Seribu Satu Malam

Share

Seminggu ini memang kita akan berbuka di rumah sahaja dengan keluarga. Menikmati sajian dimasak sendiri di rumah memang satu kemestian. Ada juga mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman. Tetapi masuk minggu kedua dan seterusnya, kita akan mahu beralih selera mahu membawa keluarga menikmati sajian di luar. Tidak pun perancangan rancak diatur untuk berbuka dengan teman-teman.

Miliki Aaron Aziz, Rozita Che Wan & Nabil Ahmad di Jakel

Share

Panjang cerita saya dengan Jakel dan berkunjung ke Jakel Mall membangkitkan beberapa kenangan. Saya belajar menjahit dengan emak guna kain Jakel. Pernah juga mendandan Aaron Aziz pada sesi fotografi Billboard Astro sempena Hari Raya menggunakan persalinan Jakel. Hari ini saya di Jakel Mall ini kerana acara Gempak Raya Bersama Jakel 2015.

Pengalaman Unik Menikmati Sajian Vegetarian

Share

Sekian lama saya tidak lagi mengamalkan makanan menu sihat, sementelah restoran mamak hanya terletak dihujung jalan pejabat. Begitupun saya diberi kesempatan mencuba sajian restoran Simple Life bersama beberapa teman. Apakah Simple Life? Sebuah restoran yang menyajikan menu unik sayur-sayuran secara fusion dan semestinya sihat.

Lagi Penampilan Rozita Che Wan

Share

Ramadan bertandang lagi menyempurnakan hidup kita. Lazimnya suasana jadi lebih meriah dengan kemeriahan persediaan menyambut syawal. Paling tidak koleksi Lebaran sedia dipaparkan buat persediaan awal semua. Intai koleksi pereka fesyen Ridzuan Bohari atau Ridz yang berkolaborasi dengan butik barang kemas Elegance Club. Lebih berseri dengan kehadiran selebriti termasuk si cantik Rozita Che Wan.

Berkongsi Kereta Ke Satu Destinasi

Share

Anehnya kedengaran, sebab masyarakat kita belum biasa untuk berkongsi kereta dengan orang asing. Menerusi laman www.tripda.com.my menghubungkan kamu dengan komuniti yang memandu sendirian. Boleh cuba manalah tahu Tripda penyebab kamu bertemu jodoh…

Langkah Sempurna MyORTHO

Share

Ternyata sepasang kaki juga perlu diberi perhatian kerana tanpanya pincanglah langkahmu. Salah memilih sepatu juga menjadikan bentuk kakimu kesakitan. Bentuk kaki juga mampu berubah akibat sering memakai sepasang kasut yang tidak sesuai dengan kaki. Lalu gabungan dibuat di antara kemudahan ortotik dan pedortik klinik MyORTHO dan juga kelengkapan produk kasut dari Dr. Kong.

Cara Mudah Hapuskan Jerawat

Share

Bukan remaja sahaja mengalaminya tetapi sesekali ‘bendera merah’ pasti ada satu atau dua jerawat yang tiba-tiba muncul di wajah. Masa itu diri dirasakan sangat tertekan kerana bimbang jerawat yang tumbuh bakal meninggalkan parut yang mencelakan solekan. Hanya 72 jam, jerawat pun hilang!

Beg Galas Inspirasi K-Pop

Share

Sepanjang bekerja di ibu kota Kuala Lumpur, saya memerhati orang lalu lalang dengan menyandang beg komputer riba. Dibahu saya juga ada beg sandang kerana sejak melangkah ke dunia e-commerce dan sebagai blogger saya sangat memerlukan komputer riba. Keluar bersama teman-teman, mereka juga punya beg sandang sendiri.

Burt’s Bees Buat Bibirmu Tersenyum

Share

Mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Itu lah yang terlitan di fikiran saya selepas memegang Lip Crayon. Tekstur licinnya pula licin saat dioles ke bibir. Edisi terbaru dalam keluarga Burt’s Bee ini diperkenalkan kepada blogger dalam acara minum petang beberapa minggu lalu.

Peri’s Ink Party!

Share

Remaja yang gemar bersolek, tetapi sering sibuk dengan tugasan kuliah mungkin ini solusinya. Dengan solekan nipis, sapuan bibir Peri’s Ink sudah cukup untuk membuat mata merenung kamu di perpustakaan. Pastikan kamu berkongsi dengan rakan-rakan yang sedia cemburu melihat penampilan baru kamu itu.