Share

Selepas hampir sebulan bersama produksi MIG menggalas tugas penata gaya Kaki Kitai, saya berpeluang bercuti di ke Hua Hin, Thailand. Kiranya mahu lepaskan lelah lalu pastinya pekan di Raja Thailand ini paling sesuai untuk berehat.

image

PlearnWan adalah pusat beli-belah berinspirasikan era 50-an dan 60-an yang menjadi kebanggaan penduduk di Hua Hin, Thailand. Seni binanya menjadi daya tarikan pelancong seperti saya.
image

image

Bagi yang gemar dekorasi era ini pasti terpesona dengan seni binaan. Setiap kedai pula menatarias produk jualan masing-masing dalam bentuk menawan.
image

image

Pintu kedai bermotif rustik dengan gandingan warna pastal sungguh indah di mata. Selaib menikmati seni bina, kamu juga boleh mencari barang-barang lama. Tidaklah kata barang terkini tidak ada tetapi seimbang.
image

image

Kalau kamu ke Bangkok, pilih satu hari ke Hua Hin. Hanya tiga jam perjalanan. Betul, tak rugi!