Share

Saya percaya saat melancong kita mesti nak menjelajah destinasi dilawati dan paling penting nak membeli-belah. Saranan saya, apa kata dua malam terakhir kamu dihabiskan santai di lokasi nyaman seperti SapuLidi Sawah Cafe Resort & Gallery.

image

Bandung merupakan destinasi beli-belah paling digemari. Bagasi pasti bertambah setiap kali turun ke Bandung. Dua malam terakhir di kota Bandung saya menginap di SapuLidi yang perjalanannya hanya 20 minit dari bandar. Bagi yang tak sempat menginap, saya tetap sarankan kamu ke sana singgah makan tengah hari.

image

Lupakan saja diet kamu. Pesan sajian lapam menu dari Pakej Nyiru. Nasi Sangrai merupakan beras tempatan enak di makan di tengah-tengah bendang. Ada lauk daging, ayam bakar warisan, seekor ayam kampung, anak ikan Penghuni digoreng, 10 cucuk satay ayam, pepes tauhu dibakar dalam daun pisang, sayur acak-acakan, buncis oncom, tiga pete telur dan paling enak adalah cendawan goreng madu yang rasanya seperti daging yang rangup. Yummms…