Share

Akhir-akhir ini hujan turun tidak menentu. Ada kala pagi dan banyaknya petang hari. Syukur lah jerebu juga telah berlalu. Andai rasa mengantuk datang, apakah menu menyegarkan mata paling mudah?

Saya November ini sudah beralih angin dari kerja e-commerce ke penerbitan. Kembali kepada ‘team’ produksi lama dahulunya Blackbox Pictures dan kini Mega Visual. Saya di sini ditugaskan untuk jadi ‘producer’ dan meulis skrip.

Tetapi saya masih lagi aktif menulis ‘blog’ yang akhir-akhir ini menjadi kecintaan saya. Lebih mudah kini memenuhi undangan klien kerana sebagai penerbit dan penulis, saya perlu sering keluar bertemu mereka.

mega visual team mega visual off mega visual mtg

Ada ketikanya saya hanya di pejabat mencari dan minggu ini memang minggu malas saya. Duduk di meja mendengar hujan mula turun, memang seronok tetapi pastinya mulut mahu meneguk minuman panas dan snek kesukaan.

Alkisahnya, ke Bangkok tempoh hari saya ada membawa minuman 2 in 1 Cham dan Teh Tarik Boh. Balik kampung seminggu lalu saya meminta anak saudara mencari satu Pasir Mas, Kelantan. Tak jumpa katanya.

20151111_142057 20151111_141536 20151111_141341

Balik Kuala Lumpur saya pergi sendiri mencari Boh kegilaan saya itu. Satu lagi, stok Peanut Butter Julie’s di rumah pun habis. Ramai peminat rupa-rupanya. Saya pun dengan gembiranya bawa pulang Boh dan Julie’s ke pejabat.

“Amoi, ini sudah beli lah.”

Rupa-rupanya peanut butter sama ada di pejabat. Tak apa saya pun bawa pulang ke rumah dan malamnya anak saudara saya pulang bawa pek sama Peanut Butter Sandwich Julie’s. Kami terjerit-jerit, hmm.. Patutlah cepat je habis biskut tu, dia suka makan juga.

IMG_4385 IMG_4376 IMG_4387

Begitulah kisah sepetang saya di pejabat dan di rumah. Satu lagi, selak-selak gambar rasa-rasanya saya pergi ke pelancaran Cham Boh tu. Tapi saya beli perisa Teh Tarik. Senang cerita, minuman 2 in 1 lain saya sering campur susu atau tambah gula.Tetapi dengan Boh ni hanya tuang dan rasanya sudah enak. Tambah pula biskut peanut Butter Julie’s tu. Okayyy… Sampai sini dulu. Nak ke pantri bancuh air. 🙂