Share

Cinta lama terhadap tekstil, ikat etnik dan hasil seni tradisional artisan mendorong pemilik melancarkan Frankitas, jenama yang menghasilkan rangkaian produk etnik seperti beg, skarf sutera dan aksesori menawan. Beroperasi setahun lalu, Frankitas kini semakin mara menembusi pasaran dunia fesyen.

Photo 3frankitas

Frankitas adalah kombinasi nama pemiliknya Franki dan tas iaitu singkatan daripada tas tangan. Francisca Turner Shaik sekian lama meminati motif etnik, fabrik anyaman tangan yang diwarisi dan hasil seni tangan lain.

Photo 2 ij

“Setiap negara punya warisan tersendiri. Ada kisah disebalik gaya ikat mengikut setiap bahagian negara di dunia. Semestinya berbeza-beza dan saya ingin berkongsi warisan indah ini dengan semua,” ujar Franki.

kl l

Frankitas sangat klasik, kontemporari namun diluar imaginatif dengan warna-warna luar biasa dan rekaannya menggambarkan imejan Zooey Deschanel bertemu Audrey Hepburn.

frankitas2

Koleksi Frankitas berkembang bermula dengan tas genggam klasik, signature Titin Clutch dari Uzbekistan ikat, batik dan songket dengan alas baldu kini dengan Jikat Clutch yang dihasilkan dari Indonesia dan Uzbekistan ikat. Semestinya Frankitas menjadi pilihan ramai yang turut menggemari motif etnik dari seluruh dunia.