Share

Saya ada rutin makan malam di Contango, Majestic Hotel, sekiranya ada berita gembira mahu diraikan. Tumpuan utama saya semestinya di bahagian sajian Jepun. Puas makan Salmon Sashimi malah memang menjadi pembukan selera dan penutup hidangan saya. Istimewa Ramadan pula lebih banyak menu diketengahkan dan semestinya lebih meyelerakan.

Ruang makan di Contango memang sesuai untuk kamu sekeluarga menikmati waktu kualiti bersama. Bagus juga buat pasangan untuk meraikan hubungan mereka. Boleh juga rakan sekerja meraikan kegemilangan syarikat mereka atau sekadar bersantai bersama teman-teman.

IMG_2950

Apa juga acara mahu diraikan, temu janji berbuka puasa pastinya lebih sempurna di sini. Bermula 17 Jun sehingga 18 Julai, makan malam atau berbuka di sini hanya RM125 nett untuk seorang. Terdapat dua restoran berkonsep terbuka yang menyajikan sajian tempatan dan antarabangsa yang segar dimasak selepas kamu memesannya. Bulan ini semestinya menu tempatan menjadi fokus utama Majestic Hotel.

IMG_2956 IMG_2958 IMG_2959

Dekorasi restoran Contango ini sangat kontemporari dan mempunyai beberapa tempat duduk yang berbeza. Ada meja makan formal, kerusi empuk dan ruang keluarga. Sementara itu, makan malam Majestic Festive Banquet pula berula 24 Jun sehingga 12 Julai yang terletak di Function Rooms, lantai tiga, dengan harga RM100 nett untuk seorang. Sekiranya ada tempahan 50 orang dan ke atas, kamu mendapat hadiah makan tengah hari di Contango untuk dua orang.

IMG_2960 IMG_2962 IMG_2964

Cef Zaidi dan team beliau menyediakan sajian yang dekat di hati mereka seperti Kambing Panggang yang diperap dengan dry rub yang mendapat pengaruh dari Middle Eastern, Satay Kampung, Pajeri Kedondong dan Aneka Goreng. Kiranya banyak lagilah menu hebat yang pastinya membuatkan kamu mahu berkunjung berkali-kali ke sini.

Paling saya suka daging panggangnya yang enak dimakan dengan sos pudina. Pajeri Kedondong pula satu kelainan yag dibawakan cef Zaidi dan menurutnya ia merupakan resipi keluarganya.

IMG_2965 IMG_2968 IMG_2975

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, e-mel tmkldiningconcierge@ytlhotels.com.my. Untuk Festive Variety Dinner di Contango, sila hubungi 03-27858062 dan untuk Majestic Festive Banquet Dinner, sila hubungi 03-27858000.