Share

Kesibukan persediaan membuat susun acara rancangan ‘travelogue’ hujung minggu ini membuatkan saya agak sibuk. Ya, penggambarannya bermula 27 Nov. Namun sempat membuat temu janji dengan Idris Khan untuk beberapa projek tahun depan.

Ini lah fasa kehidupan baharu. Setahun lalu jadi Editor, percubaan masuk e-commerce dan kini dalam dunia penerbitan. Di tengah-tengah semua itu jadi blogger juga. Saya nikmati apa yang ada sekarang.

Niat di hati hendak menulis entri kecantikan tetapi tumpuan perlu dan ada pula bahan belum mencukupi. Tetapi sudah beberapa hari menyepi lalu ingin bertanyakan khabar di sini.

idris khan 1

Alkisah Selasa, pagi-pagi mesyuarat dengan team untuk pengembaraan kami 27-30 November untuk acara eat.travel.write di Hulu Langat. Petang pula bertemu Idris Khan, pelakon/model sedang meningkat naik.

Projek apa? Adalah… doakan yang terbaik.

Ohya, jangan ketinggalan saksikan drama komedi Abang Sado Jemur Kain di TV3 seriap jam 6.30 petang. Lakonan Idris Khan…

Apa pun tak sabar untuk trip hujung minggu ini. Kalau ada peluang pasti akan rakam beberapa gambar baru untuk blog juga.

Kalau sempat… kalau…