Share

Bagaimanakah caranya Guardian menyokong Minggu Alam Sekitar Malaysia? Pada hujung minggu lalu, Guardian Health and Beauty (Guardian) melancarkan kempen ‘Bawa Beg Oren Anda’ atau Bring Your Orange Bag (BYOB) di Melaka dan kami turut dibawa bersama.

Kempen BYOB Guardian dianjurkan dengan dana dikumpul daripada penyertaan dalam Kempen Hari Tiada Beg Plastik yang dianjurkan Kementerian di seluruh Negara. Sempena itu, tiga beg duna semula direka secara eksklusif untuk Guardian dan dipertontonkan kepada hadirin di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka.

IMG_5455

“Guardian benar-benar komited dalam usaha memelihara alam sekitar dan menjaga kepentingan masyarakat di tempat kami beroperasi. Kempen BYOB bertujuan untuk menggalakkan pelanggan kami bertukar daripada beg plastik kepada beg guna semula Guardian. Kita semua haru memainkan perasan untuk memastkan alam sekitar diperlihara dengan baik untuk generasi yang akan datang,” ujar Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn. Bhd. Christina Low.

Beg pertama yang digelar Trust melambangkan kebolehpercayaan produk kesihatan Guardian. Kedua, Passion mencerminkan keyakinan dan kecantikan pelbagai rangkaian produk kecantikan eksklusif yang ditawarkan di Guardian. Akhir sekali koleksi beg Inspiration, melambangkan keseronokan, kesejahteraan dan kehidupan positif yang datangnya dari koleksi aksesori gaya hidup di Guardian.

IMG_5477 IMG_5468 IMG_5460

Istimewa, ada tamu istimewa hadir memeriahkan majlis pelancaran ini. Pelakon Deanna Yusoff hadi r memeriahkan lagi acara ini dan berkongsi amalannya dalam menjaga kepentingan alam sekitar setiap kali keluar membeli-belah.

“Sudah bertahun-tahun saya mengamalkan amalan menggunakan beg guna semula ini. Oleh itu, saya amat berbesar hati memberikan sokongan dalam kempen ini,” ujarnya tersenyum.

Kehadiran Deanna juga untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Akhir Guardian yang melibatkan permainan cari kata. Seramai 10 peserta terpilih menerusi peraduan empat hari Facebook BYOB. Pemenang utama menerima baucar Guardian bernilai RM500, hamper bernilai RM200 dan beg cenderahari eksklusif. Hadiah lain termasuk baucar beli-belah bernilai RM100 daripada guardian dan beg cenderahari.

IMG_5519 IMG_5515 IMG_5511

Saya yang turut meminati Deanna Yusoff tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan pelakon terkeal era 90an itu. Setelah itu kami di bawa makan tengah hari sebelum rombongan blogger pulang ke Kuala Lumpur. Masing-masing turut membawa pulang beg oren dari Guardian.

Kadang-kadang kita terlalu leka untuk membawa beg sebegini saat ke pusat membeli-belah. Mungkin ini lah saatnya kita bersama-sama lebih peka untuk menjalankan kempen ini. Beg oren diberikan pula sangat mesra untuk dilipat dan diletakkan di dalam tas tanganmu.