Share

Pada anugerah berprestij The Billboard Music Awards yang berlangsung telah memperlihatkan penguasaan Balmain di karpet merah. Sesetengah orang mengatakan Olivier Rousteing seolah-olah membawa balai tenteranya turun ke acara itu dengan menyarung Balmain, jenama tersohor Paris itu.

OlivierRousteingHD-by-Karim-Sadli

H&M kali ini mengundang rumah fesyen dari Paris, Balmain untuk berkolaborasi. Kepimpinan Olivier Rousteing telah melonjak jenama ini sebagai jenama global dengan fenomena pop-culture. Lahir pada 3 April (ehem, samalah tarikh lahir kita), lelaki Paris ini mempamerkan beberapa koleksinya di karpet merah The Billboard Music Awards bersama teman baiknya Kendall Jenner dan Jourdan Dunn. Menerusi media social pula H&M dan Balmain mengundang peminat menyertai pergerakan perpaduan bersama #HMBalmaination.

Screenshot_2015-05-20-03-53-26

“Saya mahu berbicara dekat dengan generasi saya, ini adalah matlamat saya sebagai pereka. Kerjasama dengan H&M memungkinkan saya membawa semua orang memasuki dunia Balmain, menjadi sebahagian mimpi dan membawa #HMBalmaination: pergerakan perpaduan lebih global,” ujar Olivier.

Screenshot_2015-05-20-03-53-18

Diasaskan pada 1945, Balmain setia menjungjung visi dan semangat pengasannya dan sentiasa mempamerkan tenaga, keseronokan, hiburan dan kebebasan yang dekat dengan semua orang. Olivier Rousteing telah mencipta identiti unik pada label ini sehingga membawa kolaborasi hebat bersama H&M ini.

Screenshot_2015-05-20-03-53-13

Hey, busana dan aksesori buat wanita dan juga lelaki ini akan berada di pasaran 5 November di 250 butik seluruh dunia dan secara online juga. www.balmain.com

Intai-intai juga IG peribadi Olivier tentang acara The Billboard Music Award baru-baru ini.

Screenshot_2015-05-20-03-53-34

Screenshot_2015-05-20-03-53-05

Screenshot_2015-05-20-03-52-47

Screenshot_2015-05-20-03-52-57