BAGAIMANA MAHU JADI SELEBRITI A-LIST?

Share

Penampilan muka baru dalam dunia hiburan sama ada seni lakon atau nyanyian mampu diserlahkan bermula di permaidani merah. Jika kena gayanya mereka mampu menyertai senarai A-List baru.

oleh Marini Mat Zain

Imej diri berperanan besar dalam dunia hiburan. Siapa hendak memandang penyanyi atau pelakon selekeh, tidak bercita rasa langsung. Muncul mereka dalam bentuk entah apa-apa. Pemilihan imej kurang tepat mungkin tidak disedari. Bukan semua orang berkebolehan seperti Camelia, Erra Fazira atau Amy Search yang bijak mengendalikan gaya kena dengan personaliti. Kalau tahu kekurangan diri dalam berfesyen, itulah gunanya stylist dan tidak salah mengeluarkan belanja membayar khidmat mereka kalau hasilnya kelak lumayan. Mungkin juga kerana pembawaan diri, letak apa sahaja tampak cantik tergantung di tubuh. Ada sesetengah lagi, pakaian berjenama tersarung tetap kelihatan murah sahaja.

 

Sekiranya ada tawaran tajaan pakaian oleh jenama antarabangsa, nah, tandanya artis itu telah berjaya dalam penampilannya. Pengalaman saya memang ada kesukaran mencari pakaian bagi sesetengah selebriti. “Maaf, si polan si polan tidak sesuai dengan imej jenama antarabangsa kami bawa.” Itu alasan biasa saya dengar. Ada tu, hanya pereka fesyen tempatan sahaja mahu menyediakan baju mereka. Sebab itu penampilan diri di permaidani merah merupakan ujian awal menentukan buruk atau cantiknya personaliti diri seseorang selebriti. Tiada bezanya di antara selebriti barat mahupun tempatan apabila hendak melangkah ke permaidani merah. Masing-masing cuba mencari kelainan demi menarik perhatian lensa dan pengkritik fesyen. Kritikan buruk atau baik tidak mengapa, jangan tidak disebut langsung sudah.

 

 

Siapa pula yang sedang diperhatikan dan di telah menjadi A-List. Selain bintang filem atau penyanyi baru, pelakon drama TV Hollywood juga boleh memanjat tangga A-List. Lain pula pelakon drama tempatan yang sukar mencuri perhatian. Apalagi mahu diletakkan sebaris dengan bintang A-List sekali gus menerima undangan ke parti sana sini. Misalnya pelakon Catherine High (Grey’s Anatomy) dan Hayden Panettiere (Heroes) yang sekelip mata menjadi rebutan. Padahal Hayden pernah beberapa kali muncul dalam filem. Tetapi namanya lebih bersinar selepas membintangi siri Heroes. Begitu juga si Ugly Betty, America Ferrera memecah tradisi gadis langsing menjadi rebutan di muka depan semua majalah tersohor antarabangsa. Menerima undangan hebat ke majlis koktel organisasi besar di samping mendapat tawaran sebagai duta produk dan sebagainya. Belum termasuk undangan memenuhi kerusi barisan depan pertunjukan fesyen dan tidak sah kalau tidak menerima undangan di bual bicara oleh Oprah Winfrey.

Seperti bintang Halle Berry yang mula bersinar menerusi drama TV Queen. Barulah namanya terpilih sebagai gadis Bond dan sekali gus menjadi jurucakap produk Loreal. Kali pertama melihat Halle Berry menawan di permaidani merah Oscar, dia membawa pulang anugerah Pelakon Terbaik menerusi Monster’s Ball (2002). Sejak itu, penampilannya di setiap permaidani merah ditunggu-tunggu ramai baik peminat apatah lagi media.

Selain tuah artis yang berjaya secara semula jadi, media turut memerhati nama-nama tertentu yang dijangka berpotensi pada masa akan datang. Joseph Gordon-Levitt terkenal sebagai pelakon drama kanak-kanak paling comel suatu ketika dahulu. Bermula dengan drama komedi siri 3rd Rock from the Sun, dia ke layar perak dan saya suka wataknya dalam 10 Things I Hate About You. Melihatnya penampilannya hari ini, dia semakin dewasa dan mula berjinak-jinak dengan independent films dan dikatakan bakal A-List baru tidak lama lagi. Kalau di Malaysia, Sharifah Amani bermula sebagai pelakon filem Inde Sepet dan Gubra arahan Yasmin Ahmad untuk dikenali. Media hanya menunggu bila masa tepat Joseph akan benar-benar menawan dunia. Wajah kacaknya sahaja sudah cukup menambat perhatian kala di permaidani merah.

Selain dramatis dihargai, muncul hanya sebagai watak ketiga dalam filem juga boleh jadi terkenal dan tersenarai dalam A-List. Emily Blunt hanya watak sampingan dalam The Devil Wears Prada. Begitu pun lakonannya melekat di hati dan hasilnya, enam filem sedang menunggunya. Kekasih penyanyi Michael Buble ini anggun ketika hadir di 79th Annual Academy Awards dan tampil di pentas menjadi penyampai bersama Anne Hathaway. Slanga Britishnya sangat seksi dan dia dikatakan bakal mendapat tempat seperti saat kegemilangan Kate Winslet.

 

Sementara itu pelakon Jepun Rinko Kikuchi dan aktor British Chiwetel Ejiofor telah memulakan langkah. Pelajaran pertama mereka tempuhi adalah kala mempersiapkan diri hendak melalui permaidani merah 64th Annual Golden Globe Awards. Kamera senentiasa mengekori mereka bagi melalui detik bersejarah itu bermula kala mereka memilih pakaian. Rinko tidak bertutur bahasa Inggeris tetapi dia menjual senyumannya yang dikatakan penghuni Hollywood sangat Universal. Biarpun gaun Chanel Rinko ketika hadir di Golden Globe itu tidak menarik perhatian dunia. Malah dia dikatakan mempunyai cita rasa buruk tetapi namanya telah melekat di hati media terutama lakonan berkesannya dalam Babel sebagai gadis bisu.

Tumpuan media barat hari ini adalah menilai cita rasa Rinko kala membawa diri di khalayak ramai. Apakah hadirnya hanya seketika Cuma? Tetapi melihatkan pencalonannya di Academy Award dan kemenangannya dalam beberapa majlis anugerah lain, kehadirannya tidak boleh dipandang sepi. Rinko menjadi kebanggaan Jepun kerana masuk pencalonan Academy Awards selepas Miyoshi Umeki, 49 tahun lalu. Kita lihat sahaja projek filem penuh Bahasa Inggeris pertamanya The Brothers Bloom akan datang.

 

 

Saat melalui permaidani merah 64th Annual Golden Globe Awards juga penting bagi Chiwetel Ejiofor kerana jika dia berjaya menawan jutaan mata dan lensa kamera, kehadirannya di Hollywood akan lebih kukuh. Chiwetel berasal dari England mula berlakon sejak 1997 tetapi hanya mula dikenali selepas muncul dalam Tsunami: The Aftermath. Lakonan menyayat hati itu mendapat pencalonan dalam Golden Globe 2007 bagi Pelakon Terbaik kategori mini siri atau filem untuk televisyen. Selepas itu tawaran demi tawaran diterimanya termasuk Talk to Me, Toussaint dan empat filem lain menunggu giliran seperti Toussaint, american Gangster, Tonight at Noon dan Redbelt.

Siapa lagi yang telah mencuri hati semua orang kala melalui permaidani merah? Catherine High tampil cantik memakai gaun kuning Escada menjadi sebut-sebutan dan diberi ulasan baik sebaris selebriti A-List dalam majalah. Secara tidak langsung, dia telah meletakkan dirinya pada tangga A-List. Pengaruh di permaidani merah juga memberi kesan kepada trend. Apabila Sienna Miller muncul dalam rambut pendek kerana lakonan dalam Factory Girl, semua pelakon lain mula meminati potongan rambut sama. Bukan setakat lalu di permaidani merah tetapi sebenarnya kehadiran selebriti perlu dirasai semua melalui pembawaan diri. Personaliti dan gaya juga harus dipelihara sepanjang waktu. Salah memilih gaya pastinya penampilan seseorang pendatang baru atau lama akan terpinggir. Jadi, pandai-pandailah mencuri hati kita di permaidani merah.

 

Tips Bersedia di Permaidani Merah

1. Semua pengulas stesen TV akan menahan kamu untuk temu ramah singkat. Pastinya soalan sama atau lebih kurang ditanyakan—Mengenai pakaian, penampilan, perkembangan terbaru, pencalonan dan sebagainya. Tugas kamu pula adalah berlagak baru mendengar soalan itu di setiap spot.

2. Berseronoklah kala melintas permaidani merah. Kala diajukan soalan-soalan oleh wartawan penyiaran, jangan hanya memberikan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja. Belajarlah memberikan jawapan paling berkesan dan diingati semua. Bukan jawapan yang bakal memberi penilaian negetif dan akhirnya menjadi bahan senda orang.

3. Bersedialah apabila kamu ditanya soalan mengenai rakan artis lain. Jangan pula menggelabah dan kamu mengulas orang lain sehingga mengumpan konflik.

4. Sound confident, look confident!

5. Apa perlu di bawa kala berjalan di permaidani merah? Pelebap, bedak dan kad kredit.

 

 

Terima atau Tidak?

Akhir sekali bagaimana mereka, selebriti mampu mengesan kehadiran mereka telah mendapat tempat di mata masyarakat. Seperti saya katakan imej paling penting sekali. Kalau di barat mereka mula sedar kehidupan mereka mula berubah apabila;

 

1.     Mereka mula ditawarkan memperagakan berlian bernilai jutaan dan ditemani pengawal peribadi pada malam berjalan di permaidani merah.

2.     Gambar mereka berpeluh-peluh ketika meninggalkan perkarangan gimnasium menjadi bahan berita tabloid.

3.     Segala-gala rancangan tidak berjalan selagi mereka belum tiba. Penganjur sanggup menunggu sehingga mereka datang.

4.     Mereka mula menambah bilangan entourage untuk menguruskan macam-macam perkara yang mula tidak cukup tangan.

5.     Nama mereka mula digunakan walaupun hanya untuk melariskan sandwich.

6.     Mula mampu memiliki beberapa koleksi Porsches.

7.     Jurulatih, pengawal, jurusolek dan stailist mereka on call 24 jam.

8.     Mereka mula menjadi penting dalam menyertai apa sahaja acara termasuk lumba marathon.

9.     Nilai goodie bags mereka di majlis anugerah semakin lumayan berbanding selebriti lain.

10.    Chihuahua mereka juga punya aksesori mewah lebih mahal.

11.    Dalam kontrak filem baru, penerbit memasukkan syarat memasak makanan untuk haiwan peliharaan iguana seperti Jim Carrey.

12.    Ada lelaki menyorok dalam semak di luar rumah memegang kamera.

13.    Akhir sekali, Paris Hilton pun terminta-minta hadir di parti kamu anjurkan.

 

 

Weee…

Share

Nisa’ Halid, Rina Hashim & Myself

Senah, Joyah dan aku, kebiasaan kami selepas bertugas, melakukan apa-apa sahaja. We three with the boys! Atau only we three menghabiskan waktu bersama-sama. Ah, perempuan tidak sah kalau tak membeli-belah—di Bangsar, Damansara (lokasi kesukaan Joyah), Subang atau Sunway. Jika punya wang lebih barulah menjejakkan kaki ke butik lebih mewah. Menonton? Cineleisure Damansara lah. Lepak? Teh Tarik Cafe, The Curve atau Penyet Ria, Sunway. Ke kelab jika kami sudah gian berdansa. Lokasi: sederhana sahaja.

Ini gayanya kami kalau membeli-belah!

Apakah diceritakan? Kami bukan wanita Sex and the City yang mahunya cerita seks semata-mata. Atau wanita Lipstick Jungle ada skandal segala. Tidak juga wanita Cashmire Mafia yang tikam-menikam belakang orang demi kepentingan sendiri. Cerita-cerita kami lebih realistik, telus, jujur, normal dan menyatu. Tiada kisah-kisah ‘berangan’ kecuali menyulam mimpi dan impian kami yang sedang-sedang sahaja. Lebih mendalam tentang peribadi kami. Topik masa silam, lelaki-lelaki dalam hidup kami, teman-teman, keluarga dan kesukaan-kesukaan kami.

Inilah dunia kami!

Us with the boys…

Still with the boys….

Ohya, kami juga rajin karaoke…

Lagi? Aku dan laptop ku… Memang tidak boleh dipisahkan. Menulis… Sudah sebati… Melain tugas, aku juga tidak berhenti menulis selepasnya—novel, short story, skrip (rancangan Dokumentari, Drama, dll) atau kata-kata sakti. Jangan siapa-siapa cuba menghalang kerana itu peribadiku. Menulis adalah peribadiku. Aku perlu meluahkan apa sahaja di minda dengan menulis. Jikalau tinggal berbuku di dalam kotak fikiran hanya mengundang sakit kepala. *wink. Halangan paling besar adalah kemalasanku sendiri. Aku akan menghasilkan novel seperti aku rencanakan. Hey, kos hidup yang semakin tinggi memerlukan kita lebih berusaha bukan? Makan gaji hanya mampu menanggung kehidupan tetapi takkan dapat bermewah-mewah. Kasihankan diri-sendiri hendak membeli tas tangan pun menunggu cukup bulan. Tetapi membeli yang berjenama LV atau Fendi atau Chanel atau Prada bukan dalam bajetku. Tak mampu nok! Aku juga mahu memberi wang lebih kepada ibu bapa!

Cuba kau selongkar tas tanganmu. Apa yang kau ada, apakah orang lain mampu memilikinya juga?

Aku tidak malu untuk mengaku, aku tidak mampu bermewah-mewah. Bersyukur! Aku bersyukur dengan anugerahNya, justeru aku perlu lekas. Rasa seperti masa sudah suntuk. Aku mahu lakukan banyak benda untuk diriku sendiri. Kepuasan diri yang telah lama tidak aku kecapi. Mencari nafas baru yang kian menghilang. Coffee or Tea? Tak perlu Starbucks, marilah Teh Tarik Cafe dengan kami. Kini 3.15 pagi, Selamat Pagi! Jam 9 perlu terpacak di pejabat, hey… tanggung jawab tetap dipikul. Ya ya, pada kau yang merungut aku malas update blog ini. Akan aku cuba… ketemu lagi malam ini…

More PCD

Share

Pada mereka yang cute cute macam “Senah” dan mungkin “Joyah” bolehlah meniru gaya the dolls. Pada awal kemunculan PCD, Nicole memang gemar menggaya leopard print di mana aku dapati “Joyah” suka akannya. Wah, sama cita rasanya.

Single terbaru PCD When I Grow Up, so catchy!

Aku suka si rambut pendek tu… Macam potongan rambut Rachel, amoy pereka grafik di meja InTrend. Namun, aku tidak pernah sukakan gaya itu dan sering mengusiknya… “Macam kena gigit tikus je!” dan dia pastinya mencebik aku. Nah, sekarang Kimberly Wyatt, salah seorang doll menggayakan rambut punk itu. Dia kelihatan cantik. Kalau mahukan gaya ini, aku sarankan ke Atmosphere di Damansara Perdana. Minta saja gaya ini;

Straight Short Hairstyle

Suitable for:
Face shapes: oval, oblong, square, diamond
Hair texture: thin, medium
Hair density: sparse, medium

Styling:
Maintenance: low
Time: 5-10 mins
Techniques: natural
Products: lacquer, moulding cream, moisturizer

Hendak melihat aksi mereka begini di sini, memang tak lah. Betapa besarnya pengaruh mereka apabila diri mereka diabadikan sebagai patung barbie.

Patung PCD bukan sekadar jadi permainan kanak-kanak malah dikatakan sesuai bagi koleksi orang dewasa juga. Sesiapa sahaja yang meminati mereka berenam yang kini tinggal berlima.

Staylista Pussycat Dolls

Share

Hey Dolls out there…

Yup, aku blonde kini. Sudah terjadi. Cerita itu akan aku kongsi esok. Hari ini aku mahu berkongsi mengenai PCD. 🙂

pics by me during their PC…

Aku memang kagum dengan enam dolls ni – Nicole, Melody, Ashley, Kimberly, Jessica dan Carmit. Tahun lalu pabila mereka di bawa masuk oleh Hotlink, aku tidak melepaskan peluang ke mini konsert mereka di Sunway. Aneh juga melihat mereka berpakaian daring begitu pun benarlah telahan aku, penganjur ternyata di denda. Tutup cerita itu. Nyatanya aku berpeluang melihat mereka paling dekat kerana aku ada lesen media. Katenye…!

pic by me during their concert last year…

Baru lalu mereka muncul kembali tetapi berlima. Aku tak kisah sebab semua kelima-lima yang tinggal memang best. Tak kisahlah Carmit tu.. 🙂 Mereka tampil lebih hebat dan malam perasmian cafe Chocolate di Pavilion aku berkesempatan lagi bertemu mereka.  Biar agak bersesak tetapi bolehlah…

Yes pics by me and “Senah” during their visit last month, end july 08

enjoy!!!

Hawt Beauty

Share

Hawt (hot)…! Melihat seraut wajah selebriti berseri-seri tampil di khalayak ramai. “Tanpa solekan, tak cantik jugak. Sesiapa pun bersolek boleh cantik sepertinya. Aku pun kalau bersolek, lagi lawa pada dia.” Kemudian usikan demekian berpenghujung deraian tawa. Begitu pun ada kebenarannya fakta itu. Bersolek menggunakan khidmat mekap artis selebriti, memang wajah mampu bertukar jelitawan. Padahal tanpa sepalit solekan, nak tengok diri sendiri pun takut. Bagaimana pula jika kamu mahu tampil cantik sehari-hari. Takkan lah nak membayar mekap artis setiap hari? Memang tak lah, melainkan kamu selebriti, hartawan, trust fund babies atau pisau cukur di Hollywood.

Facebook | All Friends
Wanita mana tidak suka bersolek walau pun hanya mencalit gincu di bibir. Hanya aku sejak bulan dua lalu tidak lagi rajin bersolek. Entah mengapa aku jadi endah tak endah kepada semua itu lagi. Entah!

Aku tidaklah hebat menggunakan curling tong, adakala dibantu teman setiap pagi. Sahabat baik ku Sal jika tidak terbang (dia stewardess) rajin dia membelek rambutku. Dan, gambar aku ini hasil kerja Sal suatu pagi. Sebab itu aku berusaha keras hari ini mahu kembali berambut panjang kerana aku sukakan gaya rambut berombak ini.

Aku suka bronze, glitters dan serba coklat. Sejak dulu mengenakan gincu coklat membuatkan ada yang menegur, “Kau nampak pucat, tak cantiklah!”. Dalam hati, kasihan, tak tahukah ini solekan ala ala J.Lo. Atau aku sahajakah yang perasan. Begitu pun, ini wajah aku dan aku gemar bermain dengan warna. Aku suka J.Lo sepuluh tahun lalu apabila kali pertama dia muncul. Telahan aku tidak syak dia memang punya cita rasa dalam berdandan dan berfesyen.

Bagaimana aku lakukan? Aku suka sapuan Bobbi Brown beige Shimmer selepas memakai bedak asas, menambah M.A.C. mineralize skinfinish pada beberapa bahagian. Kadang-kadang menggunakannya sebagai shading atau blusher. Dan mengoles M.A.C. Eyeshadow palette pada mata menggunakan jari sahaja. Aku paling tidak suka mengenakan peralatan solekan. Jari rasanya lebih mudah untuk di blend warna. Aku selalunya meletakkan tiga warna pada solekan mata. Putih wajib pada pelupuk atas mata. Warna lebih gelap hanya pada sebelah tubir mata.

Aku juga banyak koleksi Barbie M.A.C. kerana sesekali aku suka menambah merah jambu pada pipi, mata dan bibir.

Aku punya gelang sebanyak itu dan anting-anting hoop sebesar itu. Malah aku punya set gold juga. Memang wanita ini sumber inspirasi dan ikon fesyen.

bersambung…

 

Lipstick Jungle vs Cashmere Mafia…

Share

Kelmarin, aku maraton Cashmere Mafia. Sebelum ini aku maraton Lipstick Jungle… Semalam, aku langsung tidak berkesempatan mengisi ROD. Aku keletihan kerana masalah kesihatan aku. Harap-harap bertambah baik kerana akan aku jauhi makanan laut buat sementara. Ouch…! Pagi ini jam 2.45 pagi aku mahu berkongsi drama siri kegemaranku ini. Benar, ia masih belum disiarkan di sini. Melihat promosi Lipstick Jungle di channel E! sangat menggoda perasaan. Drama ini ternyata mula menjadi tumpuan apatah lagi Brooke Shield menjadi salah seorang wanita Lipstick Jungle bernama Wendy Healy, orang kuat dunia perfileman. Ada watak menggoda Nico Reilly lakonan Kim Raver sebagai editor majalah tersohor. Namun aku paling menyukai watak Victory Ford lakonan Lindsay Price, serang pereka fesyen baru hendak menempa nama. Menerusi Cashmere Mafia pula aku mengenali watak Lucy Liu sebagai Mia Mason, Publisher berjaya, Frances O’Connor sebagai Zoe Burden, Miranda Otto sebagai Juliet Draper, berkuasa dalam dunia perhotelan dan Bonnie Sommerville sebagai Caitlin Dowd, pemasar produk kecantikan.

Lipstick Jungle

Cashmere Mafia

Kedua-dua drama siri ini hebat. Aku berasa dekat dengan semua watak kerana mereka ini ada di sekelilingku. Aku Penulis yang menjawat jawatan sebagai Penolong Editor pastinya kenal benar orang majalah seperti Nico dan Mia, orang filem seperti Wendy, pereka fesyen seperti Victory, orang hotel seperti Juliet dan wakil produk kecantikan seperti Caitlin. Cuma Zoe daripada dunia perbankan sahaja mungkin hanya aku kenal kerana mengejar hutang kredit kad, rumah dan kereta. Aduhai…! Sejak harga minyak naik lagi, kewangan semakin kurasakan menyusut pantasnya. Jadi tidak perlulah nak berangan-angan menjadi macam orang-orang dalam Sex And The City, Desperate Housewives, Gossip Girl, kerana dunia mereka jauh sekali picisannya. Sekadar drama siri menghiburkan jiwa selepas membelek bil-bil berlambak.

Mia dan Victory, dua wanita Asia masing-masing hebat dengan gaya hidup kota New York.

Scene Lipstick Jungle di butik ini sama lokasi dengan salah satu scene Gossip Girl ketika Jenny bertemankan ibu Serena bertembung ibunya.

Selain hebat berfesyen, solekan menawan dan gaya hebat aksesori diri juga elektronik, tidak dilupakan aksesori toy boy. Nico Lipstick Jungle di goda oleh lelaki jurugambar kacak lagi hebat. Caitlin daripada Cashmere Mafia pula wanita yang masih keliru tentang seksual dirinya… Straight atau PLU. Apa pun aku lebih seronok menonton Lipstick Jungle dan kerenah Victory paling menawan. Apa pun, aku sudah mengantuk dan biarkan aku tidur. Esok kita bertemu lagi… Setuju?

Fashionmafia!

Share

All about Cashmere Mafia…

Fashionista!

Share

It’s all about Lipstick Jungle…

Fashiontribes!

Share

All about Gossip Girl…

Rini’s Online Diary

Share

15June2008

Huh, aku hairan bagaimana orang lain mampu mengisi ruang ini saban hari kerana aku mengambil masa beberapa bulan mahu memulakannya. Bagaimana coraknya Rini’s Online Diary atau ROD mahu aku isi? Berkongsi kisah seharian aku lalui atau kegemaran-kegemaranku atau kerjaya atau jatuh pada perihal peribadi paling sulit juga? Bayangkan, jam 4.30 pagi aku masih tidak dapat melengkapkan satu perenggan pun. I’m stuck! Kini 5 pagi genap aku masih terkial-kial menyudahkan tulisan ini sambil menonton Gene Simmons Family Jewels marathon di [V] Channel (lama sudah tidak mendengar khabar Nini [V] Channel dan aku bagai mendengar di telinga suara Nicholas Saputra di telefon bimbitku sambil mengucapkan selamat hari jadi, hadiah daripada Nini April lalu).

Aku seronok menonton keluarga Simmons dan pastinya Nick Tweed-Simmons si tinggi 6’7 menjadi jamuan mata. Kata teman baikku Oda a.k.a Kimora, rupa dan fiil si Nick Simmons macam seseorang dikenali yang tingginya kurang empat inci sahaja. Hmm…

Jam menunjukkan angka 6 petang dan aku baru pulang dari Gossip Girl Party anjuran 8TV di Bakerzine, 1 Utama. Segala-galanya tentang Serena, Blair, Dan, Nate dan Chuck. Selepas demam Sex and the City, Desperate Housewives, kini Gossip Girl mengambil tempat. Musim pertamanya sedang ditayangkan. Berbeza dengan Sex and the City, Gossip Girl perihal anak-anak remaja. Cuma impak berfesyen daripada kedua-dua siri ini sangat besar pengaruhnya. Tadi saja party Gossip Girl mensyaratkan tetamunya hadir dengan dress code New York Preppy.

Gossip Girl bukan sahaja digilai wanita, malahan lelaki juga menontonnya.

Bukan sahaja berkisar pada fesyen, malahan kegunaan telefon bimbit sangat trendy pastinya menggoda perasaan penggemar barangan teknologi.