Share

Gin Rik Sha tampil dengan dekorasi baru menyajikan menu Indian fusion lazat yang pasti memuaskan hati.

Saya salah seorang penggemar menu enak di Gin Rik Sha. Semestinya Spicy Honey Garlic Rack of Lamb jadi pilihan saya. Rasa enaknya masih serupa tidak berubah sedikit pun. Sementara menunggu menu sampai, kami menjamah Popcorn Tempura.

Suasana dekorasinya pun membuat kamu lebih santai dan selesa berbual-bual dengan teman. Jangan lupa pesan Slow-cooked Lamb Shank, Banana Leaf Baked Sea Bass, Spicy Honey Garlic Rack of Lamb dan Popcorn Tempura.

Kami menikmatinya satu persatu sajian asli India yang menyatu dengan adunan fusion ini. Siapa sangka roti hasil tangan chef sungguh lazat dicicah kuah tersedia. Lamb Shank tersedia panas-panas memang lecur mulur dibuatnya.

Hujung minggu semestinya paling selesa duduk berbual-bual dengan teman di sini daripada menu berat berlarutan ke makanan manis. Jangan lupa memesan teh enak untuk dinikmati pada hujung malam kamu.

Perbualan berlanjutan daripada mengenai kerjaya sehinggalah lebih santai. Masuk bab catatan perjalanan, kembara seluruh dunia, juga perihal teman lelaki. Ada cerita-cerita lucu mahu dikongsi dan jadi bahan ketawa bersama rakan-rakan.

Suasana dekorasi lebih harmoni dan suasana cozy cukup selesa duduk berdua atau berkumpulan. Lampu bertukar lebih malap tatkala malam menjelma dan lagu pula lebih rancak kedengaran. Perasaan kamu pastinya lebih mengasyikkan. Jangan lupa tambah satu lagi teh!