Share

Pernah suatu ketika ‘nak rak’ saya belajar bakar cupcake dengan resipi daripada kenalan yang merupakan seorang chef. Selalunya cupcake saya akan bantat, tak naik-naik. Tetapi saya tak pernah putus asa cuma tiada kesempatan untuk betul-betul belajar. Kalau kamu ada masalah sama dengan saya, inilah peluang kamu belajar dengan chef selebriti tersohor tanah air. Bagaimana caranya?

qhyOtb3SXPCRrHUazbdqtPoVzkRsUvK0hIzfD9xYlGg

Beri perhatian semua kerana Pensonic sekali lagi menganjurkan kempen Pensonic’s Chef’s Like Season 2 Cooking Classes 2015 semestinya bersama chef selebriti Dato Haji Ismail kerana sambutan pada musim pertama tahun lalu yang menggalakkan. Pelancaran telah berlangsung dengan jayanya dan beberapa pengumuman telah dibuat.

Anjuran kali ini bersempena dengan beberapa sambutan lain juga termasuk ulang tahun ke-50 Pensonic Mother Company KEAT RADIO, ulang tahun ke-33 Pensonic Holdings Berhad dan ulang tahun ke-10 Pensonic Friends.

sQ4B2jZGSTVki5nO7yhtbqlJoOdhp6jS5GOUBSsHDWc

Lalu banyak lagi aktiviti menarik dianjurkan seperti peraduan memenangi hadiah lumayan, kelas memasak bersama Chef Dato’s Haji Ismail dan semestinya hadiah utamanya adalah peluang kamu membawa pulang Chef Dato’ Haji Ismail pulang ke rumah pada malam kemerdekaan 30 haribulan Ogos 2015 kelak. Orang kata Raya Merdeka tahun ini biarlah lebih gempak. Bukan itu sahaja, kamu juga akan bawa pulang seluruh rangkaian produk Chef’s Like dan kesemuanya menjadi milik kamu.

Kempen ini bermula pada 18 April sehingga 18 Julai 2015. Bagaimana mahu menyertainya? Mudah sahaja! Jadilah pelanggan Pensonic dengan membeli mana-mana satu kelengkapan dapur Chef’s Like untuk menang tiket percuma menghadiri kelas. Semestinya kamu juga perlu lengkapkan slogan ‘I want to bring Chef Home because…’ tidak lebih dari 50 perkataan.

Semua penyertaan perlu diserahkan bersama salinan kad jaminan atau warranty card produk Chef’s Life sebagai bukti pembelian. Hantar penyertaan kamu ke Pensonic Sales & Service (PJ Branch) atau e-mel sahaja ke fb@pensonic.com sebelum tarikh 18 Julai 2015.

DV2nFfcZbBB0Qj6J3u-adwUnifp1TTgI8Igq5gdBZRY

Tahun ini Chef Dato Haji Ismail  sebagai duta produk akan menghangatkan lagi dapur Pensonic dengan kelengkapan elektrik siri terbaharu Chef’s Like yang terdiri dari Bread Maker, Thermo Flask, Blender, Mixer, Multi-cooker, Induction Cooker, Steamer, Rice Cooker, Electric Oven, Convention Oven, Microwave Oven dan Air Fryer.

Kalau saya berpeluang belajar memasak, pasti macam-macam mahu bertanya sebab saya kurang ilmu dalam sajian barat. Kalau sajian tempatan, dah belajar dengan chef bonda di rumah. Kononnya dah pakar… Jadi, kamu semua jangan lepaskan peluang ini.

cUgf9Z4S3IiGKRqRVZ7VBzPeK_AtaGKBa8ZnAK7iJ6U

Satu lagi peraduan turut berjalan serentak menerusi Instagram. Selain menang alat dapur Chef’s Like, kamu juga berpeluang juga menang tiket menyertai Pensonic’s Chef’s Like Campaign Season 2 Cooking Classes 2015 ini.

‘Take note’ ya kawan-kawan… Lokasi untuk Pensonic’s Chef’s Like Campaign Season 2 Cooking Classes 2015 bertempat di:

  • Kuala Lumpur @ 9th August 2015
  • Kota Bharu, Kelantan @ 14th August 2015
  • Malacca @16th August 2015
  • Kuching, Sarawak @ 23rd August 2015
  • Penang @ 29th August 2015

Untuk lebih jelas lagi kamu boleh layari http://pensonic.com atau telefon Pensonic Careline: 1-800-881-770 hari ini…