Share

Bukan semua orang boleh makan sajian semalam. Seandainya kamu dambakan menu baharu setiap hari, amalkan memasak dalam jumlah kecil agar tiada sisa makanan perlu disimpan atau dibuang. Ada banyak lagi cara agar kamu tidak membazir…

Alam Flora membawakan kempen Love Food Hate Waste kepada masyarakat Malaysia untuk kesedaran bersama betapa kita perlu menghargai makanan dan mengelak pembaziran. Masih ramai tidak menyedari berlakunya pembaziran setiap hari. Memang kita menyangka, menyimpan baki makanan di dalam peti sejuk sudah memadai. Tindakan kita lakukan itu suatu perbuatan rutin terbaik dilakukan. Namun, tidak ramai menyedari suatu saat baki makanan itu akan dibuang kerana telah beku atau terlalu lama.

Saya menyediakan sebuah video kempen Love Food Hate Waste bersama teman pelakon, host dan Mister Planet Malaysia yang cukup sporting menjayakannya. 

29032016173835-0001-1

Ketahuailah sisa domestik seharian adalah 33,000 tan dan 15,000 tan darinya adalah sisa makanan yang mampu menghasilkan gas kurang sihat pada alam sekitar. Ketahui juga, 60% dari sisa makanan diterima Alam Flora adalah makanan yang dibazirkan kita semua.

Memang kita rasakan menyimpan baki makakan dalam peti sejuk adalah tabiat baik tetapi seandainya kamu leka dan membiarkan sajian beku tidak lalu dimakan dan membuangnya kemudian… Sememangnya tabiat itu perlu diperbaiki semua.

AlamFloraKLBloggers_Key09

Secara umum, pembaziran bukan sahaja memberi efek kewangan kamu malah kepada alam sekitar keseluruhannya. Berikut adalah cara-cara mudah kamu mengelakkan pembaziran;

  1. Sediakan senarai makanan sebelum pergi membeli-belah. Ini mampu mengelak dari kamu membeli barangan yang tidak diperlukan. Kamu juga boleh menjadi penyelia keluarga atau pasangan yang hendak membeli barangan mengikut nafsu.
  2. Guna bakul kecil bagi mengelak pembaziran. Lebih besar troli digunakan, lebih besar nafsu membazir kamu.
  3. Elak beli barang pukal kononnya lebih jimat. Bukan setakat beli satu atau dua kotak tetapi sedozen jadi pilihan. Berfikir terlebih dahulu, mampukah kamu habiskan semua dalam tempoh terdekat.
  4. Baca expired date atau Best Before Use yang ada pada kotak makanan. Andainya ada yang hampir tarikh lups di dalam gerobok, sila masak dan sedekah kepada jiran tetangga. Kadang-kadang ini lah caranya juga untuk kamu berbaik-baik dengan jiran sebelah.
  5. Susun makanan dalam peti sejuk dengan teliti. Ada di antara kita yang terlebih beli yang menjadikan peti sejuk mereka pada sehingga lupa apa yang disimpan adalah barangan yang mudah rosak.

unnamed (2)AlamFloraKLBloggers_Key09

Alam Flora juga mahu menyentuh 3R seperti Reduce, Reuse dan Recycle untuk menjamin kempen ini lebih berjaya. Menggunakan 3R ini di acara Alam Flora KL Bloggers Hunt 2016 diharap dapat membantu kempen dengan lebih berkesan. Selain itu sila say no to Styrofoam dan sila guna Tupperware untuk kegunaan harian.

Seramai 16 blogger terpilih sebagai duta kecil yang akan bekerjasama membawa kempen ini terutama pada tarikh 18 Mei ini. Semoga kami mampu menyampaikan mesej ini kepada masyarakat umum dan mengubah cara hidup kita lebih sihat.

20160502_210313

Kamu juga boleh menjayakan kempen ini dengan mengambil makanan sebelum dan selepas.

Jangan lupa #lovefoodhatewaste #alamflorasdnbhd #klbloggershunt2016

Jadi, sebagai duta kecil Alam Flora saya menyeru, sayangilah makanan dan bencikan pembaziran! Terima kasih kepada rakan-rakan Elegan yang menjayakan video kempen ini—Terima kasih Jaslin Puasa, Syameer Deon, Nazirul Mubin, Zarul Zaqwan, Fitri Mustafa dan Hafiz Nolan.

Love Food Hate Waste

Kempen Love Food Hate Waste ini bermula 2007 di UK menyasarkan matlamat mengurangkan sisa makanan yang terbuang. Kempen ini mendapat sokongan seluruh dunia kerana mesejnya yang berguna menjimatkan wang serta menghentikan pembuangan sisa makanan. Alam Flora mengambil inisiatif sama menjalankan kempen ini bersama blogger di Kuala Lumpur. Layari www.lovefoodhatewaste.com

Alam Flora Sdn Bhd

Alam Flora ditubuhkan 1995, anak syarikat DRB-Hicom berfungsi menguruskan perkhidmatan mengumpul sisa terbuang dalam menjaga alam sekitar. Alam Flora antaranya menyediakan khidmat membersih tempat awam, memotong rumput, mengutip sampah, menyusun sisa makanan, kemas kini landskap dan sebagainya.

Find more details here:? www.facebook.com/alam?orasdnbhd www.instagram.com/alam?orasdnbhd www.twitter.com/alam?orasdnbhd
www.youtube.com/channel