Masculine

Share

Ini keluaran terbaru Maskulin (Mixie, aku support majalah kau tau). Cover terbaru Miller pelakon Indonesia berasal dari Malaysia.

Aku terjumpa artikel aku menulis untuk majalah Maskulin suatu masa dulu. Masa tu pun aku masih bertugas di Karangkraf. Hm, lama juga tu. Ruangan Perhubungan itu aku isi setiap bulan. Judul dia aku sudah lupa tetapi artikelnya seperti di bawah….

Ejoy your reading…

Ketika mengikuti kursus bina insan anjuran kerajaan Selangor sebulan lalu, salah seorang fasilitator membentangkan topik yang cukup menarik, ‘Soal Hati’. Semua yang hadir ditanya, pernah kah hati terusik melalui pandangan pertama? Padahal itulah pertama kalinya bersua, belum pernah kenal atau berbual-bual. Tiba-tiba sahaja hati jatuh suka pada si dia. Lahir sebuah perasaan halus yang sukar untuk dimengertikan. Tidak mengapa katanya. Soalnya hati! Bagaimana pula jika pertemuan yang berlangsung di tempat dan waktu yang salah.

Kembali kepada hati mulus seorang wanita yang mudah terusik terutama mendapati anda adalah orangnya. Dia yakin dengan hatinya, bukan lagi perasaan yang datang dan pergi seperti sebelum ini. Sesuatu yang luhur telah hadir meresap ke lubuk hati di luar sedar si gadis. Dasyat sungguh penangan cinta. Sekali lagi, soalnya hati. Dia tidak pernah mengundang rasa cinta atau sayang itu bertandang. Lebih-lebih lagi kalau datangnya diiringi sebuah penyeksaan dan penderaan jiwa dek pertemuan yang berlangsung di sebuah kelab di mana semua orang hanya mahukan hiburan yang berbentuk sementara. Sayangnya perkenalan di ruang ini juga hanya berteraskan, ‘touch and go’.

Tamparan lebih hebat lagi apabila si gadis tahu pandangan masyarakat terhadap wanita yang berada di tempat serupa itu. Biarpun cara sosial atau niat seseorang takkan serupa, yang hitam itu tetap hitam. Malah, anggota sosial itu sendiri memandang serong sesama mereka biarpun sedang berada di bawah satu bumbung. Padahal sama-sama berbuat ‘hevoc’. Mungkinkah masing-masing merasakan diri paling bagus. Ah, aku kemari hanya untuk suka-suka. Aku gemar berdansa diiringi dengan muzik segar lagi terkini. Apabila hati sudah terusik, maka jiwa tidak lagi tenteram biarpun berada di dalam suasana yang bingit. Dia menjadi murung kerana menerima hakikat perhubugan ini tidak akan ke mana-mana. Kesal sekali dengan situasi begini. Alangkah indah sekiranya pertemuan berlangsung di dalam suasana yang berbeza. Tidaklah diri dipandang serong sebegini oleh si pujaan hati.

Lelaki! Buat lelaki yang hebat dari segi sosial. Tidak mengira pergaulan atau adaptasi gaya hidup. Sejahat mana pun dia, wanita suci juga yang bakal dicari. Bukan menuduh tetapi sebuah hakiki. Seorang rakan yang juga dari kaum lelaki selalu menegaskan pendiriannya. Setiap kali pulang dari kelab, akan merungut mahu lekas bertemu jodoh. Angan-angannya tinggi, mahukan seorang gadis yang baik-baik. Kami sebagai teman yang terdiri dari wanita yang tidak tergolong dalam gadis yang ingin dicarinya tentu saja kurang bersetuju. Jenuh dia dikutuk sebagai lelaki tidak sedarkan diri. “Jeff, awak tu jahat. Beranganlah nak dapat perempuan suci,” bangkang Anne penuh emosi.

“Dapat! Mesti dapat punye. Gua akan cari gadis yang cantik lagi suci,” ujar Jeff separuh sedar. Diri sendiri tidak mampu memandu lagi. Pulang pun terpaksa di hantar kami. Anne seraya memandu tidak habis-habis mengomel panjang pendek. “Orang yang baik hanya akan dijodohkan dengan insan yang baik sahaja. Sudah tertulis begitu Jeff. Orang jahat akan dapat yang jahat lah. Mana you tahu dia baik. You berkenalan dalam situasi yang berbeza. Benarkah dia tidak pernah melalui zaman silam yang penuh godaan. You’ll never know. She might be has their own social life with other group in different ways. You tidak boleh bersikap tidak adil terhadap gadis-gadis yang lebih terbuka seperti kami. Tidak semua dalam satu tandang itu busuk. You mesti bagi peluang. Gadis yang you berkenalan di dalam kelab tadi nampak okay saja,” Anne cuba bertolenrasi. “Wa tak minah ah. Gua tak minta pun nombor telefon dia,” dush, tertidur sebelum sempat isu ini dikupas lebih lanjut.

Niat sebenar Jeff ada kebenarannya. Siapa yang mahu cari pasangan hidup yang tunggang-langgang. Wanita sendiri tidak kurang begitu. Kalau boleh mahu mengelak dari memilih lelaki seperti Jeff untuk dijadikan teman lelaki. Anna sendiri tentunya inginkan lelaki yang mampu membimbingnya kelak. Namun, jika masing-masing mahu yang terbaik, diri sendiri perlu memiliki personaliti baik. Mulalah segala keburukan mahu disembunyikan. Maka wujud pula sifat-sifat hipokrit. Bukan kah lebih selesa jika anda menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Seperti yang diketahui, wanita mungkin mampu menerima keburukan diri pasangannya. Tidak mengapa baginya kerana masing-masing boleh memperbaiki diri. Setiap orang memiliki masa silam yang hitam.

Begitulah yang dialami si gadis yang mula-mula tadi. Soalnya hati! Hati dia terbuka untuk menerima baik buruk anda. Ternyata wanita masih boleh bertoleransi di dalam apa jua perkara. Wanita sering mengalah! Mereka juga lebih penyayang! A’ah, lelaki usah menafikan kerana sifat wanita yang satu ini telah diriwayatkan oleh Rasulullah sendiri sebagai memiliki sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Sebab itu juga lah doa ibu yang lebih berkesan.

BZ BZ BZ DAY….

Share

Ini bulan kedua aku bertugas di Blackbox Pictures dan keadaan semakin sibuk. Sedang aku develop drama siri a.k.a. my baby S.H.E. yang aku mula buat proposal sejak 2006 lagi tu, masuk juga rancangan bola sepak, kemudian client nak games show jugak. Tup tup… Pakar Kejelitaan Musim 3 hendak di mula penggambarannya kerana mengejar deadline dari TV3. Apa lagi segala-galanya bertumpu pada Pakar Kejelitaan dululah.

Aku mula berkampung di Yun Nam Hair Care Sdn Bhd di bangunan IGB midval. Mereka sediakan aku cubicle kecil dengan pc dan phone untuk aku selesa buat skrip. Saintifik script dengan fakta perubatan. Mahu aku pitam ni. Tapi mujur Quiss dari Yun Nam sangat membantu. Dia yang buat temu janji dengan 36 customer dan 36 lagi consultant New York Skin Solutions, Yun Nam Hair Care dan London Weight Management. Sehari ada kalanya aku interview sampai 5, 6 orang. Berbuih mulut gak la. Jumaat lalu pun buat casting dengan Zizan Nin dan Yasmin Hani. Yang lain-lain no show… susahlah gitu. Ada yang katanya tengok saja rancangan mereka yang lain-lain. Pada aku casting tidak semestinya kau tak hebat sebab setahu aku Tom Cruise dan Madonna (untuk filem Evita) pun pergi casting.

Memang ingat perlukan assistant dan ada bajet untuk itu tetapi tak apalah. Aku cuba lah dulu. Dirasakan lagi pening kalau ada dua kepala. Yang biasa aku kerjasama sibuk dengan tugas tetapnya. Jadi kalau-kalau ada ke Midval, buzz me. Entah-entah aku ada di situ boleh kita lunch sama ya. Tapi aku tetap develop projek yang lain-lain juga. S.H.E aku sedang buat presentation proposal lengkap sebab tak lama lagi nak jumpa client. Aku masih belajar jadi aku serahkan kepada Touyin yang present nanti. Katanya, you tengok I buat. Salute!

Dalam kesibukan ni, sempat aku ke party.. sambut hari jadi Nisa’ Halid. Juga melepak. tapi tak la kerap macam dulu. Berkawan tetap berkawan, jangan bila dah busy juga dah tak ingat nak jumpa kawan. Aku rasa kalau sampai tak ada masa tu tipulah. Dalam hidup ni, jadual harian kita, kita yang atur sendiri. Aku kesal juga ada kawan-kawan sudah lupa nak sambut hari jadi kawan-kawan, atau membalas sms kawan-kawan. Sebab dah ada di antara kawan-kawan juga yang tanya kenapa kawan-kawan lain tak reti dah nak balas sms.

Ah, aku tak kisah sangat. Aku enjoy dengan kerja aku kini. Keluarga pula sokong. Baru ni jumpa kakak dari Johor di rumah kak long kat kajang. Mereka tumpang seronok. Lepas ni nak pergi jumpa Ayu kat Uptown. Mungkin Rina dan Nadzim join sebab tiba-tiba mereka call dari KLCC. Datingkah? hmm.. Ayu pula katanya jangan lambat sebab dia nak cover Mentor untuk gua.com.my dia. Selamat bertugaslah. Oda ajak makan pula, mungkin aku tanya dia nak ikut ke uptown tak? Pada aku keluarga dan kawan sangat penting jadi aku selagi daya akan hargai mereka. Jangan lupa diri itu penting.

Well, see you next time…

MeMoIr…

Share

4 Mei 09 (Isnin)
Hari pertama! Hm, banyak hang out, melopong tak ada tugas. Touyin kata (Touyin dalam bahasa cina yang bermaksuk Pengarah/Director), rehat-rehat dulu. Hujung minggu nanti kita meeting. Ok bos! So kerja aku sehari dua ni menghias meja. Bilik aku duduk sangat cute. Jojo dan BB jadi teman di kamar ni. Privasi! Namanya Blackbox, tatarias pejabat, all black. Ada la putih, kelabu sana sini. Sangat cozy membuatkan aku, Jojo dan BB sering mengantuk. Kemudian aunty akan buat kopi untuk semua orang.

6 Mei 09 (Rabu)
Petang aku keluar ke Pavilion, temu janji dengan Miler, model/pelakon Indonesia yang berasal dari Malaysia. Yup, orang kita! One of us! Asalnya Ahad lepas aku tengok Cintapuccino dan ceritanya ringkas soal cinta remaja. Bila tengok end credict, keluar nama Miler. Tak perasan dia sebenarnya. Lalu aku buzz Mixie, oit kawan kau ye berlakon Cintapuccino. “Yup, dia balik minggu depan. Nak jumpa dia?” soal Mixie. “Okay!” jawab aku tersengih. Malamnya lanjut tengok wayang dengan geng.. terserempak mat salih cakap melayu tu… si Jeff… small world…

7 Mei 09 (Khamis)
Pagi ni terus ke Nikko Hotel, Simon Yam duta Canon bermesra dengan media. Projek BB dan Cicilia. Aku hanya tolong menyebuk. Touyin suruh datang tengok-tengok. Simon dan Touyin ada projek filem. Ni Jojo pecah kepala buat skrip. Jojo sedang fikirkan jalan cerita dan sebagainya. Selesai event, Touyin belanja di lobi Nikko Hotel. Aku diperkenalkan dengan adiknya Ben, pengarah untuk projek drama siri aku. Oh, ok! Esok janji nak meeting dengan dia. A brief meeting for introduction. Lepas coffee-coffee, balik office. Petang ada meeting tergempar. Sabtu Touyin bertemu orang stesen TV jadi kami bertiga kena siapkan proposal. Deadline = ESOK! BB satu proposal, Jojo tiga dan aku empat (rancangan majalah, drama siri dan short story).

8 Mei 09 (Jumaat)
Sebetulnya semua tak sihat di sini. Batuk-batuk dan BB hilang suara. Aku dah berminggu-minggu batuk. Jojo pun. Tensi donk! Kami bertiga lunch sama kat McD. Jam 3 petang, Ben masuk bilik, aku bentangkan apa aku ada dan syukur, dia suka. Dia beri beberapa tips dan akan ada lagi pertemuan susulan.

9 Mei 09 (Sabtu)
Jam 2 petang masuk office, menyiapkan proposal. Owen yang compile semua dan oleh semula ikut format. Selepas tu, pergi restoran Indonesian untuk lunch dan berbincang di situ. Nisa’ Halid join kemudian! “Dah gemuk!” usik Touyin kepada Nisa’. Terkenang masa buat screenplay HAQ…

11 Mei 09 (Isnin)
Bermulanya minggu kedua aku betugas di Blackbox Pictures. Aku cuba biasa-biasakan diri. Masuk office jam 10 pagi, itu pun office kosong. Kadang-kadang aku terlajak masuk jam 10.30 ke 11 pagi. Selepas lunch baru office penuh. Balik jam 7 malam tu pun paling awal, aku dan BB. Jojo lebih senang stayback, katanya balik rumah tak jadi kerja. Tengok TV dan tidur je nanti. Kalau hilang idea, kami ke ruang tamu menonton TV. Setiap petang akan ada secawan kopi panas di atas meja. Thanks auntie!

12 Mei 09 (Selasa)
Sikit-sikit bina watak untuk drama. Pelik rasanya, kerja aku ‘berangan’ saja. Nasib Sabtu jumpa Oda, brilliant Oda… Lunch dengan Ayu. Petang dinner dengan Ayu dan Sham pizza-pizza di OU. Aku start war-warkan pasal casting.

14 Mei 09 (Khamis)
Aku kemaruk American Idol 8. Adam Lambert dan Kris Allen sure final. Tepat jangkaan aku. Sedang syiok tengok result, Touyin Tanya, “Bila nak meeting? Nak buat pilot dah.” “Next week!” jawab aku tersengih. Bila aku tanya itu dan ini, hos nak satu atau dua? Casting bila? La la la la… Dia pandang aku, you decide lor. Aku semakin suspen. Dari hari ke sehari. Aku tahu dia nak aku belajar bercakap dan buat keputusan. Ada hadir rasa pelik juga kerana dah lama tak berfungsi otak aku. Aku suspen, gementar dan over excited juga kerana aku akan putuskan semua. Beshnyeeee….! Tetapi semestinya dengan panduan dan tunjuk ajar Touyin dan adiknya Ben. Termasuk Owen, KY dan Andy. Malam party/fashion show with Ayu and Sham at Curve.

15 Mei 09 (Jumaat)
Jumaat, Sabtu dan Ahad event client Panasonic Color Connection. Hari ini launching. Sabtu dan Ahad datang beri sokongan. Ada mini concert bagai.

18 Mei 09 (Isnin)
Aku siap-siapkan proposal untuk presentation esok. Aku masih suspen. Ada rama-rama kat perut. Pasal program sukan tu, sudah tentulah aku double suspen. Tapi kalau drama siri S.H.E. (nama projek ini dipanggil) pastinya dalam tangan. My baby okay!

19 Mei 09 (Selasa)
Pagi pergi event potential client berkaitan Menteri Besar Selangor. Event kerajaan biasalah aku menahan mengantuk. Janggal juga sebab aku terlebih over pakai. Well… Manalah pernah pergi gomen event. Petang, saat ditunggu-tunggu. Meeting tu. Aku dah agak dah, pasal sports proposal aku kena polish lagi. TETAPI.. mula-mula wat suspen juga Touyin, tapi dia approve projek S.H.E. dan yang ni Ben akan teruskan. Kata Nisa, aku kadang-kadang datang hari gagap. Nyaris! Nasib Andy back up. Hehehe… Lepas Touyin keluar, Ben ambil alih meeting pasal projek S.H.E. tu. Yay! Alhamdullilah my baby sudah dimulakan. Isnin meeting susulan, brainstorm skrip, plot cerita, acara tengok DVD, kumpul novel, TV series dan film untuk research. Bincang pasal sponsorship dan talent casting juga. ? I just cant stop smiling on this. About sports show nasib KY nak tolong. Fuh…

22 Mei 09 (Jumaat)
Aku sejak meeting lalu, dalam kepala pasal bola sepak. Nak pensan rasanya menyediakan senarai peristiwa penting bola sepak era kegemilangannya. Lunch meeting Liza/Habib. Habib pernah buat majalah Arena Bola Sepak, nasib baik! Dapat contact RTM dan sebagainya. Tks dude!

25 Mei 09 (Isnin)
Sabtu/Ahad perah otak juga fasal plot project S.H.E. (drama bersiri) tapi macam stuck je. Idea untuk novel pula mari. Jadi aku sentuh sikit novel hari ni. Tiba-tiba pula Owen bertanya mengenai football. Mesti touyin tanya tu. Lalu KY aturkan mesyuarat. Sekarang, jam tiga lebih. Berterabur aku sediakan paper, Photocopy bagai. Kala Touyin aka bos aku baca paper football aku, macam-macam ayat aku baca dan bawah meja cross finger. Hm, Berjaya! Dia suka dan proceed. KY akan direct program ni. Lepas Touyin keluar, aku meeting adik dia, Ben pula dengan KY, Owen dan Cecilia fasal drama siri. Aku sediakan list client aku nak untuk apartment, studio apartment, outfit, makeup, skincare dan prop. Mendapatlah! Ben aturkan next meeting kami next Monday. Aku perlu sediakan script at least 4, 5 episode untuk lock location dan budget. Aaarrr… aku menganga…

27 Mei 09 (Rabu)
Semalam aku tengok DVD dan Video Music nak cari ilham. Pagi ni aku masuk jam 11 pagi. Aku dua hari ni memerah otak. Baru dapat episode pengenalan. Nak capai 24 minit = 14 muka surat (1 minit = 1 muka surat) pecah kepala jugak. Sikit, sikit aku build up plot. BB meeting hari ni untuk Chinese drama. Nampaknya kena reject lagi. Kasihan aku kat dia. Malam, melepak pula dengan Oda, Shafieq, kawan Shafieq, Sham, Ed dan Alifku. Oda tolong tengokkan plot aku tu… nasib ada Oda, thanks dude… Entah bagaimana, midnight, ilham datang. Selesai dua episode.

28 Mei 09 (Khamis)
Hari ni ambil cek kat Astro dulu, masuk office jam 11 pagi. Sepi! Oh, hari ni diorang keluar shooting iklan. BB pula meeting ngan Nicole fasal drama Cina yang tak lepas-lepas. Sepatutnya aku dan BB pergi tengok movie preview pagi ni. BB tanyakan, Touyin kasi katanya. Bagusnya bos aku tu. Patutlah BB bersungguh-sungguh nak buat drama terbaik untuk Touyin. Aku pula jadi tertekan sebab kalau boleh tak nak menghampakan touyin. Nak buat the best of the best. Jam 3.30 BB masuk, katanya dia tak jadi meeting. Jojo sejak dua hari ni dia tak masuk. Dia jadi pengacara rancangan Cina kat Astro. Sehingga petang, aku berusaha bina skrip dari plot aku bina semalam untuk dua episode. Wish good luck for me!

29 Mei 09 (Jumaat)
Hari ini office kosong. Aku sempat pergi bayar bill dan bank in cek. Tadi pun kat rumah sempat goring telur dan breakfast sambil tengok TV. What a life… leasure begini rasanya lebih tenang. Tak terkejar-kejar. Tapi kalau dah project jalan, shooting, memang memenatkan. Tapi sepengalaman aku, memang mencabar dan menyeronokkan. Masa shooting Ratu, aku tak involve sangat. Tapi masa filem HAQ.. hm… seronok abesss… Tapi I have a good feeling about my own baby… dua project TV magazine dan Drama series ni. Aku yang terbit, suka hati aku nak buat apa, nak demand apa. Aku rasa, aku paling cerewet dan demanding. Hm.. kita tunggu dan lihat, Oda kata production ni macam main masak-masak. Aku rasalah sebab kala nak siapkan project aku terutamanya untuk drama siri, berangannnn je kerja kami. Okay, hari ni auntie dan kakak receptionist cuti. Rindu coffee auntie.. “Coffee?” soalnya selalu. Dah manja.. selama ni kacau air sendiri pun. But, so far I enjoy every minute of the day. ? Thank God for your blessing. Thanks mom and dad… family… yang tak bising banyak kala aku cakap nak berhenti dari Astro. Kalau dulu dari Malaysia Airlines nak ke dunia wartawan… mereka paling risau. Kini mahu beralih angin dari dunia majalah glossy ke production house, mereka senyum dengan keputusanku. Well, I’m in…

Are You Super Hot?

Share

We have the boys…

Now… We search for a gurlssss…. Super hot girls….

Still need new hot boys and girls…

IF YOU SUPER HOT… DO EMAIL YOUR BIO, PORTFOLIO & CONTACT NO AT marinimz@blackboxpic.com cc marinimz@gmail.com

SEE YOU SOON!

Infidelity

Share

Perkara paling mahu dihindari dalam sesebuah hubungan adalah infidelity atau kecurangan. Namun bagaimanakah keadaannya jika ia tetap terjadi? Sebuah kisah yang dambakan penyertaan anda… Sudi-sudikan berkongsi pendapat anda mengenainya….

Lingkaran hidup penuh kisah tidak terduga. Ada hubungan berantakan, ada juga bahagianya berpanjangan. Sebagai seorang setia, pastinya kecurangan oleh pasangan hidup atau kekasih sangat melukakan. Kecewa tidak terkira, kalau boleh mahu hilangkan diri daripada dunia. Tetapi bagi kamu jika dipihak yang melakukan kecurangan, dirasakan hadirnya perasaan kasih sayang kepada insan baru bukan kemahuan diri. Keadaan yang sukar diungkapkan kerana ia hadir dengan sendirinya. Kononnya!

Aril dan Melissa ialah sepasang kekasih yang telah mengikat tali pertunangan setahun lalu. Mereka bagai tidak boleh dipisahkan lagi. Seluruh keluarga dan sahabat taulan menganggap mereka paling ideal, romantis dan tidak boleh dipisahkan lagi. Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah Melissa memperkenalkan teman lamanya Zalea kepada Aril. Sejak hari itu, kedua-duanya tertarik di antara satu sama lain. Tanpa pengetahuan Melissa, Aril sering mencuri peluang bertemu Zalea. Manakala Zalea sendiri hanya mengikut rentak lelaki kacak itu.

Bukan dia buta dengan keakraban tunangannya dengan teman baiknya. Bagi Melissa yang mengetahui latar-belakang Zalea pula hanya membiarkan keadaan itu. Dia sekadar berbaik sangka. Zalea hanya memerlukan perhatian kerana kehancuran keluarganya. Takkan dia sanggup berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri. Sedangkan perkataan itu adalah satu kepantangan dalam hidupnya. Ibunya diceraikan kerana dihukum berlaku curang. Setidak-tidaknya si ayah mempercayai keadaan itu berlaku. Malah Zalea tidak pernah diakui anaknya. Bagi si ayah, Zalea adalah anak hasil hubungan si isteri dengan lelaki lain. Dia meninggalkan Zalea ketika dia masih bayi dan membawa anak lelaki sulungnya sahaja. Sehingga kini jejak si ayah dan abang tinggal bayang untuk dikejar. Biarpun telah berpuluh tahun berlalu, Zalea kekal tidak diakui anak gadisnya.

Melissa dipuja lelaki, Hidup Zalea Kosong

Itu sekadar anggapan Melissa. Sebaliknya, kecurangan si ibu hanyalah secebis alasan sahaja. Ternyata ibunya tidak pernah curang dan menjadi mangsa keadaan. Memang benar dia pantang mendengar perkataan curang itu. Apa pula keadaan dia dan Aril yang dipandang orang sekeliling sebuah kecurangan? Benar, dia berasa diri sangat istimewa setiap kali di sisi lelaki itu. Kekurangan diri berbanding Melissa membuatkan Zalea merasakan dirinya sering ketinggalan. Manakan tidak, Melissa sering menjadi perhatian lelaki. Dia hanya jatuh nombor dua atau tidak tersenarai langsung. Zalea selama ini kurang kasih sayang lelaki dalam hidup, pastinya sangat menghargai kehadiran Aril. Hanya kerana itukah atau tersimpan maksud lain? Tidak! Zalea tahu batas-batasnya ketika bersama Aril. Dia sedar dia terbawa-bawa dengan kekosongan hidup yang mula dirasakan terisi.

Melissa pula terlalu naif dan baik dalam mempertimbangkan sifat orang sekelilingnya. Apabila Aril kelihatan berdampingan dengan gadis lain, sahabatnya sendiri, ahli keluarga dan teman terdekat sangat bersimpati dengannya. Kebaikannya itu sangat dikagumi. Zalea punya alasan mengapa dia perlu mendampingi Aril. Melissa pula ada persepsinya sendiri terhadap Zalea dan kebaikannya memang tidak boleh dipertikaikan. Aril pula memang dia lelaki dan kerana itu sifatnya begitu. Tidak perlu ada alasan mengapa lelaki curang atau memandang wanita lain. Sememangnya itulah dia lelaki.

Benarkah Aril yang Curang?

Nanti dulu! Bersikap adil terhadap lelaki juga perlu. Menuduh melulu mereka sifatnya begitu, pasti ada yang marah. Dalam keadaan ini, Aril punya alasan tersendiri mengapa dia begitu tertawan dengan eksotiknya Zalea. Dia tertanya-tanya mengapa lelaki tidak memandang wanita beraut wajah seperti Zalea sangat cantik. Nampaknya dia salah seorang daripada mereka yang hanya memandang kecantikan seperti dimiliki Melissa paling ideal di pandangan mata. Selepas mengenali Zalea, dia jatuh simpati pula dengan latar belakang kehidupannya. Bagaimanakah agaknya jika tiba harinya Zalea mahu bernikah? Dia ada dua wali yang kuat tetapi mereka pula menafikan dia darah daging mereka? Dunia ini kadangkala tidak berlaku adil. Allah berikan akal tetapi disalahgunakan atau tidak mempertimbangkannya dengan sewajarnya.

Setelah itu Zalea juga menyedari Aril merapatinya kerana simpati. Mula-mula ada kenakalan, tarikan di antara lelaki dan perempuan. Begitu pun dia menyedari akan hubungan Aril dan Melissa tidak boleh dipisahkan. Zalea sendiri sering akur dengan kejelitaan Melissa dan dia akan kalah beribu-ribu kali. Hendak dibandingkan mereka berdua bagaikan langit dan bumi. Lalu Zalea kembali jadi penunggu sepi yang mengharapkan lelaki sebaik Aril muncul jadi penyelamatnya. Pastinya diri Aril yang telah menjadi milik Melissa takkan disentuh. Malah, kasih sayang Aril bagaikan kehadiran kasih si abang yang dipisahkan daripadanya.

Aril Tak Bermaksud untuk Curang , Tapi…

Aidil, adik kepada Aril yang menyaksikan abangnya semakin intim dengan Zalea naik berang. Dia pula asalnya sahabat baik Melissa. Kerana memperkenalkan Melissa kepada keluarga, Aril telah jatuh hati kepada sahabatnya itu. Pasti sahaja dia benci melihat Melissa diperlakukan begitu. Zalea terang-terangan menjemput Aril keluar dari kediaman mereka. Aril pula menunjukkan kasihnya depan-depan mukanya. Sehinggalah berlaku pertelagahan antara Aidil dan Aril. Sudahnya Aril mula mengesyaki Aidil sebenarnya menaruh hati kepada Melissa. Hm… Memang rumit keadaan ini..

Jadi, siapakah perlu dipersalahkan? Atau tiada siapa yang bersalah tetapi keadaan itu hanyalah kebetulan dan telah disuratkan terjadi? Masing-masing punya alasan kukuh. Hati kita pastinya ada rasa kasihan kepada Melissa, benci dengan Zalea dan menyalahkan Aril seperti Aidil. Ada pula yang kasihankan Zalea dan menyanjung Aril kerana pemikiran positifnya itu.

Tetapi lazimnya memang Melissalah heroin di sini. Dan ada pula yang mahu Melissa berdampingan dengan Aidil saja. Lupakan Aril yang semudah itu terjatuh hati dengan gadis lain hakikatnya Melissa lebih cantik dan menawan. Orang paling marah dalam soal ini tentunya mereka yang pernah dicurangi. Tidak pun kita satukan saja Zalea dan Aidil. Sebetulnya subjek ini sukar dicari siapa salah dan siapa yang benar.

Pada pendapat kamu, adakah benar Aril yang curang terhadap Melissa? Apakah Zalea sebenarnya mengambil kesempatan atas simpati orang lain? Adakah pula Melissa yang tolol membenarkan kecurangan berlaku di depan matanya? Pada pendapat kamu, siapa sebenarnya yang bersalah?

Siapa yang paling terluka?

Buat Kita Lahir Pada Tahun 1973 – 1984

Share

Tadi aku terima e-mel daripada kawan, katanya titipan e-mel daripada seorang kawannya. Mungkin bosan atau sekadar terkenangkan kisah lalu atau terfikirkan ketaranya berbezaan. Mungkin juga memikirkan bagaimana kita mampu menempuh dahulu kala tanpa teknologi. Cuba lihat sekeliling kita, masing-masing leka dengan telefon bimbit. Itu paling ketaralah.

Aku mahu berkongsi apa aku baca dan sedikit sebanyak menambahnya. Maklumlah yang mengusulkan perkara ini lelaki, jadi ada perkara-perkara yang keciciran. Katanya, bayi-bayi yang lahir pada tahun 1973 hingga 1984, kita membesar dengan menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks dan Mickey Mouse. Aku paling suka kartun JAM tentang kumpulan penyanyi wanita yang persis sekali Barbie doll. Ada juga Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Lagil satu Gaban dan Ultraman.

Berus gigi waktu rehat kat skolah rendah? Hhmm, mesti pegang cawan warna-warni kan… Mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat sebelah…

Ingat tak…?

Misi kat skolah masuk kelas dengan list dentist appointment… Pastu bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah ada gigi yang berlubang, kene laa tampal…

Ni sure korang ingat…

Program minum susu di sekolah. nak galakkan budak-budak. Masa tu minum susu… sekotak 30 sen je beb… Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen je kat kantin.

Cikgu-cikgu kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan… kan..? Aku pernah kena kutil, cubit la uols. Lepas tu ramai-ramai pergi tandas tengok merah ke tak. Paling ringan kena berdiri atas kerusi.

Masa sekolah menengah, korang mesti beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz… Atau pun kasut berzip yang boleh tukar-tukar corak. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu… Ada yang suka stoking tebal laaa… Itu lelaki. Kalau perempuan pula sekali tu trend kain senteng.

Internet? E-mel? Apa benda tu? Kat sekolah pun gilir-gilir belajar komputer. Lepas SPM ambil kelas komputer. Kira gila gempak kalau kat rumah ada komputer. Komputer ye, bukan laptop. E-mel tak ada dalam kamus hidup. Berhubung pakai surat saja. Walau pun ke luar Negara. Nak-nak bila ada pertukaran pelajar di sekolah, hot guy bermata biru. Pakai surat pun boleh…

Dulu tak perlu ada telefon bimbit tapi bila berjanji nak jumpa, masing-masing pandai tepati janji. Paling tak ada telefon publik depan sekolah. Telefon rumah yang bila nak dial kena pusing. Kalau bergayut lama sikit, kena jerit dengan ayah.

CD? DVD? Ape tu? kaset ada la…. Tiket wayang pun 5 Ringgit je…

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,

Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, ‘Ti Kam’.

Bile dah habih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng lah yang paling best sekali. Boleh beli aiskrim dengan apek kat luar sekola tuh… lotceng (macam meatball)… atau makan ABC letak jeruk mangga putik.

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok mase Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa… Masa tu boleh cerita pasal orang diminati. Mungkin kelas sebelah atau senior setahun. Lepas tu pura-pura lemah dalam subjek Sains. Belajar berkumpulan konon.

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’ , ‘Police & Sentry’, main kejar-kejar duduk… Geng perempuan main lompat dengan tali getah, main masak-masak dan lain-lain sila tambah…

Kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah-tengah! Tapi aiskrim tu ada lagi sekarang pun.

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling-baling kapur laa.

Hmm…budak-budak sekarang, bagi diorang, mana pernah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ atau kenal dengan NKOTB masa remaja mereka. NKOTB who? New Kids On The Block la ngok. Yang diaorag tahu, Westlife nyanyi…bukan Billy Joel atau Tiffany, Debbie Gibson nyanyi…

Kaorang ada rock kapak macam Gun N Roses, rambut panjang mengurai macam Search, Wings dan lain-lain… hehehe… tak sanggup nak sebut. Ada? Kau ada?

Siapa suka tengok T J Hooker? Chip? Charlies Angles? Little House on The Praire? Kemudian siri komedi Full House? Growing Pain? Fresh Prince of Bell Air?

Bagi diorang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorangg lahir.

CD pun wujud time diorang lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorang percaya Spiderman dan Incredible Hulk tu filem-filem baru.

Mereka berfesyen sekarang pun kembali pada era kita membesar dulu.

Nak hias rumah tiru konsep retro.

Diorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.

Diorang tak pernah tau pun ‘Atari’ dan ‘Game & Watch’. (erk, yang ni aku pun tak berapa pasti?)

Diorang tak percaya penah ada TV hitam putih… dan diorangg sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.

Dan diorang tak faham macam mana kite boleh survive dekat universiti tanpa handphone…

Hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. Kaorang faham apa yang kaorang baca kat atas ni, dan kaorang sedang tersenyum

2. Kebanyakan member-member sekolah menengah kita dah kahwin

3. Kaorang sure pelik bile tengok budak-budak kecil main komputer, selamba je (lima tahun dah pakai cermin mata tebal).

4. Kita geleng kepala bila tengok budak-budak sekolah menengah guna handphone

5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. Bile jumpe member lama dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite-cerita lama, cerite kelakar yang kita alami masa dulu time kecil, nakal-nakal dulu…

7. Last sekali, bila dah baca testimonial ni, kaorang akan terfikir untuk forwardkan dekat member-member lama kaorang.Sure diorang suka punya laa…heheh

Tapi apa yang pentinglahkan. Bila kenangkan saat ni semua dengan mendalam, mungkin ada di antara kita mengalirkan air mata..

Yelah mana taknya budak zaman sekarang walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yang sebegitu lagi..

Sayangnya masa begitu pantas berlalu…Dimanakah kita??

Aku nak tambah di sini, dalam pantasnya masa berlalu. Sepanjang tempoh ini ada yang menemui kebahagiaan, ada yang keciciran, ada yang lupa diri, ada yang gila glamor, ada yang jauh terpesong, ada yang berjaya, ada yang masih tidak bertegur sapa, ada yang kehilangan orang tercinta, ada juga di antara kenalan kita telah pun pergi mengadap Ilahi. Betapa hidup dirasakan sangat singkat… Lakukanlah apa yang sepatutnya…

Halo April…

Share

Catatan hari ini…

 

Aku punya bermacam-macam rancangan untuk tahun ini. Jalan aku mahu terbuka luas dan aku sedang menyusurinya kini. April sering menjadi bulan paling bertuah buat aku. Masih aku ingat, hari pertama aku bertugas di Malaysia Airlines dulu pada tarikh hari lahirku, 3 April. Lupa pula kala bertugas di Karangkraf, tapi masuk Berita Publishing juga pada hujung April. Masuk Astro pula menjelang April.

 

Tahun ini aku tertunggu-tunggu April menjengah. Mahu memulakan destinasi baru pada pertengahan April dan April tahun ini juga aku ingin beberapa perkara berlaku selain ulang tahunku. Insya-Allah! Hm, dirasakan masa sudah terlalu suntuk dan sudah-sudahlah saat enjoy. Banyak sangat bulan madu dalam kehidupan, nanti keciciran semua. “Kotak Hitam”… Mereka sedang menantiku. Tunggu!?! Aku kan datang…

 

Fasa kehidupan yang menguja. Kalau dulu asalnya kerja dalam perakaunan (MAS), aku bertukar kerja ke penulis majalah (Karangkraf, Berita Publishing dan Astro). Kini aku menghabiskan tempoh sebulan sebagai Penolong Editor majalah sebelum meninggalkan dunia Media. Aku tetap menulis tetapi bukan sebagai orang Media lagi. Pertukaran kali ini nyata bukan asing bagiku. Malah jadi pengalaman berharga dalam hidup. Rasa tak percaya pun ada. Pelik? Mendebarkan? Ke mana aku nak pergi biarlah aku simpan sampai pertengahan April.

 

Sudah-sudahlah spekulasi aku pergi majalah A, majalah B, majalah C. ya?

Ciao!! Come Stai?

Share

Hello! Apa khabar? Maknanya… Nah tataplah koleksi cerpen aku yang pernah tersiar di majalah. Komen ya? Sebab seorang teman cakap, aku asyik tulis cerita mesti sad ending. Tak pernahnya ada happy ending. hmm..

Majalah Bola Sepak

Cerpen

1996

Marini Mat Zain

KIRANYA KU TAHU

Fikiran Shila melayang jauh. Dia mengeluh dan mengubah posisi duduknya, meniarap ditilam empuk. Apa sudah jadi dengan aku sehingga rosak satu hubungan baik antara dua sahabat. Memang benar dia terlebih dahulu mengeli Feyroz, namun dirinya ragu-ragu kerana ternyata perbezaan antara mereka amat ketara bagai langit dengan bumi. Siapalah dia sedangkan Feyroz bila-bila masa boleh dapatkan seorang ratu.

Shila kurang pasti kenapa dia masih lagi mahu bersama dengan lelaki ego itu padahal berjela-jela banyaknya yang negative dari positif tentangnya. Terpengaruh kerana popularitinya atau tidak, diam tidak diam sudah empat tahun dia menjadi milik Fayroz. Err… pembetulan!! Salah seorang dari puluhan gadis yang menjadi milik lelaki itu. Ada satu kali tu, Feyroz menjalani latihan di Jerman Barat. Hampir tiga bulan lamanya di sana.

Sebelum Feyroz pergi memang mereka ada krisis. Siapa tidak sakit hati… berbulu biji mata Shila membaca gossip Feyroz dengan seorang gadis di majalah. Siap dengan gambar sekali. Comel budaknya… mesranya bukan main.

“Alaa… Peminat biasa tu. Kebetulan saja. Kau tidak boleh percaya sangat, biasalah wartawan.”

Ah, Feyroz. Dia memang tidak pandai goring orang. Bijak mereka-reka bermacam cerita tetapi satupun tidak masuk akal. Ingat aku bodoh! Shila mengamuk sakan… Tahu sendirilah, mulut lazer Shila kalau dia sudah naik hantu. Semua bahasa kotor keluar.

“Tak adalah! Takkan kau nak percaya cerita-cerita macam tu. Shila, mulut tu jaga sikit.”

“Mulut aku, aku punya sukalah nak kata apa. Kau tu… Entah bohsia mana yang dia pungut.”

“Kau jangan cemburu buta…”

“Hey! Kau ingat aku tidak tahu perangai setan kau tu. Jantan tak guna…”

“Shila!” Celah Feyroz geram…

“Kenapa? You want to beat me? Beat me… Beat me.” Tempik Shila bagai dirasuk.

“Kau jangan Shila…”

“Beat me! Beat me!”

Akhir sekali, Shila mendapat satu penangan. Sedap saja penampar hinggap ke pipi gebunya. Ini bukan pertama kali… Kadang-kadang Shila rasakan dia tidak ubah seperti bola yang tiap-tiap hari Feyroz sepak terajang di padang tu. Salah aku juga… mulut cabul…

Warkah

Selama tiga bulan Feyroz di Jerman, tiada satupun khabar berita yang Shila terima. Tiada panggilan telefon. Tiada juga warkah-warkah biru mengundang. Apakah dia sudah putus asa melayan kerenahku. Shila tahu dia memang berperangai buruk, kasar, mulut cabul dan macam-macam…

Barangkali Feyroz dambakan seorang gadis lemah lembut, pemalu dan ayu seperti gadis manja bersamanya di majalah itu. Sebaliknya semua itu bertentangan dengan sifatku. Aku juga tidak pandai bermanja-manja. Akhir sekali, Shila yang putus asa.

Shila membuat kesimpulan sendiri… Antara dia dan Feyroz tiada lagi kemesraan, dan dia tidak boleh lagi mengharapkan kepadanya. Tapi dua minggu yang lepas, Feyroz dan pasukannya kembali…

Sementara itu Azam Shah yang tidak turut serta bersama pasukan ke Jerman Barat akibat kecederaan di lutut kanan, sekadar menjalani latihan dengan pasukan pelapis selain Azam, Izat dan Kamal yang mengalami nasib sama.

Pada awalnya dia sedikit terkilan tapi kini tidak lagi. Sejak tiga bulan kebelakangan ini, Azam semakin intim dengan seorang gadis.

Sesingkat waktu dia Berjaya mengubah si gadis dari seorang yang macam-macam kepada yang lebih baik.

Azam tahu, Shila adalah teman wanita Feyroz tapi dia punya alasan tersendiri bahawa dia bukanlah seorang perampas. Ini kerana dia sendiri tidak pasti siapa sebenar teman wanita paling istimewa Feyroz. Mungkin bukan Shila…lagipun dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi dua minggu sudah Feyroz kembali…

“Apa ni… Mana satu yang kau nak?”

“Dua-dua boleh?” Shila sengih.

“Kau ni!” Nora menumbuk bahu Shila. Orang tanya betul-betul, dia main-main pula.

“Entahlah Nora. Aku sendiri serba salah.” Air muka Shila berubah.

“Dari pandangan aku… Tidak guna kau berkawan dengan Feyroz semula. Ramai sangat teman wanita.”

“Tapi dia baik terhadap aku.”

“Baik kata kau… yang selalu kena sepak terajang tu bukan kau?” soal Nora sinis.

“Itu masa bergaduh. Lagipun aku yang mulut cabul,” bela Shila tetaqpi mendatar.

“Orang lainpun gaduh juga, tau taqk? Tapi tak adalah sampai jadi macam kau… makan penampar.”

Suasana sunyi seketika. Masing-masing melayan perasaan…

“Shila, semenjak kau rapat dengan Azam banyak perubahan yang aku lihat.” Nora memecah kesunyian kala itu.

“Ah, Nora! Manusia ni boleh berubah.”

“Nyata Azam Berjaya didik kau lebih baik dari Feyroz, dan aku harap jangan kau buang masa dengan si Feyroz tu lagi.”

Tersentuh

Kau tidak faham Nora, soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa. Ingatan Shila kembali menerawang kejadian dua minggu lepas. Hati Shila benar-benar tersentuh kerananya.

Sebuah teksi berhenti betul-betul di luar pagar rumah Shila. Feyroz membayar tambang setelah mengeluarkan beg-beg besar dari perut kereta. Bulat mata Shila memerhati. Feyroz sudah balik! Shila membuka pintu pagar, dapat dirasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Feyroz. Nyata kesayuan terpancar dari anak mata beningnya. Feyroz mencapai beg kertas. Dikeluarkan satu persatu isi beg itu. Beberapa botol minyak wangi dicampaknya. Berkecai-kecai botol-botol itu pecah di atas jalan bertar. Bebrapa helai baju T pula dicampak ke dalam longkang yang sarat dengan air longkang. Apa sudah jadi ni…Shila menghitung sendiri…

Rupa-rupanya sebaik sahaja tiba di bumi Malaysia, Feyroz telah mendapat satu cerita dari seorang rakan. Siapa tidak kecewa bila mendengar… “Feyroz, Shila kau keluar dengan budak baru…” Tanpa pulang ke rumah. Feyroz bergegas ke rumah Shila di Cheras.

Minyak-minyak wangi dan baju-baju T itu adalah cenderahati yang dibelinya dari Jerman khas buat Shila. Shila tidak menduga sama sekali Feyroz masih mengingati dirinya. Aku tidak tahu apa yang telah merasuk fikiranku. Maafkanlah… maafkanlah diriku. Aku tidak tahu… Jika tidak mungkin semua ini tidak akan terjadi…

“Daud! Saya nak awak berterus terang. Punca sebenarnya…” coach Karim tidak sudah-sudah bimbangkan kejadian tempoh hari. Dia tiada cara lain selain dari bertanya kepada rakan terdekat Feyroz dan Azam.

Daud tergaru-garu kepala yang tidak gatal… serba salah jadinya. Bukan tidak boleh buka cerita tetapi ada satu cerita lain lagi terbongkar kelak.

“Well…ceritalah!!” Desak coach Karim dengan renungan semacam. Kumis tebalnya pun, Daud Nampak semacam. Ini yang Daud tidak sanggup nii… Nak tak nak…

“Sebenarnya.. Sebenarny…”

“Sebenarnya apa?”

“Sebenarnya berkaitan dengan Feyroz.”

“Ya, teruskan…”

“Feyroz naik angina bila dapat tahu Azam rapat dengan kawan dia sepanjang dia berada di Jerman.”

“Lagi…”

Ada lagi ke? Daud menggaru kepala… “Kawan Feyroz tu perempuan.”

Itu yang aku hendak dengar. “Jadi semua gara-gara perempuanlah?”

Aku seperti tidak percaya… coach Karim tidak sangka. Tidak pernah terlintak dibenaknya semua itu angkara seorang gadis. Lelaki apa ni… coach Karim mengomel panjang pendek.

“Tapi dia bukan sembarangan perempuan…” celah Daud.

“Kenapa? Dia anak datuk ke?”

“Bukan!”

“Ratu cantik atau artis jelita? Apa yng luar biasanya gadis itu?”

“Dia…” Daud teragak-agak.

“Dia apa?” jerkah coach Karim tidak sabar lagi.

“Dia anak coach!” Melopong mulut coach Karim tidak percaya. Anak aku! Anak Aku…! Coach Karim terduduk…

Majalah Keluarga

Cerpen

Jun 2002

Marini Mat Zain

SEANDAINYA MASIH ADA CINTA

Wahida terjengket-jengket mencapai Johnson’s Baby Oil di atas kabinet. Sesak nafas dibuatnya. Kebelakangan ini cepat benar dia kepenatan. Perut berusia tujuh bulan dirasakan senak. Terik kerana hendak membesar lagi. Aduh, cukuplah! Sekarang ini pun dirasakan tak larat nak bawa.

Perlahan-lahan dia menghampiri katil mengangkat kaki bersarung, selesa berlunjur beralaskan bantal. Badan disandar kemas dengan dua biji bantal. Baju diselak menampakkan perut yang memboyot. Baby oil dituang ke tapak tangan. Kemudian dilumur ke perut yang terdedah tadi.

Diusap perut yang memboyot itu perlahan-lahan. Bibir munggil Wahida menguntum senyuman. Matanya melekat di pertu seolah-olah tembus ke dalam. Bagaimanakah agaknya rupa penghuni di dalam. Biarlah ikut rupa ayah tapi jangan pula ikut perangainya sudah.

“You are the special gift that given to me in my life. Of course your father was the first gift came into my life,” bisik Wahida penuh kasih sayang. Pandangannya beralih ke luar jendela. Salji mulai turun sejak semalam mengundang rasa sejuk lebih dari kebiasaan. Pengalaman pertama bagi Wahida sejak menjejakkan kaki ke kota London.

“Along!” Anna menyiku Along, manakala Along mencuit Wahida yang sedang leka menggonggong buku-buku kuliah.

“Assalamualaikum,” sapa Ammar.

“Waalaikumsalam,” sahut Along dan Anna hampir serentak dengan senyuman melerek.

“Nak ke mana ni?” Ammar ramah menegur seperti kelazimannya.

“Nak baliklah. Kami dari perpustakaan.” Along sebagai yang tertua menjadi jurucakap. Anna angguk menyokong Along, seraya membetulkan jaket tebal melindung diri dari kesejukan cuaca awal tahun. Wahida pula kelihatan agak resah.

“Cuaca sejuk ni. Apa kata kita pergi pekena minuman panas. Saya belanja,” pelawa Ammar tersenyum lawa.

Ah, bukan dia tidak tahu maksud di sebalik kebaikan Ammar.

“Wai balik dulu. Kalau you all nak join Ammar, pergilah. Jumpa di rumah nanti,” Wahida segera melangkah meninggalkan Along, Anna dan Ammar dalam tanda tanya.

Along sudah masak perangai Wahida. Dia sering mengelak jika ada lelaki yang berminat untuk mendekatinya. Bukan seorang yang menjadikan Along tempat mereka merujuk apabila kecewa dengan tingkah Wahida, menolak bulat-bulat kasih mereka. Along tunggu saja giliran Ammar dating menghadapnya kelak.

Siapa yang tidak kenal Alongl, kakak paling senior di kalangan mereka yang bertindak sebagai pelindung terutama kepada adik-adik yang baru hendak memulakan corak langkah di kota London. Along tidak pernah lokek berkongsi pengalaman dan sentiasa senang memberi tunjuk ajar. Di rumah sewaan, Alonglah kakak dan ibu kepada Wahida, Anna dan Zalia.

Ketika balik bercuti ke Malaysia, Wahida beria-ia mahu mengikut Along balik ke UK. Nak sambung Master katanya. Tapi sebelum itu, dia mahu menyesuaikan diri dengan kota London terlebih dahulu dengan mencari kerja sambilan dan ambil kelas Bahasa Inggeris. Seperti yang Along buat masa mula-mula dating ke London dulu. Sanggup Wahida berhenti kerja sebagai pegawai kanan bahagian penempahan tiket, di Penerbangan Malaysia lebih awal setahun dari kemasukan pengajiannya.

Setelah berbulan di sini barulah Wahida berterus terang dengan Along. Antara sebab dia mahu merantau adalah kerana perutnya yang semakin membesar. Bumi Malaysia pastinya tidak mungkin menerima keadaan dia mengandungkan anak di luar nikah. Namun Along tidak pernah tahu siapa bapa kepada Hafizi, si comel yang kini menjangkau usia dua tahun.

Serik Dengan Lelaki

Wahida sendiri tidak pernah tidak mahu menyebutnya jadi Along tidak berhajat untuk bertanya sahabatnya itu. Lebih-lebih lagi Wahida sememangnya seorang perahsia dan pemendam rasa. Biarlah. Tiba masanya pasti Wahida sendiri akan bersuara. Nyatanya melihatkan Hafizi, Along pasti anak petah itu memiliki rupa paras ayahnya. Kulit yang putih melepak, membuatkan bibirnya sedikit merah. Tatkala tersenyum terbit dua lesung pipit kecil di kiri kanan bawah bibir. Rambut sedikit perang, lembut apabila dibuai angin. Hidungnya yang mancung menyerlahkan ketampanan yang diwarisi daripada si ayah. Kesemua ciri yang tiada pada Wahida.

“Wai apa khabar?” tegur Ammar dari belakang.

“Terkejut Wai. Baik saja,” acuh tak acuh Wahida melayan Ammar. Kaki terus mengorak langkah keluar dari perkarangan Westminster University.

“Aku temankan kau pulang,” Ammar menawarkan diri.

“Tak usahlah. Aku tahu jalan sendiri,”

“Apa salahnya aku menemani kau.”

“Usah buang masa kau Ammar.”

“Aku ikhlas ni!”

“Aku ikhlas”. Ungkapan itu membawa Wahida ke alam lain. Suatu ketika dulu Izi pernah cuba menyakinkan dirinya seperti yang cuba Ammar lakukan sekarang.

“Tak percaya? Kat meja makan nanti you tengok dalam-dalam ke anak mata I, I nak teruskan,” katanya begitu menyakinkan. Izi menjeling manja ke arah Wahida di sebelahnya sambil memutarkan stereng membelok ke sebuah restoran di USJ.

“Aku ikhlas!”

Ikhlas konon. Ammar membawa Wahida kembali ke alam nyata.

“Nak aku tengok ke dalam anak mata kau?”. Ah, dia sudah hilang kepercayaan terhadap laki-laki sejak tiga tahun dahulu. Sehingga hari ini dia benar-benar serik,

“Kenapa dengan kau ni? Besar sangat ke dosa aku menyayangi kau?” Wahida mempercepatkan langkah meninggalkan Ammar terpingga-pingga. Cakaplah apa pun namun nama nak percaya kau, tidak sekali. Untuk kesekian kalinya, Wahida pergi lagi kea lam lain.

“I tak menjanjikan apa-apa tapi kita akan teruskan dan tiba suatu peringkat kita akan bincangkan, to go more deeper. Who knows! Wai, I tak akan lepaskan you. I will take care of your fragile heart,” Izi mencium jemari Wahida.

“Perkenalan Along, Hafizi kawan saya dari Universiti Manchester,” Ammar sopan memperkenalkan sahabatnya itu kepada seisi rumah.

“Ini Along, Anna dan Zalia,” mereka bersalaman.

Kacak sungguh kawan Ammar ini. Di manakah dia bersembunyi selama ini? Tersenyum sumbing Anna menyiku Zalia. Sesuai sungguh dengan namanya Hafizi, seorang Hafiz Al-Quran. Zalia membalas senyuman Anna saling memahami apa di fikiran masing-masing.

“Nak neneng!” semua mata bertumpu kea rah suara itu. Hafizi merenung wajah kecil itu dalam-dalam dengan debaran di dada. Comel sungguh anak ini. Anak siapakah ini?

“Huh, ini pun Hafizi namanya. Hafizi junior. Sini sayang,”

“Nak neneng,” pelat suara halus itu mencuit hati sesiapa sahaja.

“Zalia, ambilkan botol susu dia,” Along menunjukkan arah dan menunggu sehingga Zalia menghulurkan botol susu ke tangan.

“Nanak! Nak neneng!”

“Eh, meragam pulak budak ini. Isk! Nak neneng yang itu kena tunggu mama kamu balik,” mencuit pipi si kecil.

“Salam uncle, sayang,”

Elok pulak dia bersalam dengan Ammar dan kemudian mendapatkan Hafizi pula. Tangan dipegang erat dan dicium. Si kecil menggetarkan sanubari Hafizi. Semua mata bertumpu arah mereka. Hafizi bertemu Hafizi dan sesungguhnya raut wajah mereka mempunyai banyak persamaan.

Terlalu Percaya

Perlahan Wahida membuka pintu. Dia menyangkut jaket dan matanya bertumpu kepada dua lagi jaket kulit bergantung di situ. Salah satunya amat dia kenali, milik Ammar. Buat apa lelaki itu berada di sini. Sayup-sayup Wahida terdengar ada perbualan di antara Ammar dan Along.

“Takkan dia tak ceritakan langsung pada Along.”

“Entahlah Ammar. Kau harus faham. Tidak semua perkara hendak dikongsi bersama. Dia berhak untuk tidak menceritakan ksiah silamnya.”

“Along tak kenalkah siapa ayah Hafizi?”

Tersirap darah Wahida apabila soal sesulit itu mahu diselidiki Ammar. Siapa dia untuk mempersoalkan siapa ayah kepada anak aku, gerutu hatinya. Pantas Wahida melangkah ke arah mereka diruang tamu. Perbincangan tentang dirinya perlu diberhentikan segera.

“Cukup!” semua mematikan diri melihatkan Wahida merah padan mukanya menahan rasa.

“Tidak ada sesiapapun perlu tahu siapa ayah Hafizi. Aku sendiri tidak tahu siapa dia. Di mana hendak dicari dia. Kerana segalanya terjadi hanya dengan semalam.”

“Mama!” sapa Hafizi seolah-olah mengerti perihal dirinya dibicarakan.

Wahida menoleh kea rah suara halus si anak yang sedang di dalam ribaan.

Sungguh rapat seolah-olah ada pertalian di antara mereka. Si kecil juga begitu mesra memaut tengkuk lelaki itu. Mencium pipi lelaki itu sebelum turun dari ribaan untuk mendapatkan mamanya. Agak lama mata Wahida di situ. Lelaki itu juga kelihatan kaget.

“Perkenalan singkat itu mengubah hidupku. Tapi aku tidak betah menceritakannya kerana aku yakin semua orang akan menuduh aku ini tolol kerana jatuh cinta hanya dengan sekali pertemuan. Gila kerana percayakan dia. Bodoh kerana mudah termakan kata-katanya sehingga terpedaya,” Wahida menundukkan muka sebelum mengalih pandangan ke anak mata si kecil dan merangkulnya ke dalam pelukan.

“Takkan kau tidak tahu langsung tentang dirinya?” Along mengumpan Wahida. Dia mahu wanita itu meluahkan apa yang berbuku di hati sepanjang tiga tahun ini.

“Dengan hanya semalam, 12 jam shaaj, tidak banyak dapat diketahui. Aku sangkakan kami masih punya waktu untuk mengenali diri masing-masing lebih mendalam. Mungkin di pertemuan-pertemuan yang akan dating. Tanpa aku mengesani ini adalah pertemuan pertama dan juga merupakan pertemuan terakhir bagi kami,” sesuatu mula bertakung dibirai mata.

“Hanya semalam kamu bermadu kasih. Meluahkan isi hati, menyelami dasar hati, membina satu ikatan dan aku seolah dapat melihat adanya masa depan kami bersama yang tidak pernah aku Nampak ketika bersama laki-laki lain.”

“Segalanya kelihatan sempurna. Kami mempunyai banyak persamaan, sealiran sehinggakan ada ketikanya kami terkeliru. Kami sama-sama bercita-cita untuk menyambung Master di UK. Segala-galanya terbentang luas di hadapan.

“Rupanya hanya aku berperasaan sebegitu. Sehari selepas, dua hari selepas, kami masih berhubungan. Hari ketiga, keempat dan seterusnya dia menghilangkan diri. Dia pernah menyebut akan ke UK dalam waktu terdekat dan aku yakin dia telah pergi dulu, meninggalkan aku terus, dengan seribu pertanyaan. Aku hampir separuh gila mencarinya. Separuh mati merinduinya dan hampir sasau apabila tanda ini yang ditinggalkan.”

“Apabila pasti perut ini berisi. Aku jadi berani walaupun kelak dicemuh masyarakat. Terus aku nekad untuk menyimpan dia kerana inilah satu-satunya yang ada ditinggalkan oleh Izi,” pipi gebu Hafizi dicium penuh kasih sayang.

Tak sangka pula wajah Hafizi mirip sekali wajah Izi.

“Ya sayang!” Wahida memeluk erat anak kecilnya.

“Izi?” nama itu dibibir Ammar. Matanya bulat memandang Wahida dan si kecil. Kemudian beralih pada Hafizi. Rupa sudah ada. Kalau letak anak kecil itu dengan Hafizi di khalayak ramai, tidak ada yang menyangkal bahawa mereka adalah ayah dan anak.

“Izi?” sekali lagi di bibir Ammar. Hafizi tahu apa di kotak fikiran Ammar.

“Kami panggil kau Izi. Semua rakan-rakan terdekat kami memnggil Hafizi, hanya Izi.”

a tergambar di raut wajahnya. Air mata lelaki Hafizi tertumpu juga akhirnya. Dia merapati Wahida dan seorang lagi Hafizi. Dia memeluk Wahida dan si kecil penuh penyesalan dan ditelinga Wahida, Hafizi memohon untuk menebus segalanya.

“He is the special gift to me in my life. Of course you are the first gift above of all,” Wahida hanyut seketika dalam anganannya. Orang yang dirindu dan dicinta bertahun lamanya, kini sudah ada di depan mata. Ternyata doanya agar dipertemukan dengan ayah Hafizi, termakbul. Sememangnya di hati kecilnya, masih ada cinta yang membara pada lelaki ini.

Majalah Keluarga

Cerpen

Disember 2002

Marini Mat Zain

BERSAMAMU

Deringan sebuah melodi membingitkan telinga. Yanti meraba di dalam kegelapan mencari telefon bimbitnya. Mata dibuka sedikit demi sedikit. Objek bercahaya itu pantas dicapai. “Hello!” sambil tangannya menarik selimut.

“Gila! Keluar ke mana? Dah pukul tiga pagi.”

“Bolehlah kita sahur sekali. Aku dah depan rumah kau, okay. Pantas sikit,” Shafiq menarik brek tangan. Selang beberapa minit, barulah Nampak kelibat Yanti muncul membuka pintu kereta. Aduh! Kenapa dia bawa Ain sekali. Kasihan budak itu dikejutkan pagi-pagi buta.

“Kenapa bawa Ain sekali,” luah Shafiq sebaik sahaja Yanti menutup pintu kereta di sebelahnya. Yanti menghadiahkan jelingan menyampah kepada Shafiq, kemudian menoleh ke tempat duduk belakang. Ain yang lena dibaringan di kerusi belakang dibelai penuh mesra.

“Kau gila! Nak biarkan dia sendirian di rumah. Tak ada maknanya.”

“Aik! Kita pula’ yang gila.”

“Asal dekat raya je kau muncul. Patutlah tadi macam tergerakhati nak off handphone,” usik Yanti.

Keseorangan

Hidangan yang dipesan Shafiq kelihatan lazat sekali. Bagaimanapun, awal pagi begini tekak Yanti tidak mampu menelannya. Dia hanya menceduk sesenduk nasi dan lauk. Nasi bercampur sedikit kuah digaul lambat-lambat.

“Raya ni..”

“Fiq, aku bukanlah apa. Tapi sudah tiga kali raya macam ni. Kalau boleh tahun ini aku nak bawa Ain balik kampong aku.”

“Em, baiklah.” Shafiq akur.

Belas pula di hati melihatkan Shafiq. Dia tahun Shafiq akan meminta tetapi dia bukan jenis yang suka mendesak. Kadangkala dia terlalu lurus. Itu yang membuatkan Yanti selalu kalah. Dia tahu betapa pentingnya Ain bagi Shafiq. Tanpa Ain, Shafiq akan keseorangan menyambut Aidil Fitri. Tanpa Ain, hari raya tiada ertinya.

Genap tiga tahun Shafiq tidak menjenguk keluarganya gara-gara Yanti. Itulah antara penyebab dia berasa serba salah setiap kali Shafiq meminta dan akhirnya dia mengalah. Setiap kali menggambarkan Shafiq akan bersendirain di hari raya hatinya terluka. Biarlah, tahun ini Ain bersama Shafiq laig. Dia redha walaupn sudah masuk empat tahun menahan pilu berhari raya tanpa anak di sisi. Bagi anak kecil seusia Ain, pastinya dia tidak mengerti apa-apa. Dia tidak akan dapat merasai kepahitan yang terpaksa diharungi oleh Yanti dan Shafiq.

Ibu pun sering menangis setiap kali mendengar takbir bergema menjalang subuh. Ain kan satu-satunya cucu ibu. Keluarga Yanti pun hanya ibu dan Yanti. Tanpa Ain, hari raya pastinya sunyi sepi. Sejak dilahirkan empat tahun lalu, Ain tidak pernah berada di sisi setiap pagi raya. Shafiq akan membawa Ain bersamanya. Ibu pun tidak pernah membantah keputusan Yanti membenarkan Ain bersama Shafiq. Dia tahu Shafiq tidak ditemani sesiapa. Sekurang-kurangnya, Yanti masih punya ibu. Biarlah Ain menemanni abahnya.

Hati Luka

Habibah bermenung panjang di meja menantikan suara azan maghrib tiba. Semua hidangan sudah terhidang rapi di atas meja. Dua cucunya sugul duduk di meja menantikan waktu berbuka. Penat seharian tidak makan. Aida menghampiri meja membawa dulang minuman sirap sejuk dan meletaknya di ruang paling hujung. Sekilas dia memandang ibunya yang sedang bermuram durja. Ayah pula hamper setiap hari berbuka di surau atau di rumah jiran.

Ah, setiap kali hujung bulan Ramadan, ibunya mula didatangi angau. Aida tahu siapa yang berada di fikiran ibu sekarang terutama mengenangkan bulan puasa hanya tinggal dua hari saja lagi. Bukan dia tidak cuba tetapi sudah kehabisan ikhtiar. Pelbagai cara dia lakukan untuk mengembirakan hati ibu. Namun hanya adiknya sahaja dapat mengubati penyakit ibu. Dia kasihankan Shafiq, namun tiada siapa berani membantah ibu walaupun ayah. “Mama, dah azan!” jerit Daniel dan Hakim serentak.

Berpisah

Dia tidak pernah pedulikan leteran Habibah namun dia tidak betah untuk tinggal di rumah itu lagi. Terutama setelah peristiwa hitam itu. Bukan dia tidak sayang ibu Cuma api kemarahnnya masih belum padam. Shafiq sukar menerima hakikat bahawa ibunya sanggup meminta dia meninggalkan Yanti dan Ain. “Mata tua mak tidak pernah silap, Fiq. Yanti tu tidak punya bapa. Dia anak luar nikah.”

“Mana mak dapat cerita yang bukan-bukan ni.”

“Yang penting mak tidak mahu anak seperti itu menjadi ahli keluarga kita.”

“Tapi Yanti sedang sarat sekarang. Bila-bila masa dia akan melahirkan. Bukan salah Yanti kalaupun cerita itu benar.”

“Mak malu dengan sanak saudara. Mak mahu kau tinggalkan Yanti dan anak itu juga.”

Redha

Yanti faham perasaan ibu mertuanya. Kebetulan pula, pada hari menyambut Aidil Fitri buat pertama kali bersama keluarga suami, Yanti membawa ibunya bersama. Satu insiden telah berlaku apabila jiran ibu di kampong, Roziah merupakan sepupu kepada Habibah. Hari itu telah membongkar segalanya. Terbongkar sudah rahsia Yanti adalah anak luar nikah. Bila disoal, dia gagal menjawab satu persoalan. Kenapa dia merahsiakan latar belakangnya? Itu yang membuatkan Habibah berang. Tidak patut mereka merahsiakan perkara sebesar itu.

Bagi ibu pula kenapa kisah peribadi itu perlu dihebahkan kepada semua orang. Dia mengandungkan Yanti pun bukan di atas kerelaan dirinya tetapi hasil satu perkosaan. Bagaimanapun, dia tidak boleh membunuh satu nyawa. Lalu satu keputusan diambil. Dia akan melahirkan anak ini walaupun dicemuh oleh masyarakat kampong. Lalu mereka berpindah hidup di kota. Ibu sanggup menanggung semuanya sendirian.

Namun, Yanti tidak setabah ibu tatkala menghadapi hinaan keluarga Shafiq. Akhirnya, Yanti sendiri yang mengambil keputusan. Dia minta dibebaskan. Shafiq mengalirkan air mata ketika menjatuhkan talak. Dia juga habis ikhtiar memujuk Yanti. Ketika itu tiada lagi air mata jatuh di pipi Yanti. Dia mahu jadi seorang yang tabah seperti ibu. Bermula detik itu, Shafiq berpatah arang dengan keluarganya. Dia tidak lagi menjejakkan kaki ke rumah keluarganya. Dia hanya akan bertemu kakaknya Aida dan anak-anaknya di luar saja. Apabila menjelang bulan mulia, Ainlah yang menjadi teman setia Shafiq. Dia juga tidak akan beraya bersama Yanti dan ibu kerana rajuk yang masih bersisa. Merajuk panjang pada Yantik kerana mahu berpisah dengannya.

Bersamamu

Shafiq bersiap sedia untuk berangkat. Barang-barang keperluan dia dua beranak awal-awal lagi sudah disediakan. Setiap hari raya dia sengaja mengambil cuti panjang melarikan diri bersama Ain ke luar Negara. Rutin itu menjadi satu kewajipan sejak empat tahun lalu.

“Ain, jangan!” Shafiq memarahi lembut Ain. Anak ini semakin nakal. Ada sahaja benda yang mahu disentuh.

Udara New Zealand begitu menyegarkan. “Ain!” sekali lagi Shafiq menjerit kecil terus mencapai tangan anak kecilnya. Habis satu kelopak bunga diramas dan ditabur di lantai.

“Say sorry to auntie,” terpaksalah dia membeli sejambak bunga kerana kenakalan Ain merosakkan sekuntum bunga di kedai tepi jalan pinggir kota. Memegang sejambakk bunga ini mengingatkan dia pada mula perkenalan dengan Yanti. Bagaimana dia cuba memenangi hati gadis idamannya dengan bunga ketika meluahkan perasaan. Ah, saat itu sudah berlalu menjadi memori luka.

Shafiq membawa Ain bersiar-siar di sekitar taman menghijau. Sengaja dibiarkan Ain bebas berlari di situ. Melihatkan gelagat Ain menghiburkan hatinya. Pastinya, Kuala Lumpur sudah sunyi kerana semua warga kota pulang ke desa menyambut hari gembira bersama keluarga. Dia pula sengaja melarikan diri. Dia tidak sanggup mendengar suara takbir raya yang pastinya akan memilukan.

“Ain!” tiba-tiba dia tersentak dari lamunan. Ain sudah hilang di mata. “Ain!!!” laung Shafiq mula panik.

“Papa!” suara anak itu tiba-tiba dari belakang. Shafiq berpaling pantas.

“Yanti!” Shafiq terpegun. Yanti sedang merenungnya sambil mendukung Ain. Shafiq bagai hilang kata-kata hanya mampu menghla nafas dan menggeleng-gelengkan kepala, tidak percaya.

Majalah Keluarga

Cerpen

Oktober 2003

Marini Mat Zain

GAMITAN SYAWAL

“A-ah, tak boleh!” keputusan abah selalunya muktamad.

“C’mon dad!”

“Panggil abah sayang. You’re Malaysian. Orang Melayu.”

“But daddy!” masih tidak berpuas hati.

“Anna!” abah tinggikan sedikit nada suara.

“Please abah! Just for a few days.”

“Masalahnya Hari Krismas. They’re celebrating Christmas. You are a muslim my dear. Honey! You can go anytime you want, but not on Cristmas eve.”

“Anna tahulah. But I’ve already promise mom. Dia minta Anna temankan dia ke rumah mereka.”

“O great! Mak kamu pun nak celebrate juga ke? She’s too much!”

Kedegilan abah mengundang kekecohan. Mama mengamuk. Apa tidaknya, terpaksa dia menghampakan harapan kedua ibu bapanya. Aku sendiri sudah lama tidak ke Birmingham. Kali terakhir ialah ketika aku mencapai usia 15 tahun. Aku hanya memerhati abah sedang bertekak dengan mama di talian.

Aku sayang abah. Aku tahu niat baik abah. Dia memang tegas di dalam mendidi anak-anaknya. Tapi aku juga sayangkan mama. Pasti mama sedang bersedih sekarang ini. Hanya pada Nelisa tempat aku mengadu.

“Salah ke?” aku terkeliru.

“Biar bangsa apa sekali pun, tidak salah kalau sekadar berkunjung seperti kita meraikan jiran-jiran dan kawan-kawan kita di sini. Asalkan kita tidak menyertai upacara keagamaan mereka. Tapi kau ke sana sepanjang perayaan itu. Mungkin abah kau tak suka kau terdedah dengan budaya mereka,” komen Nelisa ringkas tapi mampu membuat aku menyedari hakikat itu.

Ringgg! Brakk!

Bunyi bising dari kamar sebelah menyentak lena Ferouz. Itu pasti bunyi jam loceng yang dicampak ke ceruk dinding. Ferouz bingkas dan menggeliat kecil. Malas sekali dia pagi ini.

“Anna! Bangun! Semalam beria nak aku kejutkan,” mencapai jam loceng di bawah meja sisi dan meletak kembali ke atas meja. Dia menggeleng kepala melihatkan Anna yang masih lena di bawah selimut tebalnya. Budak tidur buas! Harapkan jam saja besar. Bunyinya sikit punya kuat tetapi haram nak bangun sendiri. Sebelum keluar sekali dia menepuk punggung Anna.

“Bangun!” jeritnya.

“Aduh!” sakit pinggul aku. Digagahnya juga – bingkas dan mengekor Ferouz ke dapur.

“Morning daddy! Err… Abah!” mencium pipi si abah.

Aku lihat abah senyum. Ketika leka memerhati abah menyediakan sajian, aku terpandangkan Ferouz sedang terkial-kial membuka penutup tin susu pekat. Dia ditugaskan membantu abah menyediakan minuman panas. “Sini Anna buat. Nak tunggu abang buat, alamat tak sempat sahur kita nanti.”

Aku membalas senyuman dengan abah. Perasaan yang mendalam terhadap lelaki ini menyelinap ke dasar hati. Sayang sungguh aku terhadap abah. Aku membesar di depan mata abah. Tangan lelaki itu yang mengasuh sendirian sehingga aku dan Ferouz mampu hidup berdikari.

Aku baru keluar dari bilik air dengan pajama. Segar rasanya setelah sehari suntuk di kolej dan menyambung pula ke perpustakaan. Jam sudah menunjukkan angka 12 malam, aku menarik kerusi menghadap computer. Sejenak aku berteleku di situ. Hari ini aku berbuka puasa di kolej sahaja. Sememangnya kami sekeluarga jarang dapat besama sebelah petang. Waktu ini pun abah belum pulang. Ferouz pula mungkin di dalam kamarnya atau masih di pejabat.

Dum! Daun pintu utama dihempas kuat dan jelas di pendengaran. Lamunan aku berhenti – terkejut. Aku bergegas keluar. Aku dapati Ferouz sudah terpacak di hadapan pintu kamarnya. Tentu saja dia terkejut seperti ku. Kami berpandangan.

Abah berdiri dengan sut lengkap ke pejabat, baru pulang dari mana tidak kami ketahui kerana tiba-tiba saja mengamuk. Tentu ada saja yang tidak kena. Begitu pun abah jarnag membawa masalah di tempat kerja sehingga ke rumah. Abah merenung kedua anaknya. Tanpa sepatah kata dia menghulurkan sekeping telegram ke dalam tangan Ferouz sebelum berlalu ke biliknya.

“Mom is coming to visit us. He has a bad feeling about this,” komen Ferouz seraya menghulurkan telegram kepada Anna dan berlalu ke pintu kamarnya kembali.

Amanda membalas senyuman pemuda berbaju seragam. Dia selesa sepanjang penerbangan ke Kuala Lumpur. Di sambut baik pula oleh kaki tangan bertugas yang ramah tamah.

“Thank you madam! Welcome to Malaysia!” pemuda tadi tunduk hormat.

“Terima kasih kembali!” dalam slang British. Amanda sememangnya pernah menetap di Malaysia hampir 13 tahun dan dia masih fasih berbahasa Melayu.

Tidak sabar rasanya di hati. Setelah mendapatkan bagasi, dia bergegas ke laluan pemeriksaan imigresen sebelum ke pintu balai ketibaan. Dari jauh dia boleh Nampak kedua anak Eurosian itu. Wajah mereka berbeza sama sekali dengan wajah orang tempatan – ada sedikit rupa orang putih. Ada rupa aku, bisik hati kecilnya. Warna rambut yang keperang-perangan asli. Kulit mereka pun agak putih, kemerah-merahan dim amah cuaca panas Kuala Lumpur – kota keuda terpanas di dunia. Tetapi apabila mereka berada di dalam kelompak bangsanya, barulah dapat dilihat ada darah Asia mengalir dalam diri mereka – rupa Asmel. Itulah istimewanya anak campuran dua benua.

Ferouz tekun melihat jadual penerbangan melalui skrin TV dib alai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Sekejap saja lagi. Dia menjeling Felicianna Freda di sebelah. Dibiarkan adiknya mengelamun. Ferouz melilau sekeliling melihat keadaan penuh sesak dengan kehadiran sanak saudara atau sahabat taulan tidak sabar-sabar menyambut ketibaan orang tersayang. Seperti juga mereka berdua saat ini.

“Abang! There she is!” mata membulat ke pintu ketibaan.

Di dalam keributan puluhan pelbagai bangsa penumpang yang keluar dari balai ketibaan, aku cukup kenal dengan wanita yang satu ini.

“Mom!” sepatah keluar dari bibir manis Ferouz.

Mereka tiga beranak berpelukan melepaskan rindu dendam tidak dipedulikan orang sekeliling. “I miss you mom!” mencium pipi si mama.

Dipeluknya kedua anak itu penuh kasih sayang. Kasih seorang ibu yang melahirkan. “I miss you too honey. I really do!”

Di atas tilam empuk, aku terbaring terlentang di dalam kamar Ferouz yang serba biru. Kertas hiasan dinding menggambarkan suasana laut yang luas dan awan nan biru. Susun atur kamar ini menggambarkan jiwa seorang lelaki yang penyayang. Begitulah yang terlintas di fikiran – sentimental juga abang aku ni!

Manakala di luar sana (ruang tamu) jelas di pendengaran pertelingkahan antara abah dan mama. Ferouz yang duduk berkongsi tilam denganku, tunduk berpeluk lutut. Suara abah dan mama tenggelam timbu dalam bahasa yang berlangkan Inggeris.

“I’m not gonna let you ruin her life,” suara abah bergema.

“I’m her mother. I know how to take care of my kids. Look at Ferouz. He lived with me before. Dia berpelajaran tinggi. Hidup dia sempurna. Ada dia pernha kurang ajar dengan you?”

“Habis! I ni tak pandai jaga anak? Mereka tak ada future kalau bersama I?”

“I tak maksudkan begitu. Gosh! You’ve never change, dari dulu sampai sekarang.”

“Cuma you saja yang berubah. Totally different!” agak mendatar menjeling sekilas Amanda Phillips atau nama Islamnya Siti Amanda Abdullah, masih jelita walau seawall usia 40-an.

“Kita patut bergilir-gilir menjaga mereka. You ada hak, I pun ada hak. I mama mereka. It’s not fair. My parent sudah bertahun tidak melihat cucu-cucu mereka.”

“It’s Christmas eve, you jangan nak rosakkan budak tu.”

“I’m still a muslim okay and you know that. Tahulah I menjaga akidah dia. Kenapa you saja mencari kesalahan I? suka memecah pergaduhan?” ternyata lelaki ini telah membuat dia hilang sabar. Mujurlah dia masih ingat, mereka kini berda di dalam bulan yang mulia, bulan Ramadan.

Syawal menjelang tiba. Dia kembali kerana mengenangkan suasana indah ketika menyambut hari raya di bumi bertuah ini. Merindui seisi keluarganya. Amandlihat abah dan mama saling bermaaf-maafan. aka mengeluh berat setelah pertelingkahan mereka tempoh hari dia meneyediri di kamar hotel. Hatinya remuk kerana niatnya disalahertikan. Dia memahami perasaan Asmel. Begitu pun tidak adil kiranya bekas suaminya itu tidak pernah mahu memahami perasaan kedua ibu dan ayahnya yang merindui cucu-cucu mereka. Pagi ini dia mengenakan baju kurung moden yang bersulam indah. Dia duduk berteleku di birai katil ketika bunyi loceng bilik kedengaran.

“Mama!” Mendengar suara manja si anak, hatinya tiba-tiba tidak keruan. Dia menangis sayu.

“Kenapa mama sedih, kan hari raya!” aku mendakap erat mama yang sedang terisak dalam tangisan.

“Maafkan I Siti!” suara garau dari belakangku menarik perhatian mama. Aku tersenyum melihat abah menghampiri mama dan mengambil tempatku. Aku merapati Ferouz. Hati kami berbunga bahagia melihat abah dan mama saling brmaaf-maafan. Aku dapat melihat kasih mereka yang masih ada. Masih kental. Moga Aidilfitri Al-Mubarak dapat menyatukan mereka semula.

Jakarta It Is…

Share

Tanggal 9 Januari 2009 tiba jua. Sebenarnya banyak cerita sebelum jadi ke Jakarta. Ayu sentap sebab tarikh pertama jadi pilihan (hujung December 2009) sepupunya kahwin. Nak dijadikan cerita kami bersidang di Ayam Penyet Ria, Sunway sambil memilih tarikh yang lebih nyaman lagi adil untuk aku, Ayu, Nisa, Rina dan Mimi bercanda ria. Nasib baik… Memang December semua orang ada acara kenduri kahwin. Jadi 9 hingga 13 januari sangat bagus tetapi.. bila dah pegi tak puas la pulak. Pasti nak pergi lagi. Cuma bukan ke Bandung. Aku dan Ayu tak suka sangat beli-belah di sana. Tetapi Jakarta bagai surga terutama Ayu pandai tawar-menawar. Aku tumpang la sekaki.

Sampai di Jakarta, lepas check in, makan dulu la u allss… Makanan Padang di Garuda. Kemudian berjimba la kat X2, katanya kelab terhebat di Jakarta. Tapi sebelum tu ada kisah lucu. Supir kami Pak Dadang bawa ke sebuah kelab yang chill je.. ada live band. Tapi sebelum masuk dah kena halau sebab Ayu pakai denim, Shirt dan kasut croc je. Nisa dah gelak-gelak. Balik tukar baju baru seronok berjimba (memetik perkataan Oda).

Crowd ok ok la tetapi tak enjoy muziknya. Kebetulan ada acara pertandingan final DJ. Next day, 10hb Jan kami ke Manga Dua. Aduh, gila siot tas tangan RM15 (50 000rp) sama mutunya yang RM45 – RM60 yang di butik-butik berkenaan (tak perlu disebut di sini ye). Legging uols RM35 yang lebih bermutu dari yang pernah aku beli di sini RM60++. Ba alip Ba ya tak! Dah tu dengan adanya Ayu yang terror bab tawar-menawar. Memang malatop beli barang.

Lepas pusing-pusing Manga Dua, berlari ke Grand Indonesia bertemu Pengarah kacak AGUNG SENTAUSA, pengarah filem GARASI, juga mengarah video muzik Peterpan, Menunggu Pagi. Aku paling suka video tu. Banyak lagilah.

Nini (StarMovies) kata dia ni pengarah paling kacak di Indonesia. Projek baru Agung mengarah promo untuk [V] Channel dan pastinya Nicholas Saputra jadi subjek utama. Agung kata tahun ni dia mesti keluarkan satu filem. Filem kedua. Tak sabar!

Kemudian kami ke Pasar Baru, Agung yang sarankan tempat tu. Kononnya nak cari barang Vintaj. Tapi rupa-rupanya salah tempat. Memang la Pasar Baru tapi ke bangunan Atom.

Beli kasut dan beg kat sini. Banyak pilihan dan 70 peratus diskaun tau.

Jadi esok sajalah kami ke sana. Balik cari-cari salun. Masing-masing nak melaram. Ayu nak luruskan rambut. Nisa nak kerinting. Aku tak tahu lah lagi. Sudahnya…

Sudahnya aku decide buat extansion. Nisa ikut tapi dia menyesal tak sudah lepas tu. Rimas katanya. Tapi dia bertahan sebab semua orang puji cantik dan nampak natural. Aku pulak, kena sambung buat esoknya kerana rambut tak cukup.

Malamnya kami terlewat sudah. Restoran semua tutup. Kami di bawa ke McD 24 hours tapi taknaklah. Kat KL pun dah mual makan McD. Lalu kami makan di gerai tepi jalan. Memang agak takut-takut tapi seronoknya kat sini boleh lihat kehidupan sebenar orang Jakarta. Seniman jalanan banyak. Asyiknya, suara mereka sedap-sedap. Ada tu, ramai pula ahlinya. Ada main gendang, gitar dan suara latar. Apa lagi, kami suruh dia menyanyi. Rina semestinya minta lagu Nidji. Aku Peterpan la.

Cahaya Ilahi tumbuh di badan Ayu kalau masuk bab shopping sebab dia ratu tawar-menawar. Pada 11hb Jan dan kami berada di Tanah Abang. Ingatkan macam kedai kat Rantau Panjang atau pasar tapi Tanah Abang atau Pasar Baru memang bangunan cantik pusat membeli-belah.

Malamnya kami rasa nak clubbing lagi tetapi tak tau tempat yang chill.. RnB ke. So kami di bawa ke Kemang saja. Dengar nama Kemang ingat macam Teluk Kemang je lah. Rupa-rupanya tempat paling chill. Dia macam banyak butik, pub dan stall makanan. Melangkah ke tempat makan dah nampak pelakon drama Indonesia. Pak Dadang kata, sini memang banyak artis melepak dengan kawan-kawan.

Paling lucu, apabila nak duduk je, kami kena serbu. Bukan oleh paparazzi ya tapi pelayan setiap gerai dengan menu masing-masing. Mereka lambak menu atas meja. Hah, rambang mata! Keadaan itu pastinya tak akan kita jumpa di KL. Kami pecah perut, Ayu yang garang tu apa lagi, jerkah suruh sabar.. tunggu dulu. Aku pulak teringin nak Indo Mee. Tak ada dalam menu pun mereka usaha adakan.

Nah, ini pula show off rambut baru uolsss..

Pada 12hb Jan kami pagi-pagi bertolak ke Bandung dengan Avanza Pak Dadang. Destinasi pertama ke Pasar Pagi. Banyak barang boleh tawar-menawar dan kami beli banyak kebaya, kain batik, kain sembahyang dan lain-lainlah. Ni sedang beli kerepek. Pisang salai tu sedapppp..

Lepas tu kami ke butik Factory Outlet banyak-banyak. Memanglah murah, baju-baju aku beli semua dalam RM35. Gaun tu yang kalau kat sini tu confirm RM60 ke atas. Nak tengok?

Murah tu murah tapi kena pandai la. Kalau nak beli hills dan tas tangan, lebih baik pergi Manga Dua, Pasar Pagi sebab boleh tawar-menawar. Kalau beli kat factory outlet, benda sama tapi tak harga lebih mahal dan tak boleh kurang. Rugilah! Kat Bandung sehari saja, malam kami pulang ke Jakarta. Dua jam perjalanan dan tiba di hotel dah lewat malam. Menyesal tak beli macam-macam kat Jakarta, dah tak sempat kerana pagi esoknya dah nak balik.

Masa ni di Lapangan Terbang Jakarta, Pak Dadang ambilkan gambar. Satu-satunya tas tangan aku beli (coklat kat troli tu). Rasa macam taknak balik pun ada tak puas nak beli-belah.

Paling best, aku jumpa Eclipse (Twilight Saga), novel ketiga Twilight kat airport Jakarta. Puas cari kat KL, di sini dia rupa-rupanya. So apa lagi, belilah. Habiskan sisa-sisa rupiah yang ada.

Balik rumah nak curi masa tengok DVD ni. Beli kat Manga Dua. Murahhhhh.. hehehehe…

Tapi itulah, pengalaman lima di hari Jakarta. Lepas pulang dari Jakarta, kembali kepada rutin sehari-hari yang membosankan. Tak lama lagi Nisa nak ke Cosmopolitan, majalah antarabangsa makanya. Balik Jakarta, Rina sambung MC, ceret beret. Lepas tu katanya dapat wahyu. Rina mahu berhenti kerja nak sambung belajar. Selamat Maju Jaya! Aku pun menyusul kemudiannya. Hmmm…

Sekianlah… Aku cerita lain kali…

Twilight

Share

Sebuah kisah cinta daripada novel tulisan Stephenie Meyer, New York Time Best Selling. Bagi penggemar novel, filem Twilight arahan Catherine Hardwicke sangat mengecewakan, kecuali peminat Robert Pattinson, kerana filemnya tidak memberangsangkan. Kira novelnya lebih ‘hot’ dan aku setuju. Twilight Saga aku sedang dalam proses habiskan bacaan. Twilight -sudah, New Moon -sudah, Eclipse -sedang baca dan Breaking Down -sedia untuk di baca selepas habis Eclipse nanti.

When you can live forever what do you live for?

I could feel his lips at my ear.
“I love you.” he whispered.
“Me, too.”
“I know,” he laughed quietly.
I turned my head slightly…searching. He knew what I was after. His lips touched mine gently.
“Thanks.” I sighed.
“Anytime.”

Pembikinan sesebuah filem di barat sangat teliti dan aku sangat teruja dengan transformasi dilakukan kepada barisan pelakonnya. Personaliti mereka sangat berbeza di luar malah hampir tak kenal setiap pelakon. Orang kata sangat into character. Makeover dilakukan juga hampir mengubah keadaan asal pelakonnya. Kala mereka melangkah di permaidani merah, ada yang tertanya-tanya.. la itu ke Alice? Rosalie taklah blonde. Carlisle juga berambut gelap. Yang blonde jadi berambut gelap, yang berambut gelap seperti Jasper bertukar blonde. “Oshinne! Filem kita nanti pastikan betul2 nok, nanti ke Oscar ye!”. Kalau kau pandai 🙂

Ini dia wajah-wajah pelakon Twilight.

Ini dia Ashley tetapi apabila menjadi Alice, dia berambut pendek dan blonde. Hair extension ke uolss…?

The real Edward, Robert Pattinson and the real Bella….