Share

Ini memang kegemaran. Kena belajar buat sebab kat KL hanya ada Pajeri Nanas dimasak dengan gulai. Bukan tak sedap. Tetapi sejak kecil dah terbiasa mak masak Pajeri Nanas yang jernih ini. Pabila dah dapat resipi, aduhai, mudah sahaja sebenarnya. Tetapi tangan ibu kita kan, campak apa pun menjadi dan sedap pula tu. Jom, cuba resipi bonda saya!

ChefLisa copy

Bahan Utama
Nanas

Bahan A – dihiris mayang
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan B – secukup rasa
Bunga Cengkih, Buah Pelaga Hindi, Bunga Lawang, Kayu Manis
2 helai Daun Pandan
2-3 Cili Padi
4-5 sudu besar Gula
Garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Nanas dibuang kulit dan dipotong bersaiz kecil. Bahan-bahan A dihiris mayang dan daun pandan diikat.
2. Tumis bahan-bahan A yang telah dihiris mayang tadi sehingga bangkit bau enak.
3. Masukkan nanas, gula, secubit garam, cili padi dan daun pandan.
4. Kacau dan biarkan air nanas keluar dengan sendirinya. Akhir sekali Pajeri Nanas sedia dihidang.