Dressing Paula Kini di Mid Valley

Share

Dressing Paula antara butik kegemaran saya kerana bukan setakat rekaannya yang trendi tetapi harganya juga berpatutan serendah RM59.90 ke RM189.90. Saya bukannya pentingkan jenama besar atau kecil tetapi penjimatan. Paling seronok saya dengar, butik Dressing Paula kini dibuka di Mid Valley. Memang destinasi membeli-belah sering dikunjungi saya bersama teman-teman. 

Seremban Prima Kini Setahun

Share

Hujung minggu lalu saya berpeluang meraikan ulang tahun pertama Seremban Prima pada tanggal 9 Mei 2015. Pusat membeli-belah kebanggaan warga Seremban ini kini berubah wajah setelah menempuh transformasi dan kini sedia untuk dikunjungi ramai.

Peluang Menang Produk Pensonic

Share

Pernah suatu ketika ‘nak rak’ saya belajar bakar cupcake dengan resipi daripada kenalan yang merupakan seorang chef. Selalunya cupcake saya akan bantat, tak naik-naik. Tetapi saya tak pernah putus asa cuma tiada kesempatan untuk betul-betul belajar. Kalau kamu ada masalah sama dengan saya, inilah peluang kamu belajar dengan chef selebriti tersohor tanah air. Bagaimana caranya?

Biskut Enak Tembus Pasaran Global

Share

Biskut Julie’s dengan adunan coklat Hershey’s sememangnya enak dimakan petang-petang. Ketika bertugas di majalah dahulu, saya membawa pulang ke pejabat berkotak-kotak Julie’s (terima kasih daun keladi BB). Kemudian saat deadline sedap sungguh dengan team minum petang buat kopi atau teh cicah dengan biskut ini. Yumm! Rindu sungguh saat-saat di Jalan Setiabistari 2, Damansara Height itu.

Tip Buat Ibu Bapa Muda

Share

Johnson & Johnson dan KPJ bekerjasama untuk didik ibu bapa baru tentang Science of SensesTM dengan melancarkan kepen terbaru, So Much MoreTM untuk mendidik ibu bapa Malaysia tentang amalan semasa mandi yang mengoptimumkan perkembangan otak si manja.

Moms Of Malaysia…

Share

Semalam bersengkang mata menemani kakak menunggu kelahiran cucu pertamanya. Seronok kami berkampung di penjuru ruang legar bilik bersalin. Hendak masuk tidak dibenarkan kerana jam sudah menunjukkan angka 12 malam. Saat itu juga kakitangan di Hospital Ampang menjemput kami meraikan Hari Ibu. Mereka sesama sendiri memotong kek dan menyediakan beberapa sajian ringkas. Aw, so sweet!

Kempen Kesihatan Gerak Tari Zumba

Share

Rentetan kejayaan besar edisi pertama kempen kesihatan ‘Move Your Body’, Watsons Malaysia melancarkan ‘Move Your Body – Zumba’ yang bakal berlangsung di Pulau Pinang Ahad, 7 Jun 2015.

Atasi Celar Matahari

Share

Galderma, syarikat dermatologi Swiss yang menjadi perintis kepada masalah dermatologi di negara ini melancarkan pelindung matahari Daylong™ terbaru bagi penjagaan kulit harian yang terbukti secara saintifik dan mematuhi kepakaran dermatologi.

Novel Fajar Di Bukhara di Pasaran

Share

Tahun ini banyak perkara tidak terduga berlaku yang diluar jangkaan saya sama sekali. Rezeki 2015 agaknya apabila novel pertama saya lahir pada bulan hari jadi saya iaitu April. Padahal saya hanya fokus menulis untuk majalah, skrip drama dan iklan TV. Paling terkesan adalah drama Fajar Di Bukhara ini yang akhirnya diadaptasi ke dalam bentuk novel. Saat menulis entri ini novel Fajar Di Bukhara baru sahaja enam hari di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC. Seperti bermimpi dirasakan!

Pelayaran Membawa Keremajaan Wajah

Share

Melangkah kaki ke ruang menunggu kemudian dibawa ke bot untuk sepetang belayar di tasik Putrajaya sungguh mengasyikkan. Kami dibawa Watsons Malaysia menikmati minum petang sambil diperkenalkan dengan rangkaian penjagaan wajah anti-penuaan, Pure Beauty Youth Restore Lift & Nourish.