Share

Kita biasa disuruh melakukan detoks dalam tubuh secara alami ataupun dengan bantuan produk kesihatan tempatan. Passion D’tox semestinya cara mudah buat kamu yang sibuk bertugas membantu melakukan detoks ini.

Benar, tubuh memiliki detoxification system semula jadi dan kita mengeluarkan toksin menerusi peluh, urin dan sebagainya. Namun, akibat pengambilan makanan kurang sihat, fungsi kesihatan tubuh menurun.

Memilih makanan sihat penting seperti juga pengambilan yang berpada-pada. Ada pepatah mengatakan berhenti makan sebelum kenyang. Ada menu yang diambil mengandungi kolestrol tinggi, lemak, zat negatif dan sebagainya. Ada ketikanya buah jika pengambilan berlebihan boleh memudaratkan juga.

img_1227

 

Penting melakukan detoks seberapa kerap kerana kesihatan tubuh. Detoks adalah proses tubuh mengeluarkan toksin atau racun di dalam tubuh yang diperoleh dari makanan sehari-hari.

Seandainya kamu rajin melakukan detoks, pencernaan makanan juga lebih bagus malah kulit juga jadi mulus. Paling ketara adalah tenaga sehari-hari semakin pulih. Kamu jadi lebih segar sepanjang minggu.

Saksikan video Passion D’Tox di YouTube Marini Mat Zain

Passion D’tox

Era kini memudahkan lagi kita yang semakin sibuk melakukan detoks sendiri. Bantuan produk seperti Passion D’tox pasti banyak membantu. Mengandungi passion fruits dan campuran berries, ia diperkaya dengan serat, vitamin C dan vitamin E. Ia juga merupakan minuman serat nutrisi yang membantu menghalang kehadiran karbohidrat dan kalori berlebihan dalam pengambilan makanan harian.

Jadikan Passion D’tox sebagai minuman fiber harian dan semoga rutin ini meningkatkan lagi friendly bacteria untuk system healthy digestive. Pengambilannya pun mudah, hanya satu sachet dibancuh dalam 150ml air suhu bilik. Saya suka menggoncangnya dalam bekas shake dan meminumnya.

img_1226 img_1230

Pendapat Peribadi

Passion D’tox muncul di meja saya dan setelah mencubanya ini pendapat saya. Memang saya susah menelan minuman kesihatan terutama berunsurkan serat seumpamanya. Namun, rasa Passion D’tox ditekak saya seperti meminum jambu asam tetapi mungkin saya keliru dengan campuran berries yang ada.

Keesokan harinya pula, sistem pencernaan lebih mudah dari biasa. Setiap harinya pasti begitu. Bagi saya yang kini aktif melakukan aktiviti senaman di gim, pasti melakukan detoks banyak membantu. Dibantu dengan kawalan pemakanan kerana menjaga berat badan.

Lebih-lebih lagi usia yang semakin meningkat, sememangnya melakukan senaman dan detoks sangat penting. Buat saya, tidak lagi mahu penyakit menyerang. Setahun lalu saya mengalami mild stroke akibat tidak menjaga makan dan minum, menyebabkan darah tinggi naik memuncak.

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.