Share

majalah EH!

Parti elegan dianjurkan majalah Eh! berjalan lancar. Parti 20 yang Anggun dan Disenangi itu berlangsung di kelab The Pool, Jalan Ampang awal-awal lagi telah dipenuhi peminat majalah urban no 1 Malaysia. Rata-rata mahu bertemu mata dengan selebriti pujaan masing-masing seperti Dayang Nurfaizah, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Mizz Nina, Nazim Othman, Aliff Aziz, Fathia dan banyak lagi.

Seperti biasa 20 selebriti diraikan sebagai yang anggun dan yang disenangi. Mereka juga muncul istimewa dalam majalah Eh! terbitan November 2012. Karl Shafek nampaknya berjaya menggalas tugas diberikan malah parti itu berjalan lancar tanpa cacat cela.

karl shafek

Pembukaan parti  disegarkan dengan muzik pop DJ Arabyrd dan Syncronized Swimmers Gillian & Jacqueline. Acara tahunan ini diserikan dengan persembahan nyanyian Kaka dan Zizan, Aliff Aziz, kumpulan K-Langit, Awie Rafael dan Dayang Nurfaizah. Kemudian ada segment memperagakan fesyen dan juga beberapa aktiviti yang melibatkan peminat.

Parti Eh! 20 Yang Anggun & Disenangi ditaja oleh Lancome Paris, penaja pakaian wanita Dressing Paula, lokasi rasmi The Pool, penaja toko buku pula MPH dan stesen radio rasmi pula Suria FM.