Serasi Bersama Paknil & Shira…

Share

Orang kata rezeki jangan di tolak. Sekian lama meninggalkan dunia majalah, sudah lama tak bergelumang dengan styling job. Tiba-tiba dapat peluang menjaga tata rias Aznil Haji Nawawi dan Sharifah Shahira sebagai hos di Serasi Bersama untuk siaran Astro. Jangan lupa saksikan rancangan ini setiap sabtu dan ahad jam 9pm sepanjang Januari 2011.

Terima kasih kepada CK dan AX kerana menaja pakaian Aznil dan Syira. Aksesori oleh Ola dan Shoes Shoes Shoes.

Dua pengacara menggayakan pakaian dari AX dan CK diserikan aksesori Ola dan Shoes Shoes Shoes.

Festival Malaysia Inovatif 2010

Share

Ada dua perkara berlaku pada Festival Malaysia Inovatif 2010 baru lalu. Ada tayangan pilot S.H.E pada 24 November dan pertunjukan fesyen (4 orang cast S.H.E juga terlibat) pada 26 November. Kejadian cemas berlaku pada kedua-dua tarikh itu dan banyak memberi pengajaran kepada aku.

S.H.E hotties hadir memeriahkan acara, almaklum lah masing-masing belum menonton S.H.E sepenuhnya lagi. Begitu pun ada kejadian cemas di mana audio S.H.E tidak dapat disediakan tepat pada waktunya. Sudah siap cuma proses lengkap menyediakan DVDnya untuk sampai ke tangan aku, memang tidak sempat. Bagai nak pitam aku mencari usul menyelamatkan keadaan…

Bagi melanjutkan masa pengacara sedang menemubual barisan pelakon S.H.E kiranya macam-macam soalan lah diajukan. Sedang aku membuat beberapa panggilan dan Yong-Le menjadi mangsa. Sorry babe! Rasakan… Akhirnya DVD sampai ke tangan aku… Final visual tetapi sayangnya menggunakan audio asal yang masih banyak kekurangan.

Suspen semua tengok wajah dan aksi masing-masing di skrin besar. Biar pun ada cacatnya tetapi aku telan lah jua. Pengajaran, jangan siapkan kerja-kerja pada saat akhir tetapi paling tidak biar lah sehari lebih awal bagi mengelak kesilapan teknik sebegini. Bagi mengelakkan darah tinggi aku naik jua.

Ni kira macam S.H.E reunion juga’. Bulan puasa penggambarannya dah ini lah kali pertama berkumpul semula. Asyik rasanya dan tak sabar-sabar lagi nak sambung… hmmmm…

Aku dan Nisa’ di sisi S.H.E dolls.. S.H.E hotties… My S.H.E barbie… and Ken…

Tanggal 26 November pula S.H.E turut serta di dalam pertunjukan fesyen Busana Inovatif. Banyak lah pereka fesyen menyertai acara seperti Nik Erwan, Mimpi Kita, Wan Huzairil dan empat pelajar UiTM.

Nyatanya—“working backstage, so much more fun than sitting the front row…”. Sejak di acara pelancaran MV Alyah lagi keseronokan mengemudi pertunjukan fesyen mini itu sangat menyeronokkan. Apatah lagi mendapat peluang mengendalikan pertunjukan fesyen di acara besar anjuran MDEC dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, puas rasanya. Sehinggakan Oda juga teruja, sementelah Rina dari MDEC membawa perkhabaran baik. Bosnya suka dengan acara itu. Syukur! Biar pun tidak lah sehebat dan sebesar M-IFW tetapi cukup untuk langkah pertama kami.
Saat cemas kali ini, biasa lah, kesibukan di belakang pentas yang sangat besar nikmatnya. Minda perlu kental dan hati mesti tenang menanganinya.
Memekik di belakang pentas—Biasa tu! Apatah lagi apabila keciciran model atau saat menukar pakaian tak siap-siap sedangkan pentas sudah kosong.
Kemudian gawat lagi apabila orang kenamaan belum tiba. Lalu rentak perlu ditukar, model kami arahkan berjalan lebih perlahan untuk melengah-lengahkan waktu. Cemas lagi sekali! Begitu pun melihat busana berjalan di atas pentas, finalenya, sangat memuaskan. Orang kenamaan tiba sebaik sahaja acara akhir mahu dimulakan iaitu memperkenalkan kesemua pereka fesyen. Biar pun malam sebelumnya ada Faizal Tahir dan Stacy menyambut Perdana Menteri merasmikan festival ini tetapi secara tidak langsung, persembahan fesyen ini adalah penutup kepada festival ini. Syiok!
Nota: S.H.E juga ada di majlis hari jadi Fazami yang berlangsung di butik Miss Sixty. Tya dan Fara mewakili S.H.E hotties cantik menggayakan outfit mereka.

2X M-IWF

Share

Kali pertama ke M-IWF di atas undangan Jurugambar Selebriti, Bustamam Mokhtar kerana pameran fotografi koleksinya di ruang legar Pavilion. Duduk sebaris dengan selebriti di front row pertunjukan fesyen bersama stylist Yana Husin dan rakan-rakan. Bertemu Bustamam dan tetamunya yang lain seperti Amy Search, Dayang Nurfaizah, Nasha Aziz dan Fazura (Nanu Baharudin pun ada).

Sangat bangga dengan abang bus dan tahniah kerana pameran solonya di M-IFW. Agak lama aku tidak keluar ke acara sebegini. Hanya duduk di pejabat rasanya agak kekok mahu berlaga bahu dengan mereka. Aneh! Mahu bersiap-siap pun dirasakan menyusahkan. Nak pakai apa? Nak dipadankan dengan sepatu apa? Solekan tebal sangat atau nipis sangat… Semua di ambil kira.

Duduk di front row menyaksikan barisan model memperagakan busana pereka-pereka tempatan memang mengasyikkan. Rekaan Amir Luqman boleh dikatakan menarik perhatian. Yang lain-lain cuba lagi. Bak kata Detaktif Stailista, kebanyakannya dah macam pokok krismas.

Kemudian kami mulai bosan dan beralih ke The Loaf minum coklat panas.

Menerima undangan BON ZAINAL membawa aku sekali lagi ke M-IFW. Bersemangat kali ini kerana koleksi lelaki dipertontonkan. Makanya semua kelihatan teruja dengan model-model lelaki. Argh… Kali ini Detektif Stailista pun ada. Tapi gambar di bawah bukan rekaan BON ZAINAL.

Ternyata persembahan fesyen BON ZAINAL paling menarik aku rasakan. Segala-galanya sempurna dari pemilihan lagu, koleksi busana dan gimik Bon.

Selesai pertunjukan fesyen, aku dan Nisa’ terus balik mencari perhentian lebih selesa. Lepaking! Rimas betul berada di tengah lautan manusia. Balik tukar baju santai saja di rumah… Namun sempat kami bergambar beramai-ramai.

SHE hotties, Mia sempat jenguk walaupun selepas itu berlari ke screening short film dia. Itu saja lah! Alkisah 2x turun ke M-IWF…

Alyah ‘Kau Bisu’

Share

Pelancaran MV Kau Bisu berjalan lancar. Aku dan Nisa’ menjaga media untuk Publisiti Alyah. Selain itu aku ditugaskan mencari empat model bagi pertunjukan mini fesyen Futuristik oleh empat Pereka Fesyen. Kembali terkenangkan zaman membuat publisiti untuk filem Ayat-Ayat Cinta dan majlis Aquila Emas.

Sebelum 19 Oktober (Selasa) jam 3 ptg di Redbox Pavilion, kami mengadakan mesyuarat. Kemudian aku menyiapkan press release untuk diserahkan kepada media. Cemas juga kerana aku dan Nisa mencari kedai untuk fotokopi. Kelakar pun ada. Tepat jam 3 Nisa masih di situ (Mid Valley), mati laa… Aku pula membantu mereka menguruskan model. Lega bila melihat Nisa’ tiba dengan segenggam kertas-kertas.

Kehadiran media sangat meriah. Ramai! Aku lega kerana sambutan media. Wajah-wajah

Media Cetak dan Elektronik sama banyak hadir memberi sokongan. Terima kasih daun keladi! Dan, segala-galanya kelihatan sempurna. Aku rasa sangat seronok pula mengendalikan acara sebegini. Bukan yang menjaga publisiti dengan mengawal trafik media tetapi seronok mengendalikan model dan catwalk. Semalaman juga aku study dari persembahan fesyen Victoria Secret. Juga berunding dengan Oda Yunus mengenai beberapa perkara.

 

   

Pengacara pada petang itu Ayie Detaktif Stailista dan Didi Alias 

Aku dan Nisa’

EVERYONE IS AFTER SOMETHING…

Share

Miss Ayu (gua.com.my) mengajak aku menonton TAKERS… Aku hampir-hampir menolak kerana malas. Tetapi entah mengapa tergerak hati nak tengok media prebiu oleh Media Prima. Aku memaksa Cicak (meow.com.my) walaupun dia sudah melihatnya lebih awal. Apa lah salahnya menonton lagi sekali…

Separuh jalan tengok aku dan Miss Ayu dah gelisah sebab tak tahan dengan jalan cerita. Bukan bosan tetapi aksinya hebat sangat garapan. Cicak jadi mangsa, apa jadi lepas ni tetapi Cicak jahat tak nak cerita. Aku dan Miss Ayu gelisah sepanjang menontonnya. Macam-macam rasa ada—Bimbang, nak marah, bengang.

Takers filem jenayah menarik untuk aku hendak dibandingkan filem tempatan sedia ada. Kalau nak kira lakonan Paul Walker tidak lah sehebat mana. Lenggok cakap dan tonasi suaranya sama sahaja dengan filem dia sebelum ini. Tetapi Takers diselamatkan oleh jalan cerita dan lakun layar penulis Luessenhop, Gabriel Casseus, Peter Allen, John Rogers dan Avery Duff. Pengarahnya John Luessenhop berjaya mengadaptasikan tulisan mereka ke layar perak dengan baik. Terutama sekali aksi tembak-menembak yang digarap berbeza dan ‘smart’ sangat.

Selain tak buang masa menunggu dengan kisah yang meleret, Takers sentiasa mencemaskan perasaan. Kau akan rasa berada di dalam situasi digambarkan. Kisah cintanya sangat asas tidak lah poyo sangat seperti filem tempatan. Hanya terdapat cinta tiga segi di antara Jake (Michael Ealy), Lily (Zoe Saldana) dan Ghost (T.I.). Itu pun watak Zoe Saldana hanya kecil boleh dikira sebagai cameo sahaja. Aku perlu belajar banyak untuk filem akan datang selepas HAQ the Movie.

Segala-galanya mengenai lapan lelaki yang punya agenda di dalam kehidupan masing-masing. Watak antagonis lima sekawan oleh Gordon Cozier (Idris Elba), John (Paul Walker), A.J. (Hayden Christensen) dan dua beradik, Jake (Michael Ealy) and Jesse Attica (Chris Brown) membuat kita tak kan senang duduk. Mereka melakukan jenayah tetapi kamu takkan benci dengan mereka. Malah, mereka sendiri diperdaya oleh Ghost (T.I.), watak antagonis di dalam kumpulan antagonis.

Apa mahu ditonjolkan, orang jahat tidak sebusuk kita sangka kerana kadangkala orang baik pun tidak lah sebaik mana kalau terdesak. Ada orang memang bersifat jahat di dalam diri tetapi ada sesetengahnya terpaksa jadi jahat kerana desakan hidup. Anggota polis yang memburu lima sekawan ini juga punya konflik tersendiri apabila Jack Welles (Matt Dillon) sangat kecewa apabila sahabat baiknya, pasangan setugasnya Eddie Hatcher (Jay Hernandez) mencuri wang yang dirampas daripada penjenayah.

Saranan aku jangan lepaskan peluang pergi tonton TAKERS dan lihat kelainan aksi hebat ini. Tiada bunyi tembakan bertalu-talu atau aksi mengerikan dengan darah terburai-burai. Sekadar bunyi muzik dan suara cemas kedengaran. Kecekapan melawan, keakraban persaudaraan kala saling bertahan dari serangan dan kematian tidak terduga. Semua buat kamu kan rasa geram… Mula 28 Okt di pawagan.. tunggu apa lagi? so…

Who’s taking who?

Untuk meredakan perasaan cemas, nantikan filem animasi Megamind 3D yang sungguh lucu dan menghiburkan. Megamind sering menentang hero Metro Man sehinggalah berjaya membunuh Metro Man. Selepas beberapa lama Megamind merasakan hidupnya sungguh bosan kerana tiada kuasa baik mahu menentang kejahatannya. Megamind meminjam suara Will Ferrell. Manakala Metro Man pula dilakonkan oleh Brad Pitt. Tarikh tayangan ialah 4 November 2010 (Malaysia).

Aku Tak Bodoh filem adabtasi I’m Not Stupid arahan Jack Neo terbitan Primeworks Studios (Grand Brilliance), J Team, Asia Media Content (AMC), RAM Entertainment dan PMP Entertainment. Kisah dua beradik Roy, 16, dan Jefri, 8, yang diabaikan oleh ibu bapa. Keseluruhannya cerita ini mahu memberi pengajaran kepada institusi keluarga agar menghargai anak-anak. Cuma adegan di hospital agak janggal bagi aku apabila, seorang bapa sedang tenat mahu memberi mesej kepada guru secara keras dan terlalu ‘direct’. Takkan lah orang sakit sempat nak cakap lebih kurang lah “Buang sekolah bukan tidak menyelesaikan masalah. Hanya menambah gejala sosial…” Lebih simbolik jika cikgu yang datang ke hospital membawa berita anak si bapa sudah diterima masuk semula ke sekolah. Maaf! Aku sekadar memberi pendapat…

 

Apa pun kehadiran Amy Mastura pastinya mengubat rindu peminat. Ketika media prebiu pun Amy Mastura lebih mendapat perhatian dan dinanti-nantikan untuk temu bual.

Pemalas…

Share

 

Pemalas itu aku… Dah lama gila tak update blog ni… Banyak perkara dah berlaku… Terlalu banyak! Sekarang pun dah sampai ke hujung tahun. November… Desember…. Dah masuk Januari 2011… Tarikh cantik nak kahwin… 20.11.2011 katanya… Tarikh graduasi aku dari UiTM 2001. Masa tu aku baru kerja jadi wartawan. Dari setahun ke setahun aku jadi penulis, penolong editor, penulis skrip, lakun layar, penerbit… penulis blog… omputih kata bloggers… tp blogger paling pemalas lah.

Kalau 2011 tolak 2001 rasa-rasanya berapa tahun dah? BIG 10 YEARS… huraah…

Sudah 10 tahun aku bergelumang sebagai orang Media, sebagai penulis dan hanya setahun dua ini sahaja aku masuk di dalam dunia produksi yang tidak kurang banyak pancarobanya. Menyakitkan hati pun ada seperti baru-baru jadi ni. Macam-macam lah… Kalau kau pandai…

Ni penyakit baru datang lagi.. Nak masuk tahun baru memang macam ni lah… Tak boleh tidur memikirkan banyak benda. Nak tambah umur, nak tambah duit, nak dekat dengan mak ayah, nak mesra-mesra dengan famili, nak lebih produktif, nak hibur kawan-kawan sama rata… semua nak tapi aku ni agak pemalas… Nak keluar novel pun berjanggut dah… apa nak jadi ni wahai MMZ… aku lah tu Marini Mat Zain…

Esok, Eh, hari ini, lepas ni aku mesti pasang azam lebih awal. RAJIN, RAJIN, RAJIN… Ok lah, setakat ini saja pagi ini. Nak telefon kakak cleaner minta tolong cuci rumah. Huh, alah tak semua kena rajin buat kan? uhuk….

2 Hot Vamp…

Share

vampire-diaries-cast_521x331

aku serba tiada

Share

frustLelaki takkan boleh terima pendekatan Siti Khadijah yang mengorak langkah melamar cinta Nabi. Perempuan apa ni yang terkejar-kejar lelaki seperti perigi mencari timba. Lelaki hanya boleh terima sunah Nabi kahwin empat itu sahaja.

Apabila Kita dibeza-bezakan

Share

339721

Ada org dilimpah Kurnia kasih sayang. Di sisinya sentiasa ada yang sayang. Mana-mana pergi mendapat kasih dan manja. Patah tumbuh hilang berganti. Tidak putus rasanya cinta di dada. Tiada putus juga cinta diberikan. Hingga terkadang sukar membuat pilihan. Betapa banyaknya org mahu mencurah cinta. Ada sahaja yang menghulurkan manja. Begitulah nilainya dilahirkan cantik.

Ada pula yang sering sendiri. Cinta tidak pernah datang walaupun tak mencari. Kalau mencari pun takkan ketemu. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Yang indah-indah hadir cuma sementara. Esok dia kan kembali sendiri. Hanya bertemankan setiap kenangan yang dikutip. Tiap kenangan itu pula memakan diri. Memamah hati jadi lumat. Dia mengukur nasib diri di badan sendiri.

Valentine’s Day

Share

VALENTINES DAY
Dia Bukan Jodoh Dari Tuhan
Kita berasa kita mampu menjaga dia dengan baik kerana kita menyayangi dia. Kemudian kita merayu-rayu kepada Tuhan agar ‘bukakan lah pintu hatinya untukku’ walhal sudah jelas hatinya tertutup kerana ketentuan Tuhan begitu. Kalau dia jodoh dari Tuhan pasti segala-galanya sudah selesai. Dia dah pun jadi milik kita. Ada juga di antara kita meminta kepada  alam semesta, ‘angin sampaikan salam rindu’ atau ‘langit kiranya dia merenungmu katakan aku cinta padanya’ dan macam-macam lagilah kalau kita sudah kena angau cinta. Kemudian apabila kita tak ditakdirkan hidup bersama dia, kita mendengar orang menenteramkan hati kita, ‘kau akan bertemu orang yang lebih baik lagi’ padahal hakikatnya dialah yang terbaik ditemui selepas dua tiga orang kita temui sebelumnya, jadi siapa lagi yang lebih baik? Atau pernah dengar kata-kata ini, ‘doakan dia bahagia’ huh, mana mungkin hati kecewa kita mahu jujur mendoakan kebaikan mereka. Tadikan kita dah konfiden akan lebih sayang dan kononnya terbaik untuknya pada setiap sudut. Hati pasti akan terlintas tengoklah, apa akan jadi akan datang—Bagi yang memilih cantik, cantik itu akan luntur, yang memilih kurus, kurus boleh jadi gemuk, yang memilih kaya, kaya boleh jadi papa. Ada dendam kesumat di situ. Walhal, kita tak sedar pada kuasa cinta. Bagi yang bercinta seperti dia pastinya akan menerima seadanya jodoh pilihannya—Biar yang cantik boleh luntur, yang kurus jadi gemuk atau yang kaya jadi papa. Kita juga tak sedar dalam kita bertegas kita lah paling cinta dia, paling sayang dia, paling mampu menjaga dia, manalah tahu, orang lain itu juga lebih cinta dia, lebih sayang dia dan lebih baik menjaga dia daripada kita.

VALENTINES DAY

Terkadang kita tak tahu apa rahsia kehidupan ni. Hidup yang penuh mistik, tak kira pahit atau manis, mahu atau tidak kita kena tempuhi juga. Kalau nak faham mengenai hubungan cinta dan persahabatan lebih lanjut, pergi pawagam, tontonlah Valentine’s day. Kisah kehidupan sekumpulan manusia yang biasa ada di sekeliling kita dan mungkin salah seorang daripadanya ialah kita sendiri. Pelakonnya hebat-hebat, Ashton Kutcher, Jennifer Garner, Jessica Alba, Jessica Biel, Bradley Cooper, Eric Dane, Patrick Dempsey, Jamie Foxx, Anne Hathaway, Queen Katifah, Taylor Lautner, Taylor Swift dan JULIA ROBERTS. Pengarahnya ialah pengarah sama untuk filem Preety Woman.

VALENTINES DAY

“I bet you’ve had a hard time walking into a room full of people on your own, right? Yeah. I know that. I know what it is not to feel like you’re in the room until he looks at you or touches your hand or even makes a joke at your expense, just to let everyone know… you’re with him. You’re his.” –Patricia, P.S. I Love You

“I’m just a girl, standing in front of a boy, asking him to love her.” –Anna, Notting Hill

“I’ve got ten bucks in my pocket, I have no-nothing to offer you and I know that. I understand. But I’m too involved now. You jump, I jump, remember?” –Jack, Titanic

“Honestly, if you’re not willing to sound stupid you don’t deserve to be in love.” –Emily, A Lot Like Love

“So it’s not gonna be easy. It’s gonna be really hard. We’re gonna have to work at this every day, but I want to do that because I want you. I want all of you, forever, you and me, every day.” –Noah, The Notebook

“Every morning I still wake up and the first thing I want to see is your face.” –Gerry, P.S. I Love You

VALENTINES DAY

“I hate the way you talk to me, and the way you cut your hair. I hate the way you drive my car. I hate it when you stare. I hate your big dumb combat boots, and the way you read my mind. I hate you so much it makes me sick; it even makes me rhyme. I hate it, I hate the way you’re always right. I hate it when you lie. I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry. I hate it when you’re not around, and the fact that you didn’t call. But mostly I hate the way I don’t hate you. Not even close, not even a little bit, not even at all.” –Kat, 10 Things I Hate About You

“I dream about being with you forever.” –Bella, Twilight

“I came here tonight because when you realize that you want to spend the rest of your life with someone, you want the rest of your life to start as soon as possible.” –Harry, When Harry Met Sally

VALENTINES DAY

“It may be a week, or a month, but if you can wait, I will find you.” –Cris, Next

“You must know… surely, you must know it was all for you…If your feelings are still what they were last April, tell me so at once. My affections and wishes have not changed, but one word from you will silence me forever. If, however, your feelings have changed, I will have to tell you: you have bewitched me, body and soul, and I love, I love, I love you. I never wish to be parted from you from this day on.” –Darcy, Pride and Prejudice

“Shut up; just shut up. You had me at hello.” –Dorothy, Jerry Maguire