Share

Sebulan sebelumnya (sebelum trip ke Jakarta), saya ke Bali buat kali pertama. Semuanya tak terancang sebab itu kami tiba pada waktu berbeza dengan penerbangan lain-lain. Ada yang sudah tiba awal pagi dan mereka ditugaskan menempah kamar. Saya tiba menjelang senja dengan Air Asia, dua lagi teman tengah malam dengan Malaysia Airlines. Tempat menginap New Arena Hotel, Jalan Popies 2, daerah Kuta. Begitupun kami hanya satu malam di situ. Esok hari dan dua malam berikutnya kami memilih menginap di Sandat Inn, Popies Lane.

image
image

Lapangan terbang Ngurah Rai adalah lapangan terbang tersibuk di Denpasar. Nak ke Kuta menaiki teksi mengambil masa 15 minit campur tolak macet aka kesesakan jalan raya. Tetapi salah seorang teman jalan kaki sahaja dari lapangan terbang ke New Arena Hotel. Merajuk kerana lambat dijemput. Haha…  Oh, hati-hati daripada diperdaya pemandu, ada yang meletak 350 ribu rupiah, hampir cecah RM100 kut…
image

image

image

Hari pertama kami sekadar bersiar-siar di pekan Seminyak. Sesudah makan tengah hari kami ke Potato Head Beach Club, Seminyak. Kelab ini berhadapan laut indah. Pengunjung boleh memilih untuk duduk-duduk minum sahaja, berenang di kolam renang atau turun ke pantai. Kami memesan minuman jus dan duduk santai berjemur di bawah panas terik matahari. Sebenarnya tidak merancang untuk mandi kerana esoknya kami masih punya acara tersendiri. Tiga buah kenderaan sudah ditempah untuk membawa kami ke beberapa destinasi pelancongan.
image

image

Kami dibawa ke sebuah pinggir pantai bagi mereka yang meminati sukan laut. Jadi kami batalkan persinggahan dan terus ke  pantai Dreamland yang terletak di Pecatu. Menurut seorang teman asalnya di sini adalah naked beach. Kami di sini benar-benar menikmati laut. Dua daripada teman hampir lemas dilambung ombak. Memang di sini sesuai bagi peluncur atau surfer.
image

image

Menjelang senja kami menonton Tari Kecak di Pura Luhur, Uluwatu. Setengah tarian saya sudah kebosanan. Begitupun tidak dinafikan persembahan tari Kecak ini sangat menarik. Terutama melihat pakaian mereka. Persekitarannya juga begitu menarik. Tebing tinggi Pura Luhur merakamkan gambar paling indah. Sesuah itu kami berangkat makan malam sajian laut di tepi pantai Jimbaran. Pulang ke Kuta kami memilih untuk ke spa berurut secara tradisional Indonesia. Seluruh badan dilumur minyak dengan sentuhan melegakan urat saraf.
image

 

Hari terakhir tidak banyak aktiviti dilakukan sekadar bersiar-siar disekitar jalan Popies Lane. Saya mencari beberapa cenderahati untuk dibawa pulang. Rasa saya Bali hanyalah tempat percutian merehatka  minta. Senadainya mahu cari fesyen terkini hanya di pekan besar sepeti Seminyak kami pergi kelmarin. Sekitar hotel hanyalah pakaian ringkas untuk melengkapkan gerobok percutian sahaja. Aksesorinya juga tidak menarik perhatian saya.
image

image

Percutian beramai-ramai begini terutama dengan majoriti lelaki pastinya saya takkan dapat memilih sangat lokasi penuh dengan fesyen dan kecantikan. Paling tidak mereka akan ikut berurut dan sempatlah kalau hendak pedicure atau manicure. Kalau mahu jadi orang laut dan  kolam renang pula menunggu di hotel, lupakan sahaj niat mahu mendandan rambut.

Kami pulang juga berasingan dengan penerbangan dan waktu berbeza. Adakah saya menikmati percutian ini? Mungkin akan kembali kerana tahu banyak lagi belum saya teroka.