Share

Tanah tumpah darah pahlawan Melaka tersohor kami jejaki. Kampung Duyung ini dikatakan kampung asal Hang Tuah dan empat sahabatnya membesar. Mereka juga berlatih silat di situ serta membesar sebagai lima pahlawan dibanggakan sehingga hari ini. Tanah seluas 40 hektar itu kami jejaki akhirnya. Masih dalam proses akhir pembinaan, Perkampungan Hang Tuah ini bakal dibuka pada orang ramai tidak lama lagi.

kampung hang tuah

 

Eksklusif kami kumpulan Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia dibawa oleh Tourism Malaysia Melaka dan Gaya Travel Magazine melawat ke kawasan perkampungan itu. Ibarat kembali ke zaman purba, kelihatan sebuah perkampungan di bina. Kediaman induk pula seperti istana di mana tempat laksamana Hang Tuah menghambakan dirinya berkhidmat untuk Sultan Melaka.

2013-05-23 14.54.04

Telah dibina rumah lima bersaudara—Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, rumah tradisional Melayu, Muzium Hang Tuah, auditorium, balai adat dan pentas kebudayaan. Audio visual bakal dimainkan akan memberi gambaran sebenar keadaan sejarah melayu Melaka yang gemilang suatu ketika dahulu.

rumah melayu

 

Seni bina lama dibina sebaik mungkin bagi pengunjung terutama pelancong asing dapat merasakan persekitaran sebenar zaman itu. Gelanggang silat juga dibina menjadi simbol kehebatan lima bersaudara itu. Peristiwa Hang Tuah dan Hang Jebat bertaruh juga bakal diberikan gambaran.

2013-05-23 13.55.08Usaha menghidupkan semula perkampungan Hang Tuah ini patut dipuji. Kami juga terpegun dengan suasana dicipta. Setelah siap sepenuhnya, ingin kami ahli Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia kembali lagi. Saya teringin sekali mengembara ke alam kegemilangan Hang Tuah. Merasakan sendiri kesetiaan seorang laksamana pada Sultan. Berkongsi pula kesedihannya terpaksa menghapuskan sahabat paling disayangi kerana Hang Jebat telah menderhaka kepada Sultan. Walaupun derhakanya itu adalah sebuah pengorbanan menuntut bela di atas kematian olok-olok Tuah.

2013-05-23 13.51.10Kisah tragis Hang Tuah dan Hang Jebat takkan luput ditelan waktu seandainya usaha sebegini dilakukan. Hang Tuah kini sepertinya hidup semula kerana usaha kita mahu abadikan sejarahnya itu dan diperkenalkan kepada warisan kita juga seisi dunia.