Share

K.Alif menerajui revolusi fesyen lelaki Muslim di hari Lebaran ini! Apa kata kamu wahai jejaka sekalian mencuba bergaya dengan K.Alif ini. Pastinya kamu tampak lebih segak di Lebaran ini.


K.Alif membawa aura perubahan dalam rekaan pakaian muslim dan tradisional untuk lebaran yang bakal menjelang dengan sentuhan terkini pada jubah dan kurta yang selesa digayakan untuk pelbagai  majlis. Setiap busana boleh digayakan secara kasual atau formal mengikut cita rasa setiap individu.

1-s0NoH137PufCRdwiZyec22s7tAkXY5GzVLAxEdmtQ,AhxO3QqAw620DRf92QxQgFDrteow3R3mZiPTU_DBzsEQn-xT1Gkkop38EcrolCLzAixZ-oO_uE0Kl7K_LTKk7o

 

Kurta dari K.Alif misalnya boleh dipadankan dengan pilihan kain sarong, seluar potongan lebar ataupun jeans ‘slim- fit’ untuk gaya kontemporari. Mahukan gaya ringkas bagi majlis kasual? Padankan ia bersama sandal bertali kulit atau kasut loafers. Bagi acara yang lebih rasmi, kombinasi kurta K.Alif, seluar slack dan kasut kulit formal adalah kombinasi gaya terbaik.

Bersesuaian dengan cuaca di Malaysia, setiap rekaan dari K.Alif dihasilkan daripada jalinan fabrik berkualiti tinggi (100% kain kapas, kapas campuran and crepe) bagi memastikan keselesaan si pemakai. Pilihan warna hitam, putih dan kelabu pada kurta dan jubah menjadikannya begitu versatile untuk disuai-padankan dengan ‘mood’  si pemakai dalam apa jua suasana.

6wnoqa5K_EWAvN5g9YZA9rcWtd0BeCL4bvoWBGMmVAk,5KdQlw2-LKqhnE1sM33DWGcoPXLsNfp2fnlefK_QP0QaEyHzWO_1MdpyC4aaaiezHMKY1-qzZ0nQ_7c28b5i_A,PnnTpBt3_Q1AmSp4J6RhhWmfVTPmEzBJKkPZVPtOT44

Rekaan K.Alif sentiasa segar dan penuh variasi. Sentuhan moden pada setiap rekaan jubah dan kurta bakal menjadi pilihan jejaka bergaya lebaran ini. Setiap rekaan K.Alif adalah eksklusif dan edisi terhad. Ianya boleh didapati dengan harga antara RM280 dan RM380 melalui online di www.kalif.my.

Rekaan K.Alif telah membawa dunia fesyen lelaki ke tahap yang baru dengan rekaan ala Timur Tengah dan gaya muslim yang sesuai dipakai untuk semua majlis. K, yang membawa maksud Kem Salleh, pengasas kepada K. Alif yang juga merupakan tenaga kreatif di sebalik jenama ini dan seorang yang dikenali dalam industri fesyen tanah air. Penggunaan huruf pertama dalam tulisan Jawi, iaitu “Alif”, membawa aura Timur Tengah di dalam jenama tersebut selari dengan cita-cita K.Alif menakluki pasaran fesyen lelaki Muslim.

TNVBos7sljqDfuedWHd-PXU9tVMnNF42MGY0Mnbnx9Q,YkXdsRfTGesOQlpz0E7yZGHqljSx1OFw18HLMoVadqA njLr4bxcDEpSz7CHelo1xkHdWAHr_dDPJif-UOAZPVQ,gjXyOmGoKN8zEe439IuawQIcZw_CGCQyqWLeEf8nA-w

Secara keseluruhannya, ianya disebut sebagai “Kalif” yang bermaksud “caliph” atau “khalifah” dalam bahasa Arab. Penggunaan noktah mengasingkan ketiga-tiga elemen berlainan dalam jenama ini. Pilihan huruf K dalam logo K.Alif pula adalah kombinasi K dan A yang diinspirasikan dari Phoenician Aleph. Logo K yang sama digunakan pada bahagian belakang setiap busana sebagai lambang keaslian jenama.

Dengan kadar permintaan yang tinggi terhadap jubah, kurta dan pakaian inspirasi dari Timur Tengah, K.Alif merupakan jenama yang ditunggu-tunggu oleh ramai penggemar fesyen. Rekaan yang menarik disertai dengan fabrik yang bermutu tinggi untuk setiap rekaan meletakkan K.Alif di tahap tersendiri berbanding jenama lain di pasaran.

iX_zN0Uh9JFA6VB-XeDZImUJ75taI2hr6-MlQ6mAZXs,2IheoSlcDONgCCbuem-2VFzI7fdbDhm2vh-beLYhTY0 cJrV3DqXfB-oV5o6Xa3VEjLC7dRCs_FS_sgVV2kL2pc,_C7Y7dfoKfadat12SIH5wgkPSIy7rqVz-nwpoeE_hS4

Khalifah adalah peneraju bagi mengetuai yang lain. Kini, K.Alif bersandarkan kepada aspirasi yang sama. Jenama tempatan ini akan sentiasa selangkah ke hadapan dalam mencetus inspirasi fesyen terkini. K.Alif juga boleh dibeli di www.gemfive.com hari ini.