Share

Saat dinanti-nanti kini tiba jua, 3 September, Khamis tepat jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709) menayangkan siri hebat MasterChef Asia musim  pertama. Paling membanggakan saya adalah tiga peserta mewakili Malaysia yang ikut bersaing hebat. Siapakah mereka ini?

Peluang bertemu mereka bertiga bersama tiga juri sangat mengujakan. Terdapat juga pertandingan memasak ditunjukkan secara ringkas, sangat mendebarkan. Tiga juri hebat saling berpadu mahukan yang terbaik sahaja. Dari situ saya begitu teruja mahu menonton warga Malaysia dan Asia sendiri bersaing di acara antarabangsa ini.

MasterChef Asia_Team Malaysia - From left-Sophia Zulkifli, Jasbir Kaur & Marcus Low (1)_LR MasterChef Asia_Judges Susur Lee, Audra Morrice & Bruno Ménard at the Malaysian press launch recently (1)_LR

Mereka adalah Jasbir Kaur, 54, Marcus Low, 24, dan Sophia Zulkifli, 30, telah melengkapi Negara kita. Harap-harap mereka mampu membanggakan kita semua. Jasbir dan Sophia adalah suri rumah yang bersaing hebat dengan Marcus, seorang lelaki pekerja bank.

Mereka bertiga bersaing sengit dengan peserta-peserta lain dari Cina, India, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan Vietnam. Pemenang MasterChef Asia pertama ini menerima USD$10,000, perkakas rumah Panasonic bernilai USD$15,000, latihan amali berbayar di salah sebuah restoran Hotel Carlton Singapura dan penginapan selama seminggu di Disneyland Resort Hong Kong.

MasterChef Asia_Mystery Box Challenge-Jasbir Kaur almost ready with her dish at the Malaysian press event recently (1)_LR MasterChef Asia_Mystery Box Challenge-Malaysian contestant Sophia Zulkifli doing her thing in the kitchen (1)_LR MasterChef Asia_Mystery Box Challenge-Marcus Low busy cooking up a storm at the Malaysian press event recently (3)_LR

Juri turut tampil bertemu kami terdiri daripada Chef Susur Lee, Chef Audra Morrice dan Chef Bruno Menard. Kepakaran mereka semestinya bakal menyajikan rancangan hebat buat tontonan kamu seisi keluarga.