Share

Naelofar adalah penjenamaan baharu Neelofa bagi mengangkat perniagaan hijabnya lebih jauh ke peringkat antarabangsa.

Kali pertama bertentang mata dengan Neelofa, ketika dia menjadi muka depan majalah Lisa. Saya ketika itu Editor di majalah tersebut turut hadir pada sesi fotografi. Kata-kata Neelofa yang menjadi ingatan saya sehingga kini, jangan kedekut mengupah seorang pakar dalam merancang perniagaan. Dia ketika itu baru merancang memulakan bisnes tudung dan menangguhkan penjualan kanta lengkap.

Saat itu saya dapat merasakan, insan bernama Neelofar ini bakal menjadi lebih besar di masa akan datang dan ternyata benar. Pencapaiannya kini boleh dikatakan suatu kebanggaan. Diundang ke acara penjenamaan Naelofar baru-baru ini, saya menyaksikan sendiri telahan saya benar. Bangga sungguhh dengan cik mek molek ini.

Apabila saya bertanya, negara mana mahu dia jelajahi? Jawapan diberikan luar biasa. Seandainya orang lain berangan-angan mahu melebar sayap ke London, Milan atau New York, tetapi Neelofa yakin menjawab Indonesia. Satu lagi saya kira jawapan bijak daripada usahawanita muda ini.

“Semestinya saya mahu menawan Indonesia. Saya kini sedang belalar bertutur Indonesia dan bakal berpindah di Jakarta tidak lama lagi,” ujarnya gembira.

Menurut Neelofa lagi, matlamat mahu mencapai 100K juta selepas penjenamaan ini bukan perkara mudah namun dia positif. Dia tidak merancang jauh namun bermula di negara jiran terlebih dahulu. Namun berkat perancangan terhebat, yakinlah Neelofa bakal menawan dunia.

Hijab terbaru Neelofa juga diperagakan kepada tetamu pada malam tersebut. Oren menjadi rona rasmi yang pastinya menyerlah dan diharap membawa tuah. Terutama doa daripada keluarga dan peminat pada malam menyambut ulang tahunnya. Tahniah Neelofa!