Tatkala pengantin Mr. Chaos dan Ms. Havoc muncul, ketakutan di Sunway Lagoon bermula sepanjang Oktober. Pengalaman di Nights of Fright 3: Festival of Fear bukan sekadar menakutkan tetapi kamu pasti mengalami pengalaman menakjubkan. Saya paling banyak menjerit ketika masuk di Penjara Pudu kerana hantu-hantu di dalamnya sangat mengerikan. Teknik lampu lebih mengerikan lagi. Masuk pula ke dalam kawasan zombi, Pirate Jack’s Locker O’ Lanterns sangat mengujakan kerana saya gemar menonton darma zombi.
Pengalaman 3D boleh dinikmati di The Mummy’s Revenge Tomb of Terror. Banyak lagi lah rumah hantu yang kamu boleh masuk dan mengalami pengalaman ngeri. Berjalan-jalan di luar juga sudah menyeramkan dengan hantu-hantu di depani.
Pengunjung juga boleh ikut serta berpakaian menakutkan. Nights of Fright 3 ini hanya RM58 seorang dan semestinya kamu berpuas hati.