Share

Semestinya peminat Levi’s tidak sabar lagi mahu melihat rangkaian lengkap koleksi Levi’s Vintage Clothing yang dijual secara eksklusif di kedai KLCC ini, dengan menyorot sejarah penampilan jeans 501 bermula dari 1890 sehingga 1978.

Pagi penggemar setia Levi’s Brand, baru-baru ini telah melancarkan pembukaan kedai konsep premium baru di mercu tanda ikonik, Suria KLCC. Jadi siapa-siapa peminat setia Levi’s jangan lepaskan peluang berkunjung ke kedai di tingkat 3 yang mempamerkan koleksi bergaya santai namun kekal klasik.

Menurut Pengurus Negara, Levi Strauss Malaysia, Anitha Naraya, lokasi ini lebih luas dilengkapi kamar fitting serta Levi’s Tailor Shop bagi membantu para pelanggan membayangkan kemungkinan meluas dalam Live in Levi’s.

Melangkah sahaja masuk, pengunjung dapat melihat produk-produk terkini di samping rekaan ikonik pakaian lelaki dan wanita. Warna-warna musim Luruh dan Salju 2015 pasti terserlah ketika membelek-belek aneka jenis celana pendek, skirt, kajet truk dan kemeja barat.