Share

2

Ketika diundang bercuti ke Tok Bali, Kelantan, saya bersetuju sahaja memandangkan itu kampung halaman. Kiranya saya akan lanjutkan percutian dan balik ke rumah keluarga sekali gus. Saya tiba sehari lewat sendirian di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Mengambil teksi lapangan terbang ke Tok Bali hanya RM69 sehala. Kiranya inilah kali pertama saya bercuti di kampung halaman sendiri. Pengalaman sangat mengujakan.

11111

111

1111

Dua malam mengasyikkan tinggal di Villa Haflin kamar 3A takkan dapat saya lupakan. Kamar paling cantik, kata teman-teman. Mereka meninjau masuk dan mencemburui saya. Nasiblah! Terima kasih banyak-banyak Haflin. Sememangnya setiap kamar di Villa Danialla Beach Resort dihias berlainan dekorasi dan susun atur perabot. Pemilik memilih pelan lantai berbeza-beza dari segi letak kamar beradu, kamar mandi dan ruang istirehat. Pemilihan material dinding, lantai dan jubin juga lain.

1image_5

Kamu boleh memilih untuk tinggal di Villa Russkaya, Villa Hamat, Villa Meriam, Villa Haflin, Villa Sarah, Villa Zainab, Villa Fatimah, Villa Matahari atau Villa Ombak. Harganya bermula RM300 ke atas mengikut cita rasa masing-masing. Istimewanya Villa Danialla kerana berada di pesisiran pantai indah Tok Bali. Memiliki sebuah kolam renang indah sungguh mengasyikkan.

image_2

image

Apa boleh dilakukan di sini? Jawapannya banyak aktiviti termasuk aktiviti mahu melayan perasaan bersendirian. Villa Danialla sangat cantik untuk dijadikan lokasi perkahwinan, melakukan aktiviti sukan laut seperti jet ski, menunggang kuda, mencari permainan tradisional seperti wau dan sebagainya. Lokasi ini juga menjadi pilihan korporat mengadakan mesyuarat atau krusus.

image_1

11

image_4

Selain itu kamu boleh berkunjung ke bandar kerana jarak vila ini hanya 48km dari Kota Bharu. Hari terakhir kami dihabiskan waktu ke Pulau Perhentian—Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Tok Bali berdekatan sahaja dengan jeti Kuala Besut. Menaiki bot yang meluncur laju ke pulau hanya mengambil masa setengah jam. Kemudian bot kami berlabuh sedikit jauh dari pantai kerana dikhuatiri memusnahkan batu karang. Kemudian kami menaiki ‘teksi’ iaitu bot-bot kecil ke pantai.   

image_3

photo 1 photo 2

Tiada paling indah melain pulang ke kamar 3A saya di Villa Haflin. Sememangnya pada lain masa saya berniat mahu kembali dan kekal memilih kamar 3A ini. Sangat selesa, nyaman dan membuai lena yang panjang. Sesuai bagi penulis seperti saya mahu berkurung dan menghasilkan naskhah baharu. Kalau merancang percutian ke Pantai Timur, jangan terhadkan destinasi kamu. Villa Danialla semestinya menawarkan banyak kemudahan buat kamu.