisi dengan menampilkan gadis kelahiran China ini untuk keluaran Januari 2013.

vogue italia cover

 

Fei Fei Sun, 23, merupakan salah satu model Asia yang menjadi kegemaran saya dan sering menjadi pilihan pereka di pentas peragaan ketika minggu fesyen dunia. Sun pernah dipilih membintangi kempen Calvin Klein, Valentino dan Diesel. Jelas kelihatan pada kulit depan majalah glossy ini perkatan GLOBAL yang pada saya membawa maksud Asia sudah mendominasi global.

italian vogue

 

Dulu tidak ramai model Asia yang dapat menembusi pasaran barat. Antara yang pernah menembusi benua ini di sekitar 90an ialah Ling Tang anak Malaysia yang merupakan supermodel Asia yang pertama dan Irina Pantaeva berketurunan Mongolia, Russia.

italian vogue january

Persoalan seterusnya? Adakah mereka mula mengiktiraf wanita Asia atau sekadar memancing pasaran? Mungkin satu hari nanti akan muncul sisipan V Asia dalam majalah Vogue Italia seperti sisipan V Black dan V Curvy. Kita tunggu dan lihat. Marilah kita saksikan editorial bersejarah ini yang telah dirakamkan Steven Meisel dan digayakan oleh Lori Goldstein berinspirasikan model 50-an China Machado.

italian vogue

image_5

image_6

fei fei vogue cover

Gambar: Italian Vogue/Steven Miesel

Share

20121230-083401.jpg

20121230-103104.jpg

A Journey Through Time

Share

mouawad

Meraikan waktu berharga bagi warga kota. Bagi mereka penggemar jam tangan pasti menghargai acara tahunan terbesar ini. Malam nan indah walaupun kesesakan lalu lintas di sana sini tidak menghalang kemeriahan acara black tie ini.

Tetamu berhimpun di Shook! Restaurant, Starhill Gallery meraikan acara penganugerahan berprestij yang dibawakan Starhill Gallery dan Tourism Malaysia.

Malam 1 Desember ini merupakan malam penutup bagi pameran jam tangan dan barang kemas A Journey Through Time VI yang bermula sejak 22 November anjuran Starhill Gallery YTL Hotel. Sebanyak 120 jenama jam tangan dan barang kemas mewah dipamerkan.

Pada malam kemuncak, tujuh anugerah diumumkan dan pemenang telah diadili panel hebat seperti Tan Sri Dr Francis Yeoh, Dr Bernard Cheong, Mr Joseph Yeoh, Dr Frank Muller, Mr Thierry Gasquez, Mr Su Jia Xian dan MR Denis Asch.

Berikut adalah senarai anugerah dan pemenang yang diraikan; Favourite Ladies Watch (Boucheron’s Snake Tourbillon), Favourite Men’s Watch (Maitres du Temps Chapter Two TCR), Active Lifestyle Watch (Muhle Glashutte’s S.A.R Fliegerchronograph), Innovative Design (Cecil Purnell’s Pit-Lane), Watch with Complications in Movement (Antoine Martin’s Tourbillon Perpetual Calendar TQP01.710.1), YTL Spirit Classical Art (Bedat & Co’s Extravaganza 887) dan Tourism Malaysia Most Revered Watch (Mouawad’s Snow White Princess Diamond).

Inspirasi Nude Pumps

Share

nude pumps

Nude pump adalah sepatu paling digemari kini. Selain mampu digayakan dalam apa jua pakaian, ia juga mampu memberi ilusi kaki panjang pada si pemakai. Percayalah, ia kelihatan cantik dengan maxi, seluar pendek, panjang, capri, jeans, gaun pendek atau panjang.

jlo

Ada rungutan menyarung sepatu tinggi begini sangat menyakitkan kaki. Komitmen tinggi memang diperlukan bagi menyarung sepatu tinggi. Umpama kata seorang sahabat, beauty is torture. Untuk cantik, wanita sanggup menelan kesakitan.

Kamu sangat elegan jika memiliki paling tidak sepasang nude pump di rak sepatumu. Kalau belum memiliki, apa kata dapatkan satu dari GUESS. Sepatu berjenama harga sedikit mahal tetapi berpatutan dibuat lebih berkualiti. Apabila menyarung sepatu berkualiti tinggi, kuranglah kesakitan pada kaki.

Selebriti Hollywood rata-rata meminati nude pump dan memakainya sama ada kala bersantai mahupun di permaidani merah. Kate Middleton ternyata mengembalikan kehangatan sepatu nude ini. Tiada istilah trend ini telah lama berlalu kerana— they are the new black—Malah padan dengan apa juga pakaian.

Selain menyerlahkan kaki lebih panjang, pakaian kamu juga lebih menonjol kala menyarung sepatu nude ini. Mata akan lebih fokus pada apa dipakai kamu. Tampak klasik sekiranya dipadankan dengan gaun hitam.

Seperti kamu ke kaunter kecantikan mahukan bedak asas seiras warna kulit wajah, begitu juga dengan nude pump. Lihat sahaja gaya Jennifer Lopez di atas. Perfect! Sekiranya koleksi pakaian pastel paling banyak dalam gerobok kamu, usah risau kerana nude pump juga sesuai buat warna-warna sebegitu.

Parti EH! Buat 20 yang Anggun dan Disenangi

Share

majalah EH!

Parti elegan dianjurkan majalah Eh! berjalan lancar. Parti 20 yang Anggun dan Disenangi itu berlangsung di kelab The Pool, Jalan Ampang awal-awal lagi telah dipenuhi peminat majalah urban no 1 Malaysia. Rata-rata mahu bertemu mata dengan selebriti pujaan masing-masing seperti Dayang Nurfaizah, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Mizz Nina, Nazim Othman, Aliff Aziz, Fathia dan banyak lagi.

Seperti biasa 20 selebriti diraikan sebagai yang anggun dan yang disenangi. Mereka juga muncul istimewa dalam majalah Eh! terbitan November 2012. Karl Shafek nampaknya berjaya menggalas tugas diberikan malah parti itu berjalan lancar tanpa cacat cela.

karl shafek

Pembukaan parti  disegarkan dengan muzik pop DJ Arabyrd dan Syncronized Swimmers Gillian & Jacqueline. Acara tahunan ini diserikan dengan persembahan nyanyian Kaka dan Zizan, Aliff Aziz, kumpulan K-Langit, Awie Rafael dan Dayang Nurfaizah. Kemudian ada segment memperagakan fesyen dan juga beberapa aktiviti yang melibatkan peminat.

Parti Eh! 20 Yang Anggun & Disenangi ditaja oleh Lancome Paris, penaja pakaian wanita Dressing Paula, lokasi rasmi The Pool, penaja toko buku pula MPH dan stesen radio rasmi pula Suria FM.

 

Masam Manis Teater TKC

Share

*Majalah (check)

*TV Magazine (check)…sungguhpun skema program mcm Ratu, Pakar Kejelitaan.. terbaru Genius…

*Filem (check)… Haq the Movie katanya…walaupun…

*Drama (check)..sampai pilot, belum sampai syurga..

*Wardrobe (check) belasah dua dua untuk TV (Oh Lelaki!, Serasi Bersama S1) dan MAJALAH (cover)..

Lagi???

*Wardrobe??? Teater???

Yup, aku dan teman-teman tekad melakukannya walaupun sanggup menerima tugasan hanya ‘last minute’ iaitu seminggu dua sebelum tirai dibuka. Kerja gila, memang, tetapi biasa dah. Serasi Bersama pun esok penggambaran, hari ini baru dapat tawaran.

Tak kisahlah sebab kami menyahut cabaran baru dalam kerjaya. Memenuhi satu lagi cabang kerja di Istana Budaya. Merasalah juga lebih dua minggu berkampung di sana.

Kami ‘enjoy’ setiap saat. Segala tugas dilunaskan dengan bajet yang diberikan cukup-cukup untuk membeli kelengkapan cast dan assemble. Kena tambah duit tapi kata orang pelaburan. Rupa-rupanya itulah duitnya yang dapat kerana sampai sudah bakinya tidak dilangsaikan si producer. Alahai, jurusolek pun seorang sudah pergi meninggal dunia. Simpati tak dapat dia merasa wang bayaran kerja kerasnya. Bak kata seorang teman, nak tunggu semua meninggalkah baru nak bayar?

Apa nak buat manusia ini bermacam ragam. Nak minta duit sendiri pun sampai malu, macam kita pula berhutang dengan dia. Sikap tak bertanggungjawab producer pula… susah nak kata… kita tidak pula berada dipihak dia… tapi satu saja nak kata.. kalau tak mampu awal-awal jangan berangan nak buat teater. Itulah padahnya kalau berkarya kerana mengejar glamor. Rasanya nak dekat setahun dah berlalu dan kami dah tak tahu nak kata apa…