Share

Suatu hujung minggu yang membosankan lantas saya berniat, alangkah seronoknya kalau lah dapat ‘road trip’ lagi. Dang! Satu panggilan diterima sangat mengembirakan. Memang saya ke Melaka Ahad, 6 December 2015 mengunjungi Freeport A’Famosa Outlet bersama 40 orang rakan blogger lain. Perjalanan yang menyeronokkan pastinya… 

Acara pada hari itu—‘Style on a Shoestring’ yang membawa kami (40 bloggers) mengalami sendiri pengalaman membeli-belah di sini. Kami diberi selama 2 jam untuk menghabiskan kurang lebih wang RM350. Wah, saya agak suspen kerana dah lama tak buat kerja-kerja ‘styling’ apatah lagi perlu gayakan diri sendiri. Untuk memenangi gelaran ‘Ultimate Fashion Savvy Blogger’… Wow… Sebelum itu kami ada sesi beramah-mesra bersama empat orang Top Blogger. Berkongsi tip dan sebagainya.

13

Oh, saya cuba tenangkan diri sendiri dengan menikmati pemandangan pusat beli-belah ini. Terletak berdekatan dengan A’Famosa Resort Malacca, bumi hijau disekeliling memberikan pemandangan indah. Langitnya pula membiru, cuaca pada hari itu memang sangat cantik. Menoleh ke kiri dan kanan, lokasi ini sangat cantik ternyata banyak boleh dapatkan gambar-gambar menarik nanti. Selain membeli-belah kami perlu secara langsung menukar pakaian dan bergaya depan lensa. Rasa seram itu kembali! Haha…

Banyak jenama tersohor ada di sini seperti Nike, Cotton On, Esprit, Puma, G2000, Carlo Rino, Clarks dan sebagainya. Itu hanya sebahagian dari 60 jenama yang ada di dalam kawasan seluas 180,000 kaki persegi. Sangat baharu di buka kepada umum, sambutan pada hujung minggu itu sangat menggalakkan. Rasa-rasanya dua jam diberikan sedikit getir kerana kami terpaksa beratur panjang di kaunter untuk membuat pembayaran.

2IMG_6297

Begitupun saya seronok dengan hasilnya. Mencabar tetapi saya rasa mudah sekali memilih dan siap lebih awal dari sepatutnya. Saya beli kasut di Nike, RM129 terlebih dahulu. Tugasan diberikan mencari pakaian kasual lebih mudah sebenarnya. Kemudian saya ke Forever 21 terlebih dahulu. Scan seluruh kedai dan ke Cotton On pula. Memang dua kedai itu sahaja target saya.

Entah mengapa saya berkenan skirt kerana ianya — washed denim gradient effect. Materialnya nipis sahaja dan apabila disarung, sangat selesa. Semasa menuju ke kamar persalinan, saya melihat sweater — penuh gold sparkling printed. Ok, saya mesti cuba dan apabila disarung, selesa. Harga asal sweater RM180 tetapi ada tawaran harga lumayan. Total sweater dan skrit Cotton On, RM119.30 sahaja. Jadi saya ada lebih seratus untuk mencari tas dan aksesori.

afamosa5

Selesai membayarnya saya ke Forever 21 mencari apa-apa lagi yang boleh ditambah. Dalam kepala hanya beg dan aksesori. Jadi saya tuju sahaja ke bahagian itu. Jenguk bawah kabinet ternampak beg Fringe Forever 21, RM90 sahaja. Cukup! Lantas saya mengambil dua aksesori dan percuma satu. Jumlah aksesori subang, gelang dan cincin RM30 sahaja. Setelah menukar persalinan saya langsung ke lokasi untuk mengambil gambar.

Ya, memang hari Ahad kali ini menyeronokkan. Dua kumpulan diberi tugasan membeli-belah persalinan normal & kasual. Kami beramai-ramai bergambar bersama sebelum berlalu pulang. Terima kasih Freeport A’Famosa Outlet kerana menghiburkan hujung minggu saya.

4 IMG_6353IMG_6388

Untuk maklumat lanjut sila ke laman Fb Freeport A’famosa Outlet, IG @freeportafamosaoutlet & Twitter @FreeportAfamosa sekarang!