Resipi Bonda

Share

Dari Singgang ke Gulai Lemak Kuning. Sejak mak kurang sihat, agak lama saya tidak merasa masakan air tangannya. Rindu bukan kepalang. Teringat waktu kecil, saya suka ikan tongkol dimasak singgang. Bahagian kepala pastinya paling enak dan telur ikan memang saya suka. Masih teringat mak akan simpan dan suapkan saya telur ikan tongkol singgang.

Icon Malaysia Perodua Myvi Baharu

Share

Ikon pilihan Malaysia, Perodua Myvi terbaharu dilancarkan semalam. YBhg Datuk Aminar Rashid Salleh memberi penerangan mengenai kenderaan pilihan rakyat Malaysia ini. Selepas itu beliau menyerahkan replika kunci Myvi kepada team LISA yang terpilih menjadi wakil pertama membawa myvi baharu ini. #mylisaperoduacruiser

Nyamannya SapuLidi

Share

Saya percaya saat melancong kita mesti nak menjelajah destinasi dilawati dan paling penting nak membeli-belah. Saranan saya, apa kata dua malam terakhir kamu dihabiskan santai di lokasi nyaman seperti SapuLidi Sawah Cafe Resort & Gallery.

Perjalanan Jakarta, Bandung Mengasyikkan

Share

Trip kali ini agak lama. Hampir seminggu menghabiskan waktu di Jakarta dan Bandung. Pada kunjungan lalu, saya hanya melewati jalan Cikini di Jakarta. Ternyata banyak kafe-kafe wajib dikunjungi. Kali ini saya berpeluang ‘ngopi’ di Bakoel Koffie. Sebelum itu sempat ke Minggu Fesyen Jakarta. Ternyata gaya mereka sungguh mengasyikkan.

Elegan Video Hua Hin Thailand

Share

http://magis.to/eXx6BwAGRQkfDnIBBQ

Inspirasi 50-an Dan 60-an

Share

Selepas hampir sebulan bersama produksi MIG menggalas tugas penata gaya Kaki Kitai, saya berpeluang bercuti di ke Hua Hin, Thailand. Kiranya mahu lepaskan lelah lalu pastinya pekan di Raja Thailand ini paling sesuai untuk berehat.

Sawadee Hua Hin…

Share

Hua Hin… Saya tak pernah bermimpi ke sana. Padahal diajak beberapa kali ke Bangkok tetapi saya sampai ke Hua
Hin dulu. Hua Hin terletak di bawah Bangkok kira-kira tiga jam menaiki kenderaan. Rada-rasanya sejauh perjalanan dari Jakarta ke Bandung kalau macet ata jam. Hua Hin terkenal sebagai Royal Beach Resort. Memiliki pantai sepanjang lima meter. Merupakan pekan pelabuhan yang udaranya dingin nyaman walaupun matahari terik di kepala.

Kenangan Bali

Share

Sebulan sebelumnya (sebelum trip ke Jakarta), saya ke Bali buat kali pertama. Semuanya tak terancang sebab itu kami tiba pada waktu berbeza dengan penerbangan lain-lain. Ada yang sudah tiba awal pagi dan mereka ditugaskan menempah kamar. Saya tiba menjelang senja dengan Air Asia, dua lagi teman tengah malam dengan Malaysia Airlines. Tempat menginap New Arena Hotel, Jalan Popies 2, daerah Kuta. Begitupun kami hanya satu malam di situ. Esok hari dan dua malam berikutnya kami memilih menginap di Sandat Inn, Popies Lane.

Trip Jakarta: Jaksa Atau Sabang?

Share

Saya dalam dilema pabila teman-teman saat akhir membatalkan perjalanan masing-masing. Mereka punya hal peribadi yang harus dibereskan. Sedang saya memerlukan percutian setelah lelah 26 hari menggalas tugas HOD wardrobe filem Kitai di produksi MIG. Nekad saya memeruskan penerbangan sendirian pada malam 12 haribulan itu. Alahai, penerbangan Malaysia Airlines lewat sejam, sepatutnya jam 10 jadi 11 malam. Pasti saya akan tiba lewat jam 1 pagi. Mujur dari lapangan terbang ke bandar hanya 25km iaitu 15 minit sahaja.

Pengembaraan Malaysia Tourism Hunt Bahagian 2

Share

Pagi bersarapan di Hatten Hotel, Melaka, sebelum berangkat ke destinasi berikutnya. Rombongan kami akan bergerak ke Bandar Muar. Oh, ini juga situasi paling lucu lagi mendebarkan. Sampai-sampai kami dijamu dengan mi goreng. Semua bantai makan tanpa sedar selepas itu kami akan buat aktiviti food hunt iaitu memburu teka teki makanan tradisional.