Share

Keadaan cuaca di negara kita memerlukan kaca mata sebagai perlindungan mata kepada panahan cahaya matahari. Melihat sekeliling di jalanan, pastinya kamu terpandangkan anak-anak muda masa kini memakai pelbagai jenis dan bentuk kaca mata. Sehingga hari ini, kaca mata mulai menjadi trend dan jenama-jenama tersohor mula menghasilkan gaya berkaca mata terbaik mengikut identiti masing-masing.

IMG_5010 IMG_5009 IMG_5007

Safilo memperkenalkan Koleksi Kaca Mata Musim Luruh/Sejuk 2015/2016 kepada media. Antara jenama tersohor yang menawarkan rekaan menawan kali ini termasuk Jimmy Choo, Dior, Hugo Boss, Tommy Hilfiger dan banyak lagi. Saya sungguh tertawan dengan kaca mata dari Kate Spade ini. Kebanyakannya kaca mata untuk musim Luruh & Sejuk kali ini datang dalam pelbagai rekaan terutama bingkainya yang aneka bentuk dan material yang pelbagai. Bentuk kaca mata pula ada bulat, cat eye dengan shade yang gelap atau dua tona. Untuk belian kaca mata baru kamu, mungkin ciri-ciri tersebut perlu difikirkan kamu selain bentuk wajahmu.