Berinspirasi era 50-an dan 70-an dengan gaya elegan ikon fesyen ketika itu Audrey Hepburn dan Grace Kelly, Duchess & Co yakin mampu membawa gaya klasik vintaj memenuhi gaya hidup semasa.
Malah setiap rekaan memenuhi keperluan pelanggan untuk suai padan setiap pakaian tersebut. Lebih cantik ditambah aksesori menawan Duchess & Co.
Setiap rekaan menggunakan material berkualiti tinggi yang sangat sempurna disarung setiap hari, ke pejabat, menghadiri perkahwinan taman atau acara luar rumah lain. Jenama tempatan yang sangat membanggakan ini telah boleh dikunjungi di Bangsar dan Plaza Gurney Pulau Pinang.