Share

Masa kerja sendiri memang rancak juga buat styling atau menata gaya sama ada kempen drama Astro, iklan dan orang perseorangan. Setelah dapat buat skrip drama, filem cereka, filem dan iklan TV, memang tak nak dah buat fesyen. Nak tahu kenapa?

image

Sebab menulis lagi syok. Nak-nak dah terbitnya naskhah novel. Lumayan sama sahaja cuma menulis lebih nyaman. Duduk rumah menaip, bosan keluar cari pusat peranginan. Paling tak ada idea, saya lari kesekeping Tenggiri di Bangsar mencari ilham. Kerja berangan yang mendatangkan duit adalah menulis skrip dan novel.

image

Kalau kerja menata gaya, dapat kempen iklan atau TV memang tidak kurang duitnya tetapi penat saat memunggah barang fesyen. Jadi jangan sekali-kali terima job yang harganya tidak bepatutan kerana penatnya tak berbaloi.

Saya perlu mengetahui konsep penggambaran, mencari jenama sesuai, buat loan, kutip produk, tunjukkan kepada pelanggan (kalau kena yang cerewet kena cari lagi). Selepas penggambaran atau sesi fotografi kena laundry, pastikan tak ada pakaian yang rosak dan pulangkan semula ke butik.

image

Paling seronok buat still photo kerana masa diambil hanya sehari atau paling lama dua hari. Saya pernah buat muzik video dan filem. Memang memakan masa lebih lama dan sangat sangat sangat memenatkan.

Bertugas di majalah kelebihannya, selain wajib tahu menulis saya juga perlu tahu fesyen dan kecantikan. Sebab itu saya manafaatkan pengetahuan menata gaya setelah bekerja secara freelance.

image

Setelah kembali bekerja memang sesi fotografi wajib ditempuhi terutama masuk bab proses membuat cover atau muka depan majalah. Tetapi setelah sekali lagi meninggalkan dunia majalah, ingat di hati mahu meneruskan blog dan menulis menulos dan menulis sahaja.

Tetapi nampaknya kerjaya stylist ini kalau dahulu sekadar job freelance yang ada tak ada tetapi kali ini saya pekerjaan tetap. Redha sajalah tapi saya enjoy setiap masa.

image

image

Kalau nak shopping online cuba-cuba lah jenguk www.gemfive.com.my kerana semuanya ada di sana…

Posted from WordPress for Android