Share

Poltergeist Kembali Menghantui. Filem seram yang popular sekitar 1982 kini kembali malah diberi nafas baharu. Pastinya lebih menyeramkan dan mendebarkan. Mengisahkan sebuah keluarga yang baru berpindah kesebuah pinggir Bandar tanpa menyedari keadaan kediaman baru mereka itu dikuasai oleh kuasa jahat.

Setelah gangguan maha dasyat terjadi sehingga menjadikan anak bongsu mereka sebagai tawanan, mereka sekeluarga bersatu untuk menyelamatkan Madison sebelum dia hilang buat selama-lamanya. Mereka dibantu pakar paranormal yang juga personaliti TV dan pensyarah psikologi paranormal.

DF-08561_R
Filem ini dibintangi oleh Sam Rockwell, Rosemarie DeWitt, Jared Harris dan Jane Adams. Rockwell dan DeWitt memegang watak sebagai ibu bapa yang mempunyai tiga anak yang dilakonkan oleh Saxon Sharbino, Kyle Catlett dan Kennedi Clements.
Hebatnya filem ini kerana lakun layarnya ditulis oeh David Lindsay-Abaire, seorang pemenang Pulitzer. Poltergeist diarahkan oleh Gil Kenan, pengarah filem Monster House dan diterbitkan oleh Sam Raimi, Robert Tapert dan Roy Lee yang tidak kurang hebatnya.

DF-13268_R
Eksklusif untuk pembaca blog Elegan, saya mencari 10 pembaca bertuah untuk memenangi sepasang tiket menonton Poltergeist. Kamu boleh membawa temanmu untuk menonton dengan kami. Filem ini akan mual menemui anda mulai 18 Jun 2015.
Berikut adalah butiran tayangan;
Tarikh: 16 Jun 2015
Masa: 9.15 malam
Lokasi: GSC 1 Utama

j
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi tiket dengan cara berikut;
1) Like Elegan fan page di www.facebook.com/eleganblog
2) Share entri ini di media sosial kamu – facebook & twitter
3) Jawab soalan ini : Pada tahun berapakah Poltergeist pernah diterbitkan dan sebutkan berapa ramaikah ahli keluarga yang berpindah itu?
4) Isi maklumat peribadi kamu (e-mel, no. telefon & alamat)di ruangan mesej di bawah
Peraduan berakhir pada Isnin, 8 Jun 2015. Pemenang akan diumumkan menerusi e-mel.

Sila isi borang di bawah ini…

 

[contact-form-7 id=”2605″ title=”Contact form 2″]