Share

Life Inspired TV menampilkan model, personaliti TV Jason Godfrey sebagai hos, keliling Australia meneroka bumi kanggaru itu. Savour Australia kini sedang ditayangkan bermula 28 Jun lalu.

Memaparkan Jason Godfrey menjelajah Australia mencari kehebatan kulinari di Western Australia, South Australia, Queensland, Northern Territory, Victoria, New South Wales, dan Tasmania. Berkenalan dengan kenalan baharu, dia juga mempelajari masakan tempatan dan mengalami pengalaman menakjubkan disetiap destinasi.

DSC_2009 DSC_1789

Menurut General Manager Life Inspired, Anne Chan, di pelancaran Savour Australia di Kuala Lumpur, dia sangat teruja menerbitkan rancangan ini bersama Pelancongan Australia setelah kejayaan pada musim pertama.

Secara tidak langsung, penonton di Malaysia juga dapat menikmati pengalaman dihidangkan Jason Godfrey tentang Australia. Terutama bagi mereka yang belum berkesempatan mejelajah negara itu. Peningkatan pelancongan dari Malaysia ke Australia tahun lalu menjadi salah satu penyumbang kolaborasi ini.

DSC_7311 DSC_1896

Rancangan pelancongan tujuh episod ini diarahkan Khabir Bhatia yang terbukti hebat dalam sinematografinya menerusi filem dan drama Melayu. Saya yakin rancangan ini mampu mebawa penonton seolah-olah menjelajah di negara kanggaru itu. Selamat menonton!