Share

“Are you an effective team?” soal Sally kepada Victoria (Andrea Riseborough) teman setugas Jack Harper (Tom Cruise) setiap kali sebelum mengakhiri bicara.

stillshots-4

Filem Sci-fi arahan Joseph Kosinski ini berkisar keadaan bumi di tahun 2077. Jack Harper dan Victoria ditugaskan menjadi juruteknik di bumi yang dilanda serangan makhluk asing. Kesepian terlihat di wajah Jack Harper setiap kali melewati kawasan-kawasan yang menjadi kenangan.

Tanpa pengetahuan semua, dia membina sebuah rumah di tepi tasik. Tempat persembunyiannya itu menghadirkan sisa imbasan kenangan mengenai masa silam yang masih kabur. Biarpun dia bersama Victoria tetapi dirasakan ada kekurangan dalam hidupnya.

stillshots-1

Keadaan agak cemas apabila satu objek telah jatuh ke bumi. Jack Harper telah menyelamatkan seorang wanita jelita Julia Rusakova  (Olga Kurylenko) yang sering hadir dalam igauannya. Keadaan itu mendatangkan rasa tidak senang hati Victoria.

Ada pula puak pemberontak dipimpin pelakon Morgan Freeman yang masih hidup telah menawan Jack Harper dan Victoria. Kesedaran timbul sejak mengetahui Julia adalah isterinya pada masa lalu. Dia juga bertembung dengan seorang lagi Jack Harper dan Victoria di kawasan dikatakan penuh dengan nuklear.

stillshots-3

Saya cuma tak tahan melihat adegan romantik yang kurang menyentuh hati. Kisah cinta yang disampaikan kurang berkesan. Manakala aksi-aksi lasak pula wajib ditonton. Apakah yang bakal berlaku berikutnya? Saksikan Oblivion di pawagam bermula 11 April 2013.